Sunday, January 1, 2012

last dinner for 2011

disebabkan siangnya dah makan beriyani kambing so malamnya nak makan yang ringan2 lah kekonon..khususnya bagi  memenuhi kehendak anak2 yang nak makan fast foods so the parents pun menunaikanlah  hasrat dan hajat mereka, lagipun untuk menutup tirai 2011 tak sampai hati pulak nak menghampakan hajat orang, lagipun 4 lawan 2 maka tentu yang 2 tu akan kalah...

and the last dinner for 2011 was held hereeeeee........



semua dalam kotak tu habis licin kecuali kertas bungkus je yang selamat...


si nade2 ni, mesti nak manja2 makan eskrim ayah suapkan...





Selamat Tahun Baru 2012..

for those who are currently reading my blog, happy new year...thanks for spending ur time with me; even u r the silent reader or be my follower, selamat menempuhi jam pertama 2012..muga kita sama2 dirahmati Allah dapat menyambut tahun baru dengan permulaan yang baik, dan kekal hingga ke penghujungnya..dapat menempuhi perjalanan ke penghujung dengan tabah sabar dan redha..berbagai peristiwa bakal kita lalui dan tempuhi- segalanya seperti yang telah tertulis dan hanya Dia yang mengetahui kerana semuanya atas aturanNya..

marilah kita sama2 memperbaiki apa yang kurang pada tahun sebelum ini dan menambahbaik pada apa yang ada; hijrah itu pengorbanan; kesediaan kita untuk mengubah kepada sesuatu keadaan yang baru yang lebih baik juga adalah ujian dan dugaan yang mungkin memerlukan kita mengorbankan masa tenaga dan wang ringgit..

ketulusan dan keikhlasan kita dalam terus menjalankan tugas kita sebagai anak, ibu, isteri, suami,pekerja, adik abang kakak saudara pada detik masa yang baru akan membawa rahmat selagi kita tidak melanggar tuntutan agama, peradaban dan budaya hidup..sama-samalah kita mengorak langkah untuk kehidupan yang  baik dan sejahtera di dunia dan juga sebagai bekalan di akhirat mengikut landasan yang diredhaiNya....