dirasmikan oleh our CM turut hadir TYT
i berkesempatan juga mendengar talk daripada Tun berkaitan Jenayahkan Perang..misi utama jelajah keamanan PGPF ke seluruh negara khusus untuk mengutip sumbangan bagi mencapai sasaran menyediakan bekalan air minum sebanyak 1.5 juta botol untuk keperluan 1.5 juta rakyat Palestine..yang dinamakan Waqaf Water 4 Gaza;
rakyat Palestin memerlukan bekalan air minuman yang bersih, sabotaj Israel ke atas penyediaan sistem rawatan air bersih dan sistem kumbahan yang teratur menyebabkan kemudahan tersebut tidak dapat disediakan dan ianya menghalang rakyat Palestin menikmati penggunaan air bersih yang dirawat untuk minuman ..Israel mengalirkan paip kumbahan ke Laut Mediterannean yang menyebabkan air laut di situ tercemar dan usaha menggunakan air laut yang dirawat untuk minuman dalam keadaan sedemikian telah terhalang..program waqaf water 4 gaza adalah simbolik ke arah menyediakan bantuan minuman air bersih kepada rakyat Palestin
We were asked to be there at 8.30 am..but the majlis started at about 9.15 am before the perasmian at about 10.30 am..
Melaka adalah negeri pertama dipilih bagi memulakan program Jelajah Keamanan tersebut
inilah botol air yang akan dihantar ke Gaza nanti
ucapan perasmian oleh DAR
first time in my life berpeluang mendengar talk oleh Tun Mahathir secara live, in one event..
gambar diatas dicopy dr FB Datuk Ali..yang baju oren tu pelajar SHAROD yang telah mendeklamasi sajak mengenai perang..she was great, deklamasi yang menyentuh hati dan membuat ramai yang hiba dan mengalirkan airmata!
betapa kita rakyat Malaysia patut bersyukur dengan keamanan hidup yang kita kecapi..rakyat kita masih rasional, sentiasa berfikiran positif dalam mengekalkan kestabilan dan keamanan hidup; berbanding dengan mereka di luar di sana, di negara yang terlibat dengan kancah peperangan; hidup dalam penderitaan..
apa lagi kita mahukan..sudah semestinya keamanan berterusan, bersatu hati, hormat menghormati,
No comments:
Post a Comment