Thursday, December 8, 2011

Simple dinner

makan malam kami hari ini..

walaupun mama hari ini agak penat tapi sempat buat tiga lauk...


sambal udang petai, ikan tenggiri masak sweet sour n ikan parang goreng (mama's fav) dan ulam timun cameron highlands..

simple aje dinner kami,
tapi alhamdulillah semuanya da licin,
sesiapa lapar nak mengulang da xde apa2..
blogger lain tunjuk gambar canggih2..siap tulis resipi..
tu yang i malas nak buat..
kalau nak tunjuk hari2 apa yang dimasak,kena ada extra kerajinan..
setakat ni, rajin ke dapur je..
yang extra rajin untuk upload gambar makan hari2 macam lom ada seru,
bergantung pada mooddddd jelah ye!


Photos @NSGCC on 4th Dec

just to share some photos taken semasa kami di NSGCC last weekend..



little girl

posing too!

children water play park

erm..nafis


having fun

take 5 during check out time

the first and the second...



steamboat dinner @ cameron highlands


further to my earlier entries on our trip to cameron highlands, as i mentioned we had steamboat dinner on the second night
lokasi restoran ini adalah bersebelahan hotel de le fern tempat kami menginap; price per pax adalah rm23..quite reasonable n i can say it was yummyyyy..






Satu resipi untuk menu kehidupan

walaupun tanggungjawab mencari rezeki dan nafkah keluarga adalah terletak atas beban dan bahu suami tetapi bagi niat membaiki kehidupan dan meringankan beban suami maka itulah sebab kenapa si isteri pun kuar bekerja...

walaupun si isteri itu kuar bekerja tetapi janganlah pulak menjadikan itu sebagai alasan untuk melarikan diri untuk jalankan tanggung jawab di rumah; kepada suami dan anak2..iya, betul mengikut islam segala kerja di rumah adalah merupakan tanggungjawab suami dan suami tidak boleh memaksa isteri melakukan kerja rumah; tetapi dalam hal ini masing2 fikirlah sendiri...

kita bercakap secara adat dan kebiasaan, di rumah tugas isteri adalah membantu suami menjalankan kerja2 memasak, membasuh, mengemas dan menjaga& mendidik anak2..walaupun si isteri bekerja, berpakatlah untuk membuat pembahagian tugas di antara suami dan isteri...bukan rugi apa pun- sebaliknya kalau untuk keharmoniaan keluarga tak payahlah nak berkira sangat..

ramai isteri yang bekerja membuat alasan penat bekerja di luar rumah dan menggunakan dalih itu untuk tidak membuat tugas di rumah contoh memasak ..especially yang ada anak2...lebih suka beli di luar..kena pulak anak2 suka makan..kalau gaji besar, tak jadi hal kalau sebaliknya..ada yang sanggup tunggu suami balik untuk uruskan makan minum di rumah; ada pulak yang tinggal berdekatan ibubapa atau ahli keluarga terdekat, hah gi makan rumah mereka2 tu ajelah..itu antara pengalaman2 yang i tengok dan dengar di persekitaran tempat kerja, baik tempat kerja lama atau yang sekarang

bukan nak kata i bagus, cuma berkongsi pengalaman..dari mula kawin sampai sekarang, walaupun i bekerja i accepted the duties of preparing foods or meals for family is forever mine..masa baru2 kawin pun i da mula memasak untuk suami, bila dah ada anak pun i masak sebab pada i bila i masak, i dapat tentukan makanan yang berkhasiat untuk anak yang mula mengenal makanan..i never stop preparing foods for suami dan anak2..menjadikan anak2 semua pemakan..i tak pandai masak resipi yang canggih manggih tetapi insya'Allah apa yang masak so far menjadi kesukaan dan sebutan suami dan anak2..i luv it when hubby "order" nak makan apa misalnya hubby akan kata "esok ayah nak mama masak xxx yang sedap tu"... anak2 akan minta itu dan ini..kekadang simple aje tetapi yang penting masakan di rumah, kita boleh tentukan khasiatnya..dan tengok suami dan anak2 tambah nasi sebab lauk yang kena dengan selera mereka, walaupun yang kita masak hanya cekodok kosong tapi boleh buat buat mereka sendawa dan kenyang, kita rasa bahagia..

itu tak bermakna kami ni x pegi makan di luar...selera pun kena bertukar especially si tukang masak ni, nak juga rasa orang lain masakkan..weekend night selalunya masa kami makan di luar..

air tangan ibu selalu ada berkatnya..masa semua anak2 i kecil dan da masuk darjah satu baru i kurang menyuap mereka makan; selalunya semasa hari bekerja i siap menyediakan makan malam dalam pukul 6.30 ptg (so lucky sebab ofis semua dekat dengan rumah) dan terus suapkan anak2 makan especially yang kecil2..kalau sepanjang masa suapkan mereka susah juga, takut mereka tak reti makan sendiri..alhamdulillah itulah amalan i sejak anak 1 sampai anak dah empat dan ia masih lagi kekal begitu hingga sekarang..

its not only foods for dinner, breakfast pun i sediakan sebelum gi kerja; kalau weekend i akan masak special sikitlah..bergantung kepada keadaan..and the duty never stop and i luv doing it for the sake of my family..aper yang menjadikan kerja memasak i mudah adalah i pastikan masa hari tidak bekerja i akan sediakan bahan2 memasak, blended chilies siap dengan bawang, bahan tumis sayur siap dikisar (bawang besar, bwg putih dan udang kering) dan begitu juga bahan2 rendang memang siap dikisar dan untuk  masak cili api pun tersedia; nak memasak senang semua da siap; muga tips ini membantu anda yang nak memasak untuk keluarga kalau anda bekerja..

kadang2 bila i dengar rungutan mereka yang bekerja penat dan tak larat masak untuk keluarga, i senyum aje; kalau i bole kenapa mereka tidak; its the matter how u manage ur time, kesungguhan dan keinginan..
unless you are so busy dan tak dapat dielakkan tidak mengapa tetapi takkan juga tidak ada masa langsung untuk siapkan makanan keluarga walaupun satu lauk kan...

ikatlah perut suami dengan masakan anda..juga pikatlah hati dan kasih sayang suami dan anak2 dengan masakan anda..dan pastikan kalau berpeluang makan bersama2 ahli keluarga anda...

tambahlah resipi ini dalam menu hidup anda sekeluarga;

bila keluarga kita gembira  kehidupan kita bahagia maka minda kita lebih terbuka dan kita dapat mencari rezeki membantu keluarga dengan berkat yang berganda-ganda...

Luangkan Masamu Bersama Anak-anak

bila dah sampai ke penghujung tahun ramai yang ambil cuti; samada kena abiskan cuti atau memang nak gi bercuti; especially to those parents yang anak2 bercuti sekolah maka this is the time for them to spend their time with their kids; whether or not you go for holidays or just spending your cuti at home with the kids da memadai, as long as "be together"..anyway, kalaupun "be together" tapi takde quality time with your anak2 pun takde maknanya juga..apa2pun yang penting the parents are with kids and the kids luv that moment...

bagi yang ada lebih bajet bole bawak anak2 berjalan2 ke tempat percutian atau ke luar daerah daripada tempat tinggal..tukar angin..anak2 kekadang perlukan suasana baru, kuar dari rumah...walaupun begitu, bagi yang kurang bajet memadai juga kalau dapat kita bawak anak2 jalan dekat2 aje dengan rumah, pergi taman ke, pergi tepi laut ke..bukan bermakna bercuti tu berjalan jauh2...apabila kita temukan anak2 dengan pemandangan baru atau pandangan baru ia membantu anak2 menenangkan fikiran selepas penat belajar di sekolah..they feel more rileks..yang paling penting when we spent our times with them, they will appreciate us more, as their parents. Mereka akan punya rasa  yang the parents meletakkan mereka sebagai "penting"; anak2 sebenarnya memang suka masa2 bersama parents especially to those yang both parents are working, kan;mereka menunggu saat2 the parents nak spend masa dengan mereka..

walaupun biasalah kekadang anak2 ni bila bawa berjalan, banyak perangai tetapi jangan lupa, itu adalah sebahagian daripada cara mereka menarik perhatian ibubapa ...

ada pulak some parents suka bercuti dengan membawa anak2 mengunjungi rumah saudara-mara dan bermalam di rumah saudara -mara; em not fancy of that kerana pada pandangan i, that is not the right way of spending time with our kids; no privacy at all; bercuti sepatutnya antara kita dan anak2 kita sahaja; lagipun kita mungkin menyusahkan saudara-mara kita secara tidak langsung..walaupun tujuannya baik, membolehkan anak2 lebih dekat mengenali saudara mara, still for me, itu tidak bermaksud "bercuti" dengan anak2..

sebagai working parents; janganlah kita sebagai parents rasa ralat nak ambil cuti untuk habiskan dan luangkan masa bersama anak2..inilah masanya kita dapat merapatkan kasih sayang ngan anak2, melayani mereka dan kerenah mereka ; membina hubungan kekeluargaan yang lebih teguh..memang keperluan bekerja juga penting sebab dengan pendapatan yang ada kita dapat bina keluarga yang stabil; namun itu bukan satu elemen yang semata2nya penting; keperluan bekerja dan membina keluarga yang stabil adalah berkaitan antara satu sama lain dan saling menyokong antara satu lain;

keluarga yang stabil dan kerjaya yang stabil adalah keperluan kepada kehidupan yang harmoni..that for sure!mari kita renung2kan bersama...tak guna kita  keluar bekerja dan dapat gaji yang mewah tapi anak2 misalnya tidak dijaga dengan baik; tanggungjawab ibubapa bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal anak2 malahan kehendak rohani mereka juga perlu diisi dan disemai serta dibaja-perasaan dan keinginan mereka..mendekati anak2 memberikan kita peluang mengenali hati nurani mereka dan mereka juga akan dapat mengenali kita sedalamnya..anyway i alwayz believe tat,  memperuntukkan masa yang sewajarnya dengan anak2 adalah lebih bernilai daripada taburan wang ringgit;

kita sama-sama seimbangkan segala keperluan dan kehendak hidup mereka dan kita juga,
bila anak2 ceria, mereka lebih bersemangat menempuhi hidup dan memenuhi kehendak kehidupan;
dan kita pun lebih bahagia!