Thursday, August 8, 2013

25 & 26 & 27 Ramadhan 2013

kami memulakan aktiviti membeli-belah pada sabtu lepas bersamaan 25 ramadhan..keluar rumah dalam pukul 11 pagi bermula di MP..siapkan barang si kecik, nashwa dan nafis..tak habis lagi gi JJ bandaraya pulak..last2 sambung kat Melaka Sentral..pon x habis..hubby suddenly decided untuk balik buka dengan his parents..sebelum balik kampung, i buatkan mee goreng untuk dibawa balik berbuka.
malamnya lepas berbuka pi jalan2 kat pekan masjid tanah..carikan baju kurung untuk si kecil berdua..da last minute tulah masalahnya,, saiz takde..i memang suka anak dara kecil berdua pakai sedondon so usahakan juga untuk mencari yang sama kaler..

bersambung esoknya 26 ramadhan untuk menghabiskan urusan membeli-belah...balik lagi ke pekan MT kali ni berdua dengan hubby..ada projek beli barang sendiri sambil2 mencari lagi baju kurung..akhirnya dapat juga..lepas abis cari barang, intai2 kt PARAM dan beli kuih lopes

si kakak gigih buat bergedil..i rasa lebih 60 biji..so kali ni i buat mee kuah pulak untuk dimakan dengan bergedil..buat juga puding kastard jagung atas permintaan hero bujang i..lepas buka posa, sesi memulakan kemas mengemas...


the next day.. kakak berbuka di luar dengan kawan2 sekelas masa form five..kat opis i sampai rasa nak pening nak fikir menu berbuka...at last buat nasi lemak, sambal ikan bilis, goreng daging dan ayam..