Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

Melepas hajat @Burger Abg Burn

terbaca kat blog Lyacolors..itu top n pop burger abang burn da bukak branch kat melaka..kat bus stand expres lama,tepi sungai melaka..nice view

lobi punye lobi dgn hubby berjaya ke sana..pergi pun da dekat kul 12 tghmalam..masa balik drp kampung kami singgah rumah abang ipar..ajak mereka sekali..

(oh yeah..at tat time we were there, it was already sunday)

jalan damn jammed..sebab kena lalu laluan yg sama utk mereka yang nak ke bazar Ramadhan Hang Tuah Mall

but sedihnye..ngam2 stok tinggal burger ayam..yang lain abis..
maknanya kena repeat dtg..melepas nak rasa meatball

Photo: Melepas hajat

Tuesday, July 9, 2013

Citer semalam & Salam Ramadhan

i felt asleep last night..dalam kul 8 da terlelap..boleh gitu..penat betul gamaknya semalam ye

tido sakan sebab si kecik pun da tertido awal

yang dua orang lagi tu i serahkan kat takdir..apa meka buat..ntah bace buku ke tak waktu i da "terbelayar" awal tu..reda aje

earlier dalam sebelum magrib ada i sms adik i Osatajah Nur yang join tengok aka teropong anak bulan kat negori Sembilan (PD) suruh update nampak ke tidak anak bulan....sampai le bangun dalam kol 5.15 pagi gitu, tengok2 dia pun tak balas sms i..agaknya sebok makan dgn VVIP ler tu

bangun tido terpesona dengan bunyi katak..kuang kuang..sebab da lama tak dengar bunyi itu..oh hujan rupanya malam tadi, pon tak sedar keadaan itu disebabkan nikmat ketiduran yang jejarang dirasai;so i assumed  posa mula besokler seperti yang telah ditetapkan..(kalu le jadi puasa ari ni dengan  bebudak tak sahur tapi dikejutkan untuk berniat sahaja haru juga..)

persediaan menyambut Ramadhan.. alhamdulillah sebelum ni ada dapat sekotak Kurma daripada Kelab Kebajikan ofis, bagi kat kakak bawa balik hostel, semalam dapat sekotak lagi kat ofis yang disedekahkan orang,..bab lauk2 basah da siap beli Sabtu tu.. da plan pun nak masak apa untuk sahur pertama..especially for the kecik yang first time nak posa. Melaka akan cuti umum esok sempena sambut Ramadhan so sebab Putrajaya tak cuti maka melobi Cik Abang untuk ambil cuti dan berpuasa sama-sama di rumah.

Puasa kali ini pertama kali jauh dari Kakak..selalu dia lah yang prepare bahan2 buat bergedil sebelum i balik keja..nampak gaya kurang le buat bergedil tahun ni .Tapi ada orang da volunteer "ma kalu nak buat bergedil je cakap nanti nafis tolong kopek kentang" Amin ...  {da dia yang hantu bergedil, sekali makan 10 biji pon tak cukup}Takpe kakak nanti weekend mama datang bawak makanan untuk kakak berbuka...

I ingin mengambil kesempatan ini untuk  ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin muslimat yang akan berpuasa..maaf atas kesilapan tutur kata tingkahlaku yang ada pada semua

Mohon keampunan atas segala dosa daripada Yang Esa. muga diberi hidayat, nurNya dan rahmat menjalankan ibadah puasa tahun ini...

 
 
sedikit perkongsian ilmu untuk tatapan bersama
 
 
 


ihsan yahoo imej

Thursday, June 27, 2013

Assalamualaikum!



salam semua;

ada lagi ke yang membaca blog ni..bukan saja da berkurun malah lebih lama  dari tu kot..terbiar, bersarang bersawang sana sini..kalau diambil kira atau dibuat perbandingan masa yang lama tak berhapdet dengan  rumput kat laman rumah yang tak berbela tu, da jadi mini hutan agaknya..
(apa motip bandingkan dgn keadaan rumput tu??)

well, life as usual ada pasang surut pahit manis..

naper ek i jadi malas nak menulis; ntah dedulu semangat kat main..yupp maybe sebab mood..itu yang pasti

a lot of things mewarnai hidup..banyak citer pahit manis yang termiss..cubalah tengok camne kalau  semangat dan kesungguhan ini bercambah semula maka adalah citer2 kat sini yerk

i akan mula sikit2 slow2 semula, insyaAllah

tapi walaupun tak menulis i still berBW..

sementara tu i tanya2 kabar dulu, kalu2 ada lagi yang dok intai2 kat sini.. timakacih..terimalah seadanya apa yang ada...

sekian setakat ini, assalamualaikum

Friday, July 20, 2012

Menu sahur nanti aper ye?

Suddenly i em thinking of wat to cook for sahur nanti.

dalam suasana yang sepi ni hah, only left 3 of us..bayangkan drp staff di bahagian ni seramai 21 orang, tinggal kami bertiga..kebanyakannya cuti, ada yang mc, sorang bertugas di UTC, 2 gi meeting....kesunyian ini mengundang kepada keadaan berfikir tentang apakah lauk nak dimasak untuk sahur nanti, boleh gitu??

alhamdulillah i dapat juga sekilo daging baru (walaupun tak sesegar beli waktu pagi-sebabnya cuma berkesempatan beli waktu dah nak masuk petang)...sambal daging, kacang buncis goreng dan  ikan kering

ermmmm sounds ok to me...

tapi sebab banyak mulut lain, balik kang kena minta usul dan cadangan lain gek

yelah yang tu cadangan i ajer, anak2 yang nak puasa nak kena tanya gek selera mereka; lom selere apaknyer lagi..anyway, i akan ambil kira semua permintaan supaya tak ader yang terkilan nanti, kena adil kan!!!

tak boleh nak fikir tekak sendiri jer, hihi








Thursday, July 19, 2012

Raikan kedatangan Ramadhan

tup tap tup tap, Syaaban da nak sampai ke penghujung- bulan Ramadhan pula da nak berkunjung, maka kita akan mula berpuasa sebulan

Banyak pahala menyambut kedatangan Ramadhan, bukan hanya Syawal yang dirai secara besar-besaran..dalam satu ceramah yang i dengar  daripada Ustaz Daud, penceramah yang selalu kami panggil di sini, kebanyakan umat Islam tidak pernah meraikan kedatangan Ramadhan, sedang kan bulan ini adalah antara salah satu bulan Islam yang penuh rahmat; banyak peristiwa yang istimewa yang dialami Nabi Muhammad SAW berlaku dalam bulan Ramadhan, contohnya Israk dan Mikrak..

Alangkah moleknya Ramadhan juga kita besar2kan kedatangannya, kita beli pakaian baru sewaktu menyambut Ramadhan, paling tidak sehelai kain pelikat atau kain batik atau telekung ..setidak-tidaknya juadah disediakan pada malam menyambut Ramadhan setara dengan apa yang disediakan di petang Syawal..dapat juga bantu membangkit selera waktu bersahur, khususnya anak2 kita yang baru mula berpuasa, kan

Dan sebagaimana yang dituntut, memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan, banyak membaca AlQuran, menjaga tingkahlaku tuturkata pergaulan...

Sama-sama kita saling -mengingati antara kita, berpesan ke arah kebaikan itu juga satu ibadah

Wednesday, July 18, 2012

Dah sampai ajal

meranalah hidup bila washing machine da sampai ajal...masa hari isnin tulah, bila time spin kuar bunyi degam-degum...tengok2 drummer dia tak boleh pusing dah..

kalau nak ikutkan memang da patut ajal mesin tu sampai ..setelah 12 tahun pakai, berbaloi..banyak jasa dan bakti-lima enam bulan lepas pun penah buat hal..so masa tu macam sayang nak beli baru..so hantar repair kena dlm rm250 kalau i tak silap; tapi kali ni nampak macam kritikal, selain drummer dia tak jalan, air keluar daripada bahagian bawah, dan bukan dekat tap connection; erm..tukar ajelah

i suka d washing machine tu; its a LG dengan muatan 12kg..macam2 boleh sumbat..comforter pun boleh masuk cuci..orang kata da puas melenjan..

dan kini....baju2 menjadi longgokan bukit bukau kat rumah tu..tak sanggup mak tengok, nak nages pon hader

and hari ni hubby balik so akan keluar mencari mesin basuh yang baru nampaknye; i ni tak penah pakai mesin basuh jenis yang buka pintu kat depan tu-selalu main pintu atas..hajat di hati macam nak beli eletrolux..ok ke..yang sekali dengan cucian hot water; tengok dulu hubby kata ape..





erm..kuar duit lagi...............






Wednesday, July 11, 2012

Tanya pasal makan & kalau anak 8 org

teringat conversation dengan hubby last night masa dia call

"mama da makan"

"dah.."

"masak ker"

"a'ah memang le masak, anak abang kan mengemut2, pukul 7 semua da komplen lapar lapar.. kenalah masak, lagipun masa abang takde rumah mana penah mama x masak"

"eh 4 orang pun da kata mengemut2, belum 8 orang..kalau 8 orang camnelah nak handle"

"hehe"

saja melawak ngan hubby sebenarnya..gelak jer dia bila citer pasal kalau anak 8 orang tu..frankly speaking i pun x tahu ada daya x kalau kena uruskan anak seramai tu..walhal i datang daripada keluarga besar jugak; adik-beradik  sendiri pun 10 orang dan hubby pulak ada 9 adik beradik..mungkin bezanya my mum dan MIL tak keja..tapi kat luar sana pun ramai juga ibu2 yg kerja atau x  kerja menjaga anak yang ramai..ok aje kan..

kebiasaanya kalau dia tak ada, i memang jarang2 sekali tapau atau bawak anak2 makan kat luar..apa yang ada kat rumah tu lah yang i akan masak..paling teruk pun nasi goreng..selalu kalau hubby call sekitar  kul 8 mlm mesti tanye anak2 da makan ke..bimbang agaknya anak2 tak makan ..

especially last weekend kan dia outstation, so dia risaukan lauk xde..i da buat sikit stok ari tu beli kat mydin- stok lauk ada, cukup sampai hari jumaat pun;not to worry lah sayang, pandailah i kat sini uruskan bab makan ni, u pon tahu kan camne i layan anak2 u pasal bab2 makan....

Monday, July 9, 2012

Angan2- kids' room







thinking of ideas on the two little girls' room..
even though we have 5 rooms & it should enough for each of  the kids to have their own room
but since none of the kids is willing to stay in the room downstairs so the third and the fourth have mutually agreed to stay together in one room, next to the master bedroom

the room size is 10x18 ft sq ..i was thinking to put a double decker due to a limted space; but hubby seems not happy with my idea; tengok nanti macam maner dulu

Sunday, July 8, 2012

Berkampung di rumah aje

as hubby is not around so hari ni me n anak2 berkampung di rumah..
as for me, kalau dah dok rumah ajer banyak kejaan yang boleh dibuat, selain daripada kerja rutin hari ni i dapat mengemop dapur (selalu tu kejaan hubby) dan cuci porch

bangun ajer tido da terus menggosok baju2 sekolah dan my baju kerja

lepas tu turun bawah, untuk sarapan tadi i goreng kuey teow utk yg besar2 dan me kuning tumis air untuk si kecik

and lunch buat rendang ayam..tanpa kerisik..masa da nak separa masak baru perasan yang kerisik da habis; mintak tolong nafis belikan kat kedai, pun habis so rendang mama takde kerisik but i guess is still sedap..ingatkan dapat simpan untuk dinner tapi lepas lunch nap, i turun bawah nak makan tengok tinggal 2 ketul yang ditinggalkan untuk i..ermm kena masak lain untuk dinner (tak sempat nak amik gambau lauk da abis hehe)

anak2...bila da berkampung di rumah asyik dengan komputer game dan cd..takper mama bagi chance sebab mama sendiri malas nak bawak keluar..lagipun kakak tak sihat sangat..dia sakit perut..mana kan tidak waktu ganti puasa khamis dan jumaat hari  2 hari berturut tak makan nasi hanya makan me goreng dan chicken chop & mungkin makanan2 tu tak menahan perut dari masuk angin..nampak da okay tapi kalau masih ada sakit2 petang nanti nak bawak dia gi klinik

mama pulak most of the time,bergolek atas katil..dengan si lappy ni

well..next task da menunggu, nak angkat kain, lipat kain dan gosok baju2 mana yang perlu kena gosok; mama ni da rendam kacang hijau jugak, kejap lagi nak buat bubur kacang hijau sebab durian yang hubby beli ari tu ada sikit lagi

a'ah...malam nak masak aper eh??dalam kepala ni da terbayang macam nak masak sambal sardin buat telor dadar dan salad veggies kan...sedap jugak..ok tengok nanti

tulah kejanya kalau dok rumah; masak makan masak makan; masak aper pun habis;alhamdulillah tak sia2 mama masak

masih tak dapat call hubby ..his flight back is today..tapi sebab flight from kk tu malam maknanya sampai nilai pun da tengah malam, maka esok petang lepas keja baru dia balik dan baru dapat jumpa

rindu pada hubby..jarang berpisah lama..and this is the fifth day..lama tu

Friday, July 6, 2012

Angan2-hand sink @ dining area

amboi mama ni
asyik verangan..
sori yer..tengah teruja katakan
tengah pikiaq hand sink untuk letak kat ruang makan kenkononnyerlah











Image Detail



Angan2-Bedroom colour?




yang mana satu ekkkk















 aduhhh keliru yaaaa





Thursday, July 5, 2012

Angan2- Ruang makan

ermmm..syoknyer berangan2 ni hah

nak set main dining area sebelah tangga

eh..ruang yang ada takle seluas camni


tapi takkan letak yang bulat sebab macam amik spacing
lagipun already have one set of round marble dining table


liked this design so much
harus dapatkan satu set
simple but nice for me lah yer





Tuesday, June 19, 2012

Grrrr..



this gadget really makes me sick and mad
em not supposed to xchange it with najwa if i know it is so difficult to manage and use it

so regret...
em thinking to use back my BB
easier
no headache


najwa...............................................................lets cancel the deal..take back urs

Friday, June 15, 2012

Milo Ais dan cekodok

Cuaca panas terik woooorr

tak tahan dahaga 

balik ofis terbayangkan sedapnya kalu dapat milo ais ke teh ais ke

tetiba dengar intan cari kawan gi makan kat kafe (dia tu baru balik UTC)

so i pong jerit "nak ikot"

apa lagi orde milo ais



ermmmm ....sedapnya dapat minum ni




tengok ada pulak benda ni



apa lagi lajulah makan; dapat cicah pulak dengan...






kekonon nak minum ajer, tapi belasah makan sekali ..temankan orang kan




ps:sebab tak bawak tipon, i copy jerlah gambar2 kat yahoo image hehe



Wednesday, June 6, 2012

Pindaan rancangan

selepas 2 hari bercuti; i came back to my ofis for one day..

and starting tomorrow, another two days leave; trip dengan anak2 pulak

as promised..

anyway the earlier plan to rompin has been cancelled ; yang pasti we will be going to Morib Gold Coast Resort; ada waterpark; tengok kat web bukan main menarik ku tertarik ooo macam debom2 ajer

will be a one night stay sahaja; then will be heading to KL

hopefully the short trip to Morib akan menggumbirakan anak2 yang telah ditinggalkan selama 3 hari itewww

supposed hari ni pun nak cuti tapi sebab tadi ada nak sign agreement makanya i "mendatangkan " diri ke opis

semangat nak berjimba dan bercuti yang membara menyebabkan hanya yang ponting2 aje diselesaikan; ampon huhu

mati gek sebab isnin ada Board Meeting; ada signing lagi...

case update dan maklumbalas da siap; status agreement dah pun disemak..hopefully dapat bercoti dengan aman damai


Friday, June 1, 2012

Nyaris-nyaris

salam jumaat..

sekejapan masa berlalu dah jumaat semula kan
dan hari ni dah masuk ke pertengahan tahun, dah 1 jun pun

pagi tadi nyaris accident..di simpang jalan..dalam jarak 20 untuk masuk simpang kanan ke ofis,  i da siap2 beri signal dan before that pass by  satu lagi simpang ke kiri.. while to reach that simpang kiri (i dengan signal kanan) tetiba keta di situ main sesuka nak kuar aje, nasib baik i sempat brek and tekan horn kuat2..hah terkejut dia, berhenti terus dan i jugak pun terus stop keta sambil tekan lagi horn sebab geramkan drebar yang sengal tu, it was a lady driver bawak pesona, bila da terberhenti tu chewah dia main beri isyarat  tangan pulak suruh i jalan dengan muka sengal; macam tak bersalah..

bila sampai situ selalu i memang akan perlahankan keta sebab da nak masuk simpang dan i selalu perasan keta2 yang nak kuar simpang kiri tu selalunya tak menyabar2; nasib baik i tak laju kalu tak mahu terhentam

tulah kekadang bila kita berhati2 kita jadi mangsa orang yang tak berhati2

malang tak berbau

Wednesday, May 30, 2012

A Time break for the Supir


i loike school holidays...sebab during lunch time i can go here and there, dating sana sini..

tak perlu fetch anak from school and send them home

it is really a time break for me





masa lunch time on monday ari tu, i took my fren to mydin, beli barang2 untuk dia buat home-cooked lamb chop, orang posa yang ngidam so kenalah tunaikan hajat

semalam gi makan2 dekat R&R Al-Alami seramai 5 orang makcik kiah

tadi hujan so makan kat kafe di mitc ni ajer...

seronok borak2 gelak2 gosip2 (kuang2x)

patutnya nak g JJ..tunda besokle yer

kalau hari sekolah, ermmm da terikat dengan tugas supir; ke mana pun tak dapat pergi


Monday, May 28, 2012

Hujung Minggu di Nilai

weekend baru ni me and my family went to BBN; overnight at my dad's apartment..

kakak attended 2 days SPM seminar di UKM anjuran Berita Harian, so takkan nak berulang alik dari melaka pulak..

selepas subuh hari sabtu kami bertolak ke bangi then lepas hantar kakak gi ronda2 ke Putrajaya;ada sambutan Hari Belia; cuaca agak panas so we just tengok dari pejabat hubby aje; malas nak jalan2 dalam cuaca panas; ramai orang; sesak mesak dibueknya; walaupun diajak

then went to my sis's house kat BBN; my parents pun ader sebab nak hantar my youngest brother yang nak ke US berkursus tu ke airport

ambik kesempatan kirim handbag kat dia, siap printkan gambar lagi..dia transit di Paris so amik kesempatan suruh dia mengintai LV's handbag

supposed nak tido rumah my sis tapi sebab in-laws dia nak datang dan bermalam (dalam 3 keta) so kami decided tido rumah my dad; nak bermalam di bilik sewa hubby, tak cukup tilam bantal dan bagai; cari hotel sekitar BBN, Bangi and Putrajaya semuanya fullhouse..

then semalam lepak2 kat aparment my ayah tu di Desa Jati..waduh ..macam berada di Indon..kekadang kat Bangladesh, kekadang macam rasa berada di Myanmar...pitam mak dibuatnya tengok umat2 tu ramai di kawasan tersebut

lepas siap lunch dalam kul 3 ptg gerak ke Bangi ikut jalan lama, singgah makan durian dan 4.30 ptg da sampai UKM tunggu dalam 45 minit baru kakak habis

balik melaka singgah rumah my MIL kat masjid tanah, lepas dinner dalam kul 8.45 mlm,balik rumah, singgah jap amik baju nafis then hantar kerah dan paksa dia balik bercuti ke rumah my mum  sebab no one will be at home on day time minggu ni (kakak ada kelas tambahan; the two youngest g taska) em worried nak biarkan dia dok rumah seorang diri..kena pau beli CD game;layan ajelah kang dia tak nak balik kampung i pulak jadi bertambah susah hati buat keja kat ofis tapi teringat dia kat rumah

sampai rumah semula dalam kul 11.30 mlm;rasa nak fengsan.....


Saturday, May 19, 2012

home-cooked ala2 western dinner

as promised to the kids,
tonight's dinner will be something yg western
so mama cooked lamb chop, fries and nugget
ada 2 versi lamb chop; ori n marinated
selera lain2
alhamdulillah da licin pun




my plate


nashwa n nazwa

simple lunch hari ni

this weekend, without him around
as he is away-outstation to Pulau Bangi Sabah
to inspect and monitor the solar project there
seperti biasa tugas2 hubby akan terpakselah diambilalih oleh me
suka dalam paksa ke, sukarela ke, kena suka jugak
kalau tak sape lagi nak uruskan anak2 ke kelas tambahan sekolahlah, tuisyenlah, gi librarylah

so untuk lunch hari ni simple aje
buat paprik udang with karot, asparagus, brokoli dan jagung muda
makan dengan ikan goreng
oklah tu kan



malam kang kita berwestern food ye anak2...