Tuesday, February 14, 2012

Say NO to VD

while blog walking since few days ago, most of the hot story which has been posted adalah pasal Valentine' s Day;

for me, dalam menangani isu tersebut, mari kita sama2 terus menuju kepada hukum hakam yang ditetapkan oleh agama kita;as for Muslim di Malaysia telah dikeluarkan fatwa kebangsaan bahawa adalah haram kita menyambut dan meraikan VD; fatwa dikeluarkan hasil ijtimak ulama..yang pakar dan arif dalam bab keagamaan; yang telah menyemak dan mengkaji serta mendalami isu tersebut; wajiblah kita patuh;

sejarah VD berkaitan dengan sambutan  yang diraikan oleh penganut kristian; walaupun ianya bersangkut paut dengan kasih sayang tetapi bukan bermakna kita perlu mengikutinya;kerana apabila kita mengikut meraikan sama amalan penganut kristian itu, ia menunjukkan kita juga menerima amalan tersebut dalam kehidupan kita;

seorang Muslim hendaklah mengamalkan amalan agamanya dan bukan meniru amalan agama lain; yang haram pada Islam, yang tidak boleh dilakukan dalam Islam itu yang patut kita ikuti dan pertahankan..

kebanyakan golongan Muslim yang terjebak meraikan VD adalah kalangan muda-mudi; yang baru mengenal kemanisan hidup dan baru menceburi "alam berpasangan" yang hati dan mata dikaburi tuntutan keseronokan dan nafsu; baru nak belajar mengenal kasih sayang kononnya...kalangan inilah yang terperangkap dengan keghairahan untuk meraikan VD yang mana akhirnya menjadi medan menguji kasih sayang dan berkorban untuk kasih sayang...

for those ibu bapa yang ada anak2 muda remaja, marilah kita sama2 menyerapkan dalam minda anak2 akan amalan VD adalah haram dalam Islam, agar anak2 kita tidak terjebak dengan pengaruh amalan Kristian dalam kehidupan harian mereka...

segarkan minda anak2 kita bahawa dalam Islam hari berkasih sayang adalah setiap hari; terapkan dalam hati anak2 bahawa batas dan pergaulan dalam Islam ada hadnya;antara kawan2, saudara mara sekalipun;

even antara suami isteri, raikan kasih sayang saban waktu- bukan hanya terikut2 utk meraikannya setahun sekali, pada hari  penganut agama lain sibuk berVD;

in my opinion our Muslim leader in  government perlu buat kempen kesedaran "SAY NO TO VD" secara menyeluruh coz ianya bersangkut paut dengan aqidah Muslim, khususnya kalangan remaja yang banyak "terkorban" akhlak,maruah, moral, nilai diri semasa meraikan VD...


wat say u???

2 comments:

YaYaNsMuM said...

Alhamdulillah, skrg ni kesedaran masyarakat islam dah semakin meningkat...salam kenal, :)

potpetmama said...

Yayansmum; sama2 kita saling ingat-mengingati; salam kenal jugak, tk!