Monday, September 5, 2011

1 Syawal 1432H- part 2

me n my biras kat hujung nun tengah menggosip wakaka

sambungan entry sebelumnya...
pada sebelah mlm raya pertama kami semua beraya ker rumah my BIL aka Datuk Bandar...lebih kepada nak tengok rumah baru dia (hehe) part of d house baru siap renovate dan belum ada sentuhan lagi, kata my biras...lepak2 dan makan2 piza domino ..mereka adik beradik kalau da borak berpanjangan sampai kul 12.30 pagi..
while d anak2 dara x habis2 posing, da penat kat dlm kat luar pulak...

1 Syawal 1432H- part 1

seperti keluarga lain, aktiviti biasa selepas pulang dari masjid adalah sesi bersalaman posing dan makan2...
me n hubby
our family
with my girls

my sweetheart yg mcm2 ragam dan perangai 
hubby n najwa
us with najwa
..
najwa nashwa n imran
my two youngest sis n najwa
me n my bro n sis yg beraya bersama
nashwa and wildany iman; future SIL (as my mum punya statement)


dalam pkl sebelas lebih kami adik beradik berkonvoi beraya ke rumah bapa saudara dan mak saudara (parents' siblings); mulai rumah poklong, busu dan pakcik dan uda..juga rumah my cousins kak lela dan bang dol yang bersebelahan dgn rumah my busu dan pakcik
my mum dok rumah tunggu orang dtg beraya..dia kata masa kami g raya ramai gek org dtg..

selepas sesi beraya kat my side.dlm pkl 5.30 ptg kami pulang ke masjid tanah rumah MIL..

29th Ramadhan 1432H aka persiapan raya

this year was my turn to celebrate it with my family...

me n hubby planned to bakar lemang so we did all d necessary preparation..earlier in the morning of hari mantai which was monday 29th august we went to cari tulang n daging sampai ke duyung;mula2 g semabok tetapi tengok daging mcm x fresh dan tua so we pun merayau hingga duyung..so many stalls there; so lucky dapat daging,hati lembu,gear box dan ekor...murah betul gear box, satu sendi baru rm10...total spent for daging dan sekutunya dalam rm250 (termasuk utk in law n my mum's side dan sedikit utk stok kami) thanks hubby for sponsor semua tu..

aku ambil tender lemang utk tolong hubby..lepas tu masak kari itik; perencah dan ramuan sup tulang pun hasil air tangan aku ;my mum buat rendang dan kari daging while my sis buat daging masak kicap..
ketupat biasa mak aku da siap rebus bila aku sampai..ketupat lemak pulak direbus sebelah tungku sup..

alhamdulillah lemang hubby amat menjadi, masak yang cantik dan tidak hangit..hubby ni bukan nak puji tapi dia seorang yang sabar tekun dan tertib bila bakar lemang; kawalan bara, kebersihan..semuanya terjaga..semua orang puji hasil kerja hubby ..ada orang kalau x sabar bakar lemang takkan mendapat hasil yang baik lebih2 lagi kalau api dan bara kuat sangat..

citer pasal lemang ni kalau di melaka ;kawasan aku ni jarang org bakar lemang ..selalu di kawasan yang berdekatan negeri sembilan je yg buat dan bakar lemang..hubby kan org masjid tanah so dia memang pandai membuatnye..aku pun belajar sediakan santan dan persiapan dari keluarga mertua..aku proposed hubby bakar lemang sebab aku nak elakkan dia bosan x buat aper..dia pun suka sibuk2 kalau hari mantai so bila dia setuju aku pun happy..kami bakar dlm 19 batang (sepatutnya 20 tapi 1 aku reject sebab salah sumbat daun pisang, hehe malas nak betulkan daun tu)






tu gambar nenek aku yang tukang jaga api sup..dia ni kurang sabar sikit, tengah hubby aku bakar lemang dia tambah kayu lagi..so hubby aku diam je, bila dia x der, hubby kuis balik kayu yang dia letak..hahaha..nasib baik x rentung lemang tu


yg aku paling angin semua nya gambar persiapan dan ready foods da siap aku ambil gambar tetapi lum sempat transfer drp memori kad kamera pada laptop aku, ada sorang hamba Allah tu da terdelete gambar2 yg ambil guna kamera dia ..angin dibuatnya ..penat aku ambil gambar2 tu dan semangat nak masukkan dlm entry aku... tapi punah harapan...yang ada cuma few photos sahaja...apo nak dikato!!!!!!!!!!!!!!!!