Wednesday, July 4, 2012

Hati wanita






Jadilah isteri yang berdikari

ramai isteri yang bergantung kepada suami untuk melakukan semua tugas2 dan urusan keluarga & anak2
misalnya untuk urusan bayaran bil, perbankan, persekolahan anak, pembelian barang rumah, memandu, waimah kerja2 rumah seperti mengelap aka mengemop rumah menjaga anak memasak semua "dibergantungkan" isteri untuk suami melakukannya;

for some reasons i bersetuju tapi ada juga yang i tak setuju

memang suami adalah ketua keluarga dan decision maker bagi sesebuah keluarga..tetapi kita sebagai isteri tidak patut bergantung sepenuhnya kepada semua untuk melakukan tugas2 yang melibatkan hal keluarga atau tugas kita sebagai isteri diserah pada suami untuk buat

agak manis kalau kita sebagai isteri mampu berdikari sedikit, maknanya jangan semua harapkan suami untuk buat

kalau terlalu bergantung kepada suami untuk selesaikan semua urusan2 keluarga, kita akan jadi terlalu manja tidak pandai berdikari sempit pemikiran ketinggalan dan sebagainya

ia berlaku, bilamana si isteri terlalu bergantung pada suami untuk uruskan urusan keluarga, si isteri tak tahu macamana nak kuarkan duit drp atm atau bank, tak tahu camne cara nak bayar bil, tak tahu proses daftar sekolah anak macamana; i tell you this kind of things berlaku pada isteri2 yang terlalu mengharapkan suami

ada kisah benar yang berlaku bila isteri terlalu bergantung pada suami yang melibatkan urusan bank, isteri tak tahu nombor  pin atm sebab semua urusan berkenaan suami yang uruskan, bila tiba2 si suami meninggal menjadi masalah pada isteri sebab nak kuarkan duit uruskan pengkembumian suami tetapi tak tahu nombor pin so kenalah ke bank untuk berurusan tetapi tambah pulak dengan masalah, sampai di bank tak tahu nak buat bagaimana;

walaupun si isteri itu bekerja, dia hanya tahu pergi bekerja tetapi urusan lain diserahkan pada suami untuk pikul dan galas dengan alasan..hah ada suami, biarlah suami uruskan

isteri yang berdikari adalah mereka yang bersikap positif; bersedia bekerjasama dengan suami menguruskan keluarga, lebih bersikap terbuka lebih luas pengetahuan dan tidak akan hanya pandai dalam sesuatu hal sahaja, lebih sihat dan ceria, lebih nampak yakin; for me "aura" isteri sebegini lebih terserlah

give and take itu perlu, jangan harapkan suami semata2 menjalankan tugas dalam rumahtangga; isteri pun perlu ambil sedikit peranan coz i tahu juga ada suami langsung tak benarkan isteri uruskan apa2..tapi kita sebagai isteri mintaklah sikit drp suami apa2 yang kita boleh uruskan; sebab kita pun nak jadi cerdik sikit juga- sekurang2nya bila bercerita dengan kengkawan pasal pegi bank ke misalnya kita tahulah prosesnya camne.. nak cucuk duit kat atm bagaimana;

banyak baiknya kalau isteri itu berdikari; tak dapat banyak, sikit pun cukup-untuk kebaikan diri sendiri..