Monday, June 25, 2012

Drama air mata di pagi isnin




this is the second monday of the second week, the drama happens..

someone is crying when you wake her up from sleep and asks her to get ready for school

monday morning selalunya mama terlebih busy so mood mama kekadang ada kurang jugak ditambah2 kalu ada drama air mata yang tidak berpunca daripada angin atau taufan

sebab waktu nak tido malam elok aje

walhal drama last week, she was with us when i told hubby about it masa kami lepak2 on the bed malam tadi..siap menafikan dia adalah "character" of my story waktu tu "mana ade adik nangis2" dia kate masa tu

tup tap pagi tadi kejadian yang sama berulang

i buat tak tahu aje especially bila tengok jam; macam da lambat ni

mula2 nangis, bila i tinggi suara tukar merengek, lambat2 bersiap, muka monyok, naik aje keta tetiba airmata berlinang semula

suara i da nak tinggi semula

i tanya "adik kenape"

dia jawab "adik nak mama"

dan menitis2 lah airmata tu..(dalam hati..sori lah dik, now is not the right time untuk mengade2)

sampai tadika i pujuk jugak, tell her tat petang nanti adik jumpa mama, kita pegi kedai ye..tengok kawan2 pandang malu nanti...

cikgu pujuk terus kuar keta


(gambar cilok drp yahoo image; kang amik gambar betul mahu lagi kuat dia nanges hehe)


Sejarah tercipta

mungkin bagi sesetengah orang da berpengalaman bekerja selama berbelas jam

bagi kami di sini first time..mencipta sejarah bekerja selama 17 jam

sempena perasmian UTC Melaka oleh PM diadakan juga majlis jamuan rakyat seperti di entry sebelum ini i ada story kan..agensi kami dipertanggungjawabkan mengendalikan gerai dan pengurusan dan kutipan kupon

so sabtu tu kami mula bertugas mulai pukul 7 pagi,

mengemaskini data dan senarai peniaga akhir..menyemak tapak dan berurusan dengan peniaga  untuk mendapatkan butiran akhir dan menyediakan botol kupon

kemudian mengagihkan botol tersebut

memantau perniagaan yang dijalankan supaya selaras dengan syarat dan garis panduan kami

last sekali mengutip dan mengira kupon

tu yang membawa kami bekerja sehingga jam 2.30 pagi hari esoknya

kiraan bermula mengikut serahan botol..namun masa maksima yang dibenarkan adalah hingga 10 malam, makin awal penyerahan maka pengiraan bermula mengikut masa serahan

em leading Zon 7 gerai2 di bawah UKT dan MBMB sebanyak 39 gerai dengan 9 orang ahli...bayangkan nak mengira kupon2

balik rumah dekat pukul 3 pagi

in between, cuma rehat utk solat dan makan..yang hebat lepas magrib takder break langsung sebab kebanyakan peniaga da mula tutup gerai mulai pukul 7 malam jadi mereka datang sekaligus dalam satu masa..

tak dapat dinner pun...kebelai rasanya bila dah sudah  tapi selera makan dah tak ade, da ingat tilam bantal

itulah sumbangan  yang dapat diberi kepada negeriku

walaupun penat tak terkira, rasa seronok dapat membantu

"MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG, Negeri Bandar Teknologi Hijau"