Wednesday, February 29, 2012

Berkira

there is something yang membuat i rasa terkilan..pasal perangai dan sikap suka "berkira"

well i shouldnt disclose the details  here but i guess  by puting  it on a general statement is enough..

ada orang yang agak berkira..misalannya untuk makan2, jalan2...walaupun mereka jenis "berada" tanpa mengira samada melibatkan ahli keluarga, sedara mara atau kawan-kawan..kalau setakat seratus dua apalah sangat kalau kita ada duit beribu riban; bole dianggap bersedekah dan pahalanya untuk sendiri juga..

ada setengah orang berkira untuk orang lain tapi bukan untuk diri sendiri;ada orang berkira dengan diri sendiri tapi tidak dengan orang lain

sukar untuk memahami sikap manusia sekeliling kita walaupun mereka mempunyai hubungan yang dekat dengan kita..

ada pula sesetengah orang suka mengambil kesempatan atas orang lain; misalannya kemewahan atau kesenangan orang lain digunakan untuk kesempatan diri sendiri; marah kalau orang yang berada atau mewah itu "berkira" tetapi lupa melihat sikap diri sendiri

bila sendiri "berpunya", bersimpul mati tapi "kepunyaan" orang lain, tanpa silu menadah tangan!

ragam manusia sukar dibaca, seronok dilihat dan ditinjau

realitinya,sikap kita sendiri pun menjadi tontonan orang samada secara disedari atau tidak; adakalanya samada kita perasan atau tidak kita juga sebahagian daripada kalangan sedemikian;

....sekurang2nya kita sedar diri....

MARAHHHHH



Bila marah menguasai diri,
minda dicemari hasutan ngeri
kata-kata menjadi bisa
perlakuan menjadi luarbiasa
kesabaran menghilang diri
hati tiada emosi
jiwa penuh tari
luka tiada rasa....


hah, akak siap dapat buat sajak lagi, sajak pasal marah...semalam memang i menjadi hampir hilang akal orang kate, dek perangai anak2...marah sakan2 kow2 lagi!

citernya gini, i was busy cooking dinner, and kat luar dah berdentam-dentum bunyi guruh dan kilat, angin kuat ..hari nak hujan

terjerit2lah i kat dapur ni suruh memasing tolong angkat baju; baju2 tu plk ada yg da dua hari sebab hari sebelumnya tak kering..masing2 agaknya bertolak2..melambat2kan suruhan i so da hujan dan angin kuat baru nak angkat..yang tukang angkat, sebab da angin dan hujan ke arah ampaian angkat main rembat dan yang lain2 ditinggalkan; walau lembap sikit

i ni ingatkan da siaplah meka angkatkan baju, menghabiskan urusan memasak kat dapur tu..

lepas selesai masak i jengah kat luar, masya'Allah banyak baju bertaburan2 dan basah..apalagi menyengatlah hati mak ni, so jadi orang hilang ingatan jap menjerit bagai nak rak kat meka bertiga..

pandai menjawab," memang tadi baju tu basahlah, tak keringlah, takkan nak campur yg kering dan basahlah"...lagi naik angin i ni bila orang menjawab2; kalau ada dua tiga orang sesama angkat baju2 tu sempat diselamatkan, kalau masa i suruh meka terus bergerak, takdelah yang tak sempat diangkat-itu aje kesimpulan i..

punya marah i hah macam2 kata kuar dari mulut ni...sampai i kata "yang tiga orang malam ni jangan makan apa yang mama masak, besok dan sampai bila2 pun mama masak, jangan makan;sebab bila mama mintak tolong takde orang yang betul2 tolong, walhal mama kat dapur tu bukan tido, masak untuk kau orang"menyinga2 dan berasap2 i masa tu..

hubby sampai lepas magrib, tengok i masam muka dan bad mood; i told him the story...

bila time dinner, i "terajak" nashwa makan sekali

"mama tadi kata malam ni tak boleh makan"

i jawab "ingat mama ni zalim sangat, takde hati perut" lepas tu bisik kat dia suruh panggil kakak dan abang makan sekali...sebab i tau mereka pun tengah lapau,  masa i baru siap masak sambal ikan tadi, ada sorang tu jengah kat dapur dan sebab nasi sedang masak, i suruh tunggu jap (sebelum kes angkat baju)

memanglah mama marah dan geram, tapi so far tak berdendam- paling tak, i senyap tak bercakap

tak pernah pulak sampai tak kasi anak2 makan sebab marah; kalau marah pun , dapur x pernah x berasap;





Tuesday, February 28, 2012

A surprise plan



A planning to surprise someone..so far goes smoothly..the arrangement done...

(so far only 3 persons know about it)

thinking of getting something to someone too...list in my mind but yet to finalise it...perhaps soon will get some ideas so that i will not do last minute shopping

its something for someone special for a special "number" in life...

wishing tat this can make someone happy and memorize it as a sweet moment

waiting for numbers of people to join so that i can do a better preparation and enough for every body

only few days left...

ermmm..this someone is special for us;
 in our heart...in our life


Ceramah Kesihatan oleh TASLY

ceramah kesihatan oleh TASLY dianjurkan oleh Bhg Khidmat Pengurusan telah diadakan pada 20 Feb 2012 yg lepas di Auditorium Sri Bentara Tkt 7 Menara PKM;
ada pemeriksaan kesihatan as well dan jualan produk syarikat tersebut..
tengah dengar ceramah tu tetiba kena panggil meeting, so tak sempat nak dengar sampai habis and miss out nak buat pemeriksaan kesihatan too..





PKNM's Family Day-2012

we had a family day last saturday at Wonderland Melaka...the event was so n so; cuaca Ya Rabbi panas bangat;memandangkan event diadakan di water park makanya, anak2 mengelitik nak turun ke air walaupun event sedang berjalan..

i just took the two youngest kids; kakak dan nafis kena sekolah ganti; we dont even tell them that we r going to attend the family day; at first planned not to bring nashwa too sebab tak nak dia ponteng but a fren at school (whose uncle is working at pknm too) telah bocorkan rahsia i..no choice, when she begging me to join, sian pulak.. 

sebab event tak habis dalam kul 11 gitu i suruh hubby bawak the two mandi-manda, tapi kul 12.15 tgh da suruh mereka kuar air sebab nak balik ambik kakak dan nafis dari sekolah, lagipun ada kelas tuisyen lepas tu;next time kita datang lagi ye anak2..
[nak datang lagi ke, it seems that this place is not that interesting..oopss..macam tak berbaloi dengan harga tiket rm60 for adult kids rm25 (?)]

 officially launch
 registration
 goodies bag
 nashwa took part in the telematch

eh, sapo tu?cam kenai je

Monday, February 27, 2012

Ke manalah nak bercuti?

pejam celik sekejap aje dah penghujung bulan feb....tup tap next week cuti sekolah da mula..masa berlalu dengan pantas sekali.

seperti biasa, bila datang aje cuti sekolah kami dok tercari-cari destinasi percutian, nak kemana? soalan yang  selalu membingungkan sebab selalu tak dapat nak memuktamadkan destinasi, ending up tak kemana2 atau gi yang dekat2 aje...

perkara yang sama berlaku..since few weeks ago me n hubby asyik tercari2 destinasi untuk bercoti next week;masalahnya; when i suggested A he dont agree;he suggested B i pulak menolak;masing2 ada alasan tersendiri bila tak berkenan mana2 destinasi yang tercalon..

biasalah bebudak akan tanya "cuti sekolah gi mana?" and we will always say "lom tahu, but we will go some where"..

i ada terfikir ke penang sebab masa CNY hari tu dah tak dapat pegi...tapi pagi tadi hubby ajak gi rompin (i x berapa berkenan ke sana sebab dia akn gi mancing udang galah while me n kids dok menunggu kat hotel, unless we go there purposely untuk bercuti2 dan makan2 udang galah)

still teraba2 ...masalah yang sama setiap kali berhadapan dengan cuti sekolah!!

Sunday, February 26, 2012

Em alone

i am alone, at home...

hubby and the three just  left for Jom Sure Heboh Carnival at MITC..supposed to join but suddenly jadi malas sebab ada dua bakul baju yang tak berlipat dan sebakul baju utk digosok..lagipun hujan renyai2 kat luar..at first hubby thinks he just send kakak there and fetch her after two hours but when some one said "adik pon nak pegi, kawan adik pun da pegi, nanti kawan adik tanya nape tak pegi, adik nak jawab ape?"..ayat skema..so cairlah hati si ayah dan bersedia meredah hujan renyai2 sekali dengan tiga nak daranya..

nafis da pegi awal dengan kawan dia..sebab the driver hantar dan escort mereka, i lepaskan pegi..

kurang mood nak ke sana, especially memikirkan mesti parking susah, nak jalan jauh...so dok kat rumah siapkan kerja tanpa gangguan lagi bagus

so sebelum mereka balik, i have to finish my jobs...c u

Saturday, February 25, 2012

Terlelap di trafik light

when hubby is around , it is his duty to send the three to tuition class. juga ke school; hari ni the two sekolah ganti, tapi yang the third one tak gi sekolah sebab nak ikut i ke family day..
pepagi dia kena hantar the two ke sekolah then dalam kul 8.15 pagi kami terus ke Wonderland..(nanti i story pasal the family day separately..)

no proper rest for him; malam tadi hubby tido lewat sebab tengok golf sampai kul 4 pagi kot; then dalam kul 2.30 ptg antau bebudak tuisyen pulak..so adale rasa penat dan ngantok

he told me this story  lepas balik hantar the three ke tuition class; yg mana kejadian telah berlaku di trafik light ipk bkt beruang;the timing for the trafik light adalah 99 saat plus plus..bila dia tengok jangkamasa yang agak lama tu dia pun tutup mata; alkisahnya sampai terlelap dan tersedar bile ada orang ketuk tingkap keta; rupanya keta belakang dok horn dia tak dengar dan keta depan dia da jalan lama;tu yang orang belakang dok ketuk tingkap keta dan at the same time agaknya nak tengok nape orang depan dia tak jalan2.. dia punya terkejut terus jalan gitu...

i pon dok gelak kat dia..tapi i told him, bahaya buat camtu..sebab bila terpisat u terus pandu, takut u tak perasan isyarat trafik light tu berwarna apa..

pengajarannya; jangan sesekali lelapkan mata untuk rehatkan diri di trafik light sementara tunggu giliran terutama kalau anda ngantok waktu tu; lakukan pergerakan lain yang munasabah utk hilangkan ngantuk ye...

Friday, February 24, 2012

Tak dok diam

normally every friday, my little princess will beg me to fetch her during lunch time..sebab she will be the only girl yang tinggal kat taska, yg lain2 are boys..most of her frens, the parents are teachers so bila hari jumaat masing2 amik anak awal dan dia boring sebab tinggal sorang.

it depends, kalau kakak takde klas petang  so tengahari lepas amik nafis i akan ambil dia.. dan kakak will take care of her..

malam tadi dia dah hint yang dia boring tinggal sorang kat taska, so tengahari tadi,  i pun ambil dia.. sebab kakak ada latihan volley-ball so i pun bawa dia ke ofis, lagipun not much works to do

she is so happy..yang i tak tahan dia tak duduk diam, sekejap melompat, sekejap panjat sofa, sekejap mengisai; pening i...wat to do, she is tat kind of kid yang suka buat a lot of activities. Nasib baik mama ada bilik, so wat ever she did, is within this room area..tak ganggu the other staffs



macam2 keja dia buat

d chicky girl



Thursday, February 23, 2012

Big prob."settled"

semalam the plumber came dalam kul 5 ptg camtu...(malay plumber) mula2 budak dia dtg tengok2 (kate hubby) lepas tu cam susah dia nak handle, dia called bos dia..by the time i reached home dekat kul 6 ptg pon x sampai2 bos dia..i dengar hubby ckp kat budak tu, "eh mana bos awak tak sampai2, jauh benar ke krubong ngan sini"

so budak tu called bos dia tanya bos kat ner..bos kata on da way tapi jem (hah!setahu akak jem kalau kat town, kalau dari krubong jem amende) dalam setengah jam gitu bos dia pun sampai..

peksa sana sini, buka mainhole..main drainhole dari sinki...rupanya tersumbat di laluan antara main drainhole sinki ke mainhole yang join ke sewerage line...so bermula operasi mengorek sana sini, godok sana sini, siram2 air panas kat toilet bowl bilik air bawah (yang akak sempat intai apa kejaan2 yang meka buat  tu)
akhirnya berjaya menyelesaikan masalah sinki tersumbat tu..

antara tenaga keja adalah my hubby..(tukang masak air panas dan penyiram)

dekat kul 8 malam baru settle..u know how much they charge ...RM250.00 minta kurang tak bagi sebab meka kata ni individual case; tak untung pun..

i cakap ngan hubby, patut kena bagi diskaun sikit,  sebab meka tak dtg on time, masa kita camner..hubby lak mintak blk awal semlm...yg buat keja tu my hubby  pun buat sama i tengok;

kang nak cakap banyak sian kat orang kita gek tapi tulah cara keja dan punctuality x de...

anyway mr plumbers..tq lah selesaikan kami, boleh i masak2 macam biasa tanpa tekanan

Hilangnya Cintamu


 Hilangnya Cintamu – Ost Lagenda Budak Setan

Bila cinta kini.
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
uuuuuuuu…
Dalam harapan

ps: luv this song too

Wednesday, February 22, 2012

Jangan tikam orang dari belakang

ada orang cuba nak mencari kesalahan orang lain tapi tidak bijak menyorokkan kelemahan sendiri...

it happened to me, unexpectedly n so badly by some one u know..

this Ms H has resigned ..however she has been identified to be a witness for one of our court case..it is my duty to arrange a discussion/meeting between our lawyers and witnesses before a hearing..we fixed a date for the meeting on 23rd feb.

so i called and smsed her since the past two weeks, no reply..even the operator also cant get her line after so many times try to call..and told me, the line seems not active..

then i called her new office last wednesday after sms and tipon x berjawab ..managed to talk to her staff and asked her to convey the message....at the same time i wrote a letter to call her for the meeting and it was signed by my CEO..last friday after the letter has been signed i tried to fax to her office but the fax cant go thru.

we delivered the letter to her office on monday..she only read it (i guess) yesterday..and called me..she bole tanya i kenapa last minute antar surat...yes, surat hantar lewat tapi dah maklumkan awal via sms and ur staff..i told her i still keep my sms..when i told her tat i masih simpan sms tu, bole pulak tetiba dia kata" handphone saya ada problem kot"..in fact i told her, my operator called u pun x dapat -

rupanya i baru tahu dari my boss that , sebelum dia called i semalam dia da bercakap dengan my ceo, siap ada buat surat, questioning nape we lambat hantar surat makluman mesyuarat..have explained tat to my boss..she understand..

nak salahkan i ke..u sendiri dah ngaku handphone u ada prob dah lama, hi takkan u biarkan phone u tu berprob lama sangat walhal every body knows ur bisness requires u to have such a good handphone to communicate; i dont think phone u ada prob sebab sms yg i hantar tu berstatus "deliver" u baca sms i cuma u ignore kan..lagi satu, takkan staff u tu tak sampaikan mesej i kat u, walhal  u n her communicate most of the time (lagi pulak she is ur partner too) and pada masa tu pun u bole terus call i..bukannya u xder my contact no.i..

tak seronoklah u buruk2 kan i camtu..

so semlm i nak bagitau dia meeting as scheduled was postphoned, she was engaged so again i left the message to her staff (same one whom i conveyed my message last week)

tadi i dapat cakap ngan dia, tanye dia dah dapat mesej semlm..dahhle pulak (boleh pulak tersampai mesej tu..) em arranging another meeting, dan mintak masa dan tarikh dia untuk adjustkan dengan masa peguam; dan i pun dah buat surat utk ceo sign..i tulis kat one of the para" untuk makluman puan, masa dan tarikh bagi perbincangan adalah sebagaimana kesesuaian masa yang dipersetujui oleh puan dan peguam kami"

nanti, jangan kate i pulak memandai2 setkan masa dan tarkh tanpa rujuk kat u; anything can happen;

kalau  cakap lemah lembut dgn orang bukan makna u tak tikam orang dari belakang; some peoples are like tat..pengajarannya..jangan ingat orang cakap baik2 dengan u tu sebaik hatinya, ada yang pura2 je...ape tu perumpamaan kata "kura-kura dalam perahu" eh betul ke? atau lembut gigi dari lidah...

Operasi pembunuhan akan bermula

makhluk ini semakin hebat aktivtinya terutama di dapur
berdasarkan kelibat,comey2
dijangkakan  lebih 3 ekor kot
itu hasil modus operandi mr hubby
dapat dibunuh seekor minggu lepas

pagi tadi masa ke dapur dengar macam meriah suara2 mereka
tapi orang kate kalau mereka ada kat rumah kita
jangan marah2
nanti mereka buat dajal
jangan bising2 pasal mereka (tu yang tak sebut nama kat sini)
nanti mereka mengamuk
 well assignment dan modus operandi pembunuhan diserahkan pada mr hubby,
i tahu komplen aje
bila tengok sisa tulang ayam bersepah
dan bahan buangan mereka bertaburan
dan bunyi kentang kentung waktu tengah malam
terpaksa menghalalkan pembunuhan
hubby kata nak beli perangkap
sebab da tak sanggup jadi pembunuh lagi!!!











Big prob


this my current big big prob

yang menyusahkan especially untuk kerja2 memasak, cuci pinggan dan sewaktu dengannya..

it already happened for almost three weeks..

the home plumber has tried to repair, it remains ok (still so n so) for two weeks camtu,
now, water flows so damn slowly..it really takes time for the water to flow..i cant stand it..

tahap sabar semakin tipis..called hubby yesterday to solve the prob soonest possible
otherwise i cant cook for the kids..i wont cook if the sink keeps on like that...it really pressure me!
ngelabah le kawan,
nanti anak2 nak makan ape kalau mama mogok masak sebab sinki yang asyik tersumbat
petang ni hubby kata nak balik awal, in fact he has called a plumber to come n repair the sink
so he will be around to monitor the plumber doin the repair works..yang penting..

he can do the cleaning after the plumber works done (hahaha-gelak durjana)

Mama ni gemuk?

pagi tadi, selepas urusan hantar the three to school and finish the morning routine, sementara bersiap ke tempat kerja i lepak sekejap  atas katil with the little princess..i meniarap waktu tu..then she baring atas badan i..i pon buatle bunyi menanggung berat..

"eh mama ni, adik bukan berat sangat"

"beratlah adik ni"

"baru 15 kg mana berat, berat mama berapa?"

"68"

"mak ai, berat camtu pon takboleh tahan adik"..dia ketawa lalu turun sambil cakap "orang gemuk pun tak kuat"..............ciss bertuah sungguh budak kecik ni...i ni dikata gemuk..helo berisi aje, ok belum tahap gemuk kot hahaha

mama is not like this...


still at the medium stage



*picture copied from yahoo image

Tuesday, February 21, 2012

Perhimpunan Bulanan Feb 2012

this morning ada perhimpunan pagi...our monthly program..

agenda program, kebiasaannya adalah sama..doa, ikrar, nyanyi, besday, ucapan ceo

yang best mesti ada makan2...






kali ni ada sambutan khas utk Datuk CEO yang dapat pangkat baru dlm askar wataniah iaitu sebagai Brigedier Jeneral...potong pulut kuning lagi..

Bersederhana dalam kehidupan

i am talking to myself..about kesederhanaan dalam hidup..serba-serbi..baik makan pakai pergaulan dsbnya..ada benda mungkin kita boleh berlebihan, seperti pelajaran..

amalan bersederhana menjadikan kita sentiasa bersikap merendah diri, lebih ikhlas, lebih bertolak ansur..

dalam pengalaman hidup, i melihat orang yang suka bersikap "melebih" tu  kebiasaannya didesak oleh keinginan untuk menunjuk2,dengan ciri-ciri bongkak dan sombong; dalam keadaan sedemikian mereka itu akan meletakkan diri mereka sebagai "besar" dan tidak mengalah..mereka merasa diri mereka gah, punya segalanya;lalu wujud sikap suka menindas orang lain sekaligus suka menghina..

setiap antara kita, pasti ada pengalaman bergaul dengan kelompok begini; nilailah sendiri kebenaran ini..

tidak rugi mengamalkan kesederhanaan...ia mengumpul banyak sikap murni dalam kita sendiri; kita menjadi orang yang lebih mengenal kehidupan dan menghargai orang lain; kita lebih memahami batas kehidupan..setiap tindakan kita akan ada penanda aras yang membantu kita mengingati di mana ruang dan sempadan kita..tidak mengapa kalau kita tidak "diangkat" dan dijulang bilamana kita bersederhana; mertabat kehidupan bukan dinilai pada apa yang kita pamerkan secara berlebihan;

Islam sendiri menuntut kesederhanaan;

garispanduan kehidupan kita sebagai Muslim adalah Islam itu sendiri; pokok pangkal hati kita & pemikiran dan cara hidup kita.

Monday, February 20, 2012

Citer Waktu Buat Homework

the two are currently doin their homeworks..while mama is mukabuku'ing...and blogging hehe..

sambil2 memerhati dan mengintai perbualan..

"kak, homework adik banyak ni..tapi adik bole abiskan..adik buat satu, pas tu baring dululah"...

n i see her baring2...i senyum n tak cakap ape2...

"adik..da habis ke..." i saje tanye

"lom, teacher kate, tak ape buat sikit2 tapi kena abis, adik buat pelan2 ni..."

"kalau pelan sangat, lambat habis kang da ngantok"

"mama ni, adik yang buatlah adik tahulah"

amboi ayat..mak nenek sorang ni memang sedap bahasa kalu menjawab.

sambil2 buat keja,  i dengar dia bercakap2 dengan kakak yang tengah gunting gambar..

"adik ni bising lah, bercakap aje"

"eh adik cakap pun keja adik nak abis ni"

haha terdiam kakak tu bila adik cakap macam tu...mama pun amik gambar..si kecik kata "hah, ni mama amik2 gambar nak letak kat facebookle tu"

a'ah..betullah tu , ni gambar2 tengah buat homework...mama upload dekat facebook dan copy kat ciniiiii..

nashwa n her paper cutting

budak kecik yang banyak homework (dia katalah)




Naik pangkat tak?







my youngest princess is sort of addicted to Sims 3 kat ps2 sampai terbawa2 imaginasi permainan ke alam realiti

dalam game sims tu kan ada scene gi keja, balik keja, naik pangkat

so i teringat her that day, masa nak masuk rumah lepas fetch her from taska

"ma. ma balik keja hari ni dah dapat pangkat ke"

"hah?"

"tu kat sims kalau balik keja selalu aje ada dapat pangkat2"

terbahak2 i ketawa...

tapi dalam hati i sempat gek berkata2, ait bahaya dah ni, ni pasal main game sim le tu..dia mesti ingat yang in normal life, things were like that.

walhal dia main once a week aje, masa weekend...kalau hari sekolah memang tak pernah dapat main pun..

Sunday, February 19, 2012

Jelajah Keamanan Waqaf Water 4 Gaza

semalam i menghadiri program Jelajah Keamanan Waqaf Water 4 Gaza anjuran Perdana Global Peace  Foundation (PGPF) dan Kerajaan Negeri Melaka. PGPF dinaungi oleh Mantan PM, Tun Mahathir..di Dewan Seri Negeri Ayer Keroh

dirasmikan oleh our CM turut hadir TYT

 i berkesempatan juga mendengar talk daripada Tun berkaitan Jenayahkan Perang..misi utama jelajah keamanan PGPF ke seluruh negara khusus untuk mengutip sumbangan bagi mencapai sasaran menyediakan bekalan air minum sebanyak 1.5 juta botol untuk keperluan 1.5 juta rakyat Palestine..yang dinamakan Waqaf Water 4 Gaza;

rakyat Palestin memerlukan bekalan air minuman yang bersih, sabotaj Israel ke atas penyediaan sistem rawatan air bersih dan sistem kumbahan yang teratur menyebabkan kemudahan tersebut tidak dapat disediakan dan ianya menghalang rakyat Palestin menikmati penggunaan air bersih yang dirawat untuk minuman ..Israel mengalirkan paip kumbahan ke Laut Mediterannean yang menyebabkan air laut di situ tercemar dan usaha menggunakan air laut yang dirawat untuk minuman dalam keadaan sedemikian telah terhalang..program waqaf water 4  gaza adalah simbolik ke arah menyediakan bantuan minuman air bersih kepada rakyat Palestin

We were asked to be there at 8.30 am..but the majlis started at about 9.15 am before the perasmian at about 10.30 am..

Melaka adalah negeri pertama dipilih bagi memulakan program Jelajah Keamanan  tersebut





inilah botol air yang akan dihantar ke Gaza nanti

ucapan perasmian oleh DAR

first time in my life berpeluang mendengar talk oleh Tun Mahathir secara live, in one event..



gambar diatas dicopy dr FB Datuk Ali..yang baju oren tu pelajar SHAROD yang telah mendeklamasi sajak mengenai perang..she was great, deklamasi yang menyentuh hati dan membuat ramai yang hiba dan mengalirkan airmata!


betapa kita rakyat Malaysia patut bersyukur dengan keamanan hidup yang kita kecapi..rakyat kita masih rasional, sentiasa berfikiran positif dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan hidup; berbanding dengan mereka di luar di sana, di negara yang terlibat dengan kancah peperangan; hidup dalam penderitaan..

apa lagi kita mahukan..sudah semestinya keamanan berterusan, bersatu hati, hormat menghormati,

Friday, February 17, 2012

Sambutan Maulidur Rasul di PKNM

Just came back from sambutan Maulidur Rasul peringkat PKNM...di tingkat 9 bermula lebih kurang pukul 8.45 pagi tadi.

dimulakan ceramah mengenai sejarah Junjungan Nabi Besar oleh Ustaz jemputan (lupe pulak nama ustaz tu) dan kemudian berselawat beramai2..lepas tu ada jamuan, makan nasi beriyani, kurma daging, ayam masak merah, acar, papedom, limau, kuih kole kacang dan cara berlauk..sebab handphone tinggal kat bilik so takder le gambar2 yang diambil

dan dapat goodies bag lagi-ada air botol, bunga telur, kek comey2  & sebiji epal;


Thursday, February 16, 2012

Orang ni nak ke sini

ada orang ni berangan nak ke sini


tapi ada pulak orang tu tak minat nak situ hahaha

tapi orang tu kata,  annivessary ke 18 nanti, pergi tempat yang orang ni  nak pegi

orang ni kata, nak pergi sini juga...




kalau orang tu mengintai aka skodeng kat sini,
orang ni nak bagi tau yang orang ni nak juga ke tempat ni....
berdua aje tau
takder kesian2
atau tukar2 fikiran nak bawak para "askar" ke..
kalau tak, tak yah gi mane2  (hihi ugut ke ni?

How i feel

Its all about LUV to u

i have to admit that it is always be a big challenge to monitor and supervise ur teenage kids..especially zaman sekarang ni..di luar sana macam2 cabaran dan dugaan..yang menakutkan

for instance, soal couple di masa remaja; i always sort of meracun fikiran the two that now is not the right time to have a couple...the right time will come but definetely not now..jika sekarang mereka mencari pasangan semasa di alam persekolahan, banyak cons. daripada pros. pembelajaran akan terganggu, fokus pada pelajaran semestinya terabai... dalam meracun2 fikiran the two terlepas juga si kakak melayan kehendak remajanya..dan akhirnya tertangkap by me n hubby...it was before, i believe she has changed now especially this year she will be sitttng for a big exam..

berkali2 i menasihatkan kakak that she has to be patient, jauhi perangkap hati...Allah telah menentukan pasangan kita, tunggu waktu yang lebih sesuai, waktu sebenar akan datang; yes, i understand jiwa dan perasaan remaja..i experienced the same too; i hope she will remain wat she is now...melainkan di belakang i n my hubby she still continue it..that was something yang we had no power to know...we hope she is being honest , all the time with us..so she will be blessed by Allah...in things she do..remember that kakak..

as for nafis, well u know boys..sort of gila2..today he like this girl, next week..."mama, i have another girlfren"..but i know him, main2 aje..but still not a good attitude..dalam hati yang ada taman...pun sikit2 we sembur him racun serangga jugak!

in term of pergaulan..no outing personally with frens unless accompanied by us..alhamdulillah they follow the rules so far; nak kuar ngan kawan-ok..we sent them to the place and be around there too..atau kekadang parents kawan2 dia pun ada sama, so we let them go and have fun..for sure not every month, once in every three to four months..

"Mama dan ayah ni tak sporting macam parents kawan2 lah..." well ok...our answer is simple.."then you go and be their childrenlah"...

senyap terus mereka.............

"my dear kids...there are always be a reason for each and every action and decision we made...never without a reason..."

me and hubby maybe berbeza dengan parents yang lain..yang mungkin ada langsung tak pedulikan anak2, pergaulan, pelajaran anak2..yang mana mereka hendak - parents yang jaga anak2 mereka atau parents yang abaikan anak mereka..you choose and decide

one thing we assure u..

its all about luv to u...........








photos; yahoo image

Tak menambah lagi ke?

two days ago we were having lunch at Orange Kafe; the only kafe yang ada kat building ofis ni...four of us, ibu2 dan seorang baru menjadi "puan"..as usual kami ni kalau berbual sambil makan, macam2 citer kuar.Daripada citer hal-ehwal ofis, terlajak kisah anak ke, hubby ke, macam2lah..so on that day was about menambah anak...

dalam group tu em the oldest lah...da nak masuk 43 pong..topik dibualkan tu menarik buat mereka yang muda2 and not in my favour hahaha...soalan meka "kak, tak nak tambah anak ke?"hahahaha

"mmmm, idak le dalam perancangan kome" eh, jadi orang perak pulak..

i think four is already enough..even with only one boy..lagipun i ni da terlajak 40an, rasa tak sesuai le nak beranak lagi...memang beranak tu senang pada i..tapi all my early pregnancies membuat i merana..dah lah tak bangun 3-4 bulan asyik muntah and drip..hanya minum air putih, kalau makan je, angkat kepala atau bergerak lebih sikit...terbelahak2 dibuatnya..during that period, tak cukup ngan MC; EL dan unpaid leave pun sapu bersih sampai ada tu tak dapat bonus sebab selalu tak datang ofis..

kesengsaraan i mengandung selalu terubat bilamana pengalaman bersalin i semuanya alhamdulillah mudah, Allah maha Adil..kan..

(sengsara2 pun 4 juga anak i wakakaka; tu yang mereka joke kan i)

 all my kids were 3 years gap with each other except the youngest 6 tahun beza umur dengan yang sebelumnya..kekonon dulu da stop masa da ada tiga orang tapi Allah bagi rezeki lagi sorang, syukur juga ada "toy" kat rumah..walaupun our toy ni da masuk 6 tahun but hubby selalu gurau2 tak kasi anak dia yg kecil tu membesar, suruh macam tu aje supaya we still have anak kecik...buat belek2 peluk2 gomol2...

setahun dua yang lepas, kekadang ada hajat nak tambah sorang lagi so kekonon dapat lelaki ; tapi dah terlambat

for now... me n hubby berdoa agar Allah memberi izinNya untuk kami membesarkan yang ada dengan keperluan secukupnya, mendidik mereka menjadi anak2 yang beriman berilmu dan beramal; menjaga pergaulan adab sopan mereka- semua tu kini adalah keutamaan kami ...

namun esok lusa apa juga rezeki yang Allah beri tiada siapa dapat mendugakan..


 tak menahan bila dekat fb, budak dua orang ni dikatakan pasangan pakwe makwe, me,  my sis n my niece siap post entries confirmedkan mereka adik beradik

 she always nak jadi centre of attention..sebab lama manja...
tu yang belum kena sentuh oleh kakak dan abang da menjerit sakit dahulu

 toy of d house..banyak mulut banyak kerenah

Tuesday, February 14, 2012

"Adik terkencingla"

lepas selesai urusan hantar tuan dan puan2 pegi sekolah pagi tadi, i bagi arnab2 kat rumah tu makan dan jirus lantai kat kandang tu, tak nak lalat hurung kandang arnab tu so twice a day i akan jirus lantai kat situ..selalunya waktu i buat urusan2 tu semua, the little princess jarang da bangun; (kalau da bangun dan i x de kat atas, dia akan menjerit nangis;kalau x nangis maknanya dia memang lom bangun) -dalam 7.20 am selesai semua rutin pagi2... buat susu dan naik atas utk kejutkan dia..

so pagi tadi bila i naik i nampak dia da gerak2 tutup muka lagi dengan bantal tapi tak menangis cam biasa tu;

baru je mama ni nak terjah kat dia,  i nampak seluar dia basah....alamak...tengok lagi, cadar pooonnn basah rupanya da terkencing;

i tanya dia adik kencing heh..dia kata "adik terkencingla"..takder lak i marah2..

so i suruh dia bangun terus buka baju dan gi mandi..sambil buka cadar i tanya, "camne adik bole kencing, da siang ni, adik tak sedar ke? "

"adik tadi rase sejuk cam malam2 tido kat cameron highlands ari tu, lepas tu adik kencingle kat tandas hotel kite tu tapi mane adik tahu adik ni kencing pulak atas katil mama"...

nak kate aper..redha ajelah tilam kena kencing budak kecik yang dah tak kecik tu..

Say NO to VD

while blog walking since few days ago, most of the hot story which has been posted adalah pasal Valentine' s Day;

for me, dalam menangani isu tersebut, mari kita sama2 terus menuju kepada hukum hakam yang ditetapkan oleh agama kita;as for Muslim di Malaysia telah dikeluarkan fatwa kebangsaan bahawa adalah haram kita menyambut dan meraikan VD; fatwa dikeluarkan hasil ijtimak ulama..yang pakar dan arif dalam bab keagamaan; yang telah menyemak dan mengkaji serta mendalami isu tersebut; wajiblah kita patuh;

sejarah VD berkaitan dengan sambutan  yang diraikan oleh penganut kristian; walaupun ianya bersangkut paut dengan kasih sayang tetapi bukan bermakna kita perlu mengikutinya;kerana apabila kita mengikut meraikan sama amalan penganut kristian itu, ia menunjukkan kita juga menerima amalan tersebut dalam kehidupan kita;

seorang Muslim hendaklah mengamalkan amalan agamanya dan bukan meniru amalan agama lain; yang haram pada Islam, yang tidak boleh dilakukan dalam Islam itu yang patut kita ikuti dan pertahankan..

kebanyakan golongan Muslim yang terjebak meraikan VD adalah kalangan muda-mudi; yang baru mengenal kemanisan hidup dan baru menceburi "alam berpasangan" yang hati dan mata dikaburi tuntutan keseronokan dan nafsu; baru nak belajar mengenal kasih sayang kononnya...kalangan inilah yang terperangkap dengan keghairahan untuk meraikan VD yang mana akhirnya menjadi medan menguji kasih sayang dan berkorban untuk kasih sayang...

for those ibu bapa yang ada anak2 muda remaja, marilah kita sama2 menyerapkan dalam minda anak2 akan amalan VD adalah haram dalam Islam, agar anak2 kita tidak terjebak dengan pengaruh amalan Kristian dalam kehidupan harian mereka...

segarkan minda anak2 kita bahawa dalam Islam hari berkasih sayang adalah setiap hari; terapkan dalam hati anak2 bahawa batas dan pergaulan dalam Islam ada hadnya;antara kawan2, saudara mara sekalipun;

even antara suami isteri, raikan kasih sayang saban waktu- bukan hanya terikut2 utk meraikannya setahun sekali, pada hari  penganut agama lain sibuk berVD;

in my opinion our Muslim leader in  government perlu buat kempen kesedaran "SAY NO TO VD" secara menyeluruh coz ianya bersangkut paut dengan aqidah Muslim, khususnya kalangan remaja yang banyak "terkorban" akhlak,maruah, moral, nilai diri semasa meraikan VD...


wat say u???

"Sowy ma"

pagi tadi susah sekali nak kejut nafis...i da mula suspen... whenever i kejut dia, dia buka mata tapi  tarik selimut;beberapa kali...until it almost 6.40 am, pun camtu..i continue kejut dia sampai dia bangun dan mengonyok2..

mulut kumat-kamit, ntah ape dia marahkan i lah tu...ok cool down mama, nanti dia buat hal pulak...so i went down waiting for him and the rest....dekat 6.50 am..i panggil2 dia, tak berjawab, baru nak naik tangga tengok dia tengah pakai baju..so i pun start enjin keta...

dia yang last kuar gate..tapi tutup gate pun idak..marah lagi le tu...n dalam keta, i hulur duit belanja dan kad-muka masam lagi.

sampai sekolah, nak kuar keta salam i tapi macam tak ikhlas; tak cium pun sebab hanggin agaknya..so i biarkan aje takut nanti tercuit hati kang langsung tak nak ke sekolah, lagi satu hal le pulak..

terfikir pulak i, apasal lak dia jadi camtu padahal malam tadi tido agak awal..

on d way to ofis sementara tunggu nak kuar simpang, sempat tengok handphone dan nampak ada mesej..sampai kat parking ofis, i pun baca mesej..dari no yang tak dikenali..

"ma, ini nafis, sowy taw pagi tadi"

sejuk hati ni, i think he also feels guilty with the incident..

well nafis, i lov u ..have forgive u too; mama has no heart feeling coz i do understand u so much;bila dapat mesej tu i makin memahami sikap nafis, hatinya......

Monday, February 13, 2012

Tak kuasa i....

just received a copy of memo from my head of division requesting me to assist the committe of  the family day to look for some contributions; more to gifts and not hampers...

fikir2 kan semula wat had happened before, regarding the same thing too; buat i sakit hati  and sampai sekarang terkenang2, jadi tak kuasa mak u nak bantu.. tak mahu sejarah berulang kembali, chewah...lagipun sengsara jugak nak buat keja mencari2 camtu,  nak calling2 and ask for contributions ..

some peoples ni peel banyak lainnya ...bila ada orang da membantu, time kasih tidak tapi mengeji lagi ada; kena pulak apa yang dihajat tak memenuhi piawaian memasing..

i think the best way is just keep quiet..

dulu masa i lom ada kat sini, mereka pon biasa gek cari2 contribution kan..

so let them handle and................ we just wait and see first..

Friday, February 10, 2012

Sempat tido lagi..

jarang hari jumaat waktu lunch i balik dan stay kat rumah...selalunya hantar nafis kat depan  je dan lepas tu, gi merayau ke..balik ofis semula ke...tapi hari ni, lepas ambil nafis kat sekolah i pun balik rumah;

sempat juga bermukabuku; yang best sampai tertido; rasa2 dekat sejam kot; sedar2 tanya nafis kul brp ni;hah 2.15..terus turun makan solat dan gi balik ofis; nasib baik tak terbabas tido ku itu

pagi tadi da siap masak kari ikan dan sambal telur; teringatkan hubby kate nak makan kari ikan bila balik sini (waktu called me dari jakarta isnin hari tu) tu yang masak kari ikan; tengok pulak ada cencalok so gigih memotong bawang, limau dan cili;aduh duh dud duh sodapnya..yang i kureng gemar kalau sediakan cencalok ni, ada orang buat meratah sakan...tu, hero sorang tulah..hah, takut lak mak kalau anak mak tu kena darah tinggi sebab makan cencalok tak hingat2..

rasa fresh sebab dapat rehat dan tido tadi; kalau da camtu, cepat siapkan kerja...

Nak bercuti, "tapi"

ada orang tu da selamat sampai last night; selepas berjimba sakan dengan trip golfing; tapi lom balik rumah sebab hari ni kena kerja...wah seronok ye...empat hari kat sana...ni baru first trip utk this year; hah jgn lupe ye Yang, last year u buat 4 kali trip yang same ke tempat yang same tau;

so bila da puas berjimba dengan kengkawan, jangan lupa trip utk si isteri ngan anak2..sepuluh kali tanya pun masih konfius nak ke mana; cuti sekolah untuk bulan mac da tak lama lagi..jangan nanti semua nak buat last minit, mahu meraung kalau tak berjalan...

masa citer2 tadi i ada hati nak ke bandung tapi......(banyak tapi yg selalu tak jadi nak ke mana2); nak ke jakarta, bila asyik dengar orang citer jalan asyik macet, soal selamat ke tak selamat tu susah orang nak jamin; tu yang menambah kepada i punya...."tapi"...

nak gi langkawi tapi..ofis i tengah arrange rombongan cik kiah ke sana bulan april nanti;
nak ke sabah tapi lebih kurang kos ke jakarta/bandung
nak gi tioman tapi da tiga kali pegi

semua banyaknye "tapi"...!

oklah, camni ..i lepaskan kat u to arrange ke mana... hopefully i tak akan ber "tapi..tapi"lagi!!

Thursday, February 9, 2012

His choice??!!

currently hubby drives this...





da dekat 5 tahun, jadi lasak sampai asyik masuk bengkel..maklumlah travel every weeks melaka-putrajaya;
i know he wants a new car
but have to wait until the purchase of our house is fully settled..
boleh aje beli sekarang tapi selesaikan satu per satu

and this is wat he admires more..




any way few weeks ago, ada orang offer dia ni, rm15K aje



 

tapi i tak kenan sangat, macam orang veteran hahaha..dia macam nak sangat...