Monday, December 19, 2011

few version of stories

sejak pagi ni kepala i sakit, berdenyut2...tetiba lak..

anyway, suasana di ofis tidak semeriah mana sebab ramai yang cootii...supposed pagi tadi ada mesyuarat pengurusan tapi sebab CEO busy maka ianya ditunda...tapi petang pulak ada meeting lain berkenaan perkembangan projek yang turut melibatkan my unit..kena attend lah tu.

few documents to vet through; baru intai2 satu..bila nak habis ni.............

this morning, nafis tak pergi kelas taafiz, alasan ada beruk besar depan rumah atas pagar dan dia jadi takut..macam2 alasan kan, fening2 nak handle budak sorang ni..i still force him to go bila beruk tu lari tapi when i called him, masih tak bergerak dari rumah..minggu lepas memang i da nampak beruk tu bergayut atas kabel letrik masa i nak gi kerja, tapi pagi ni dia ziarah rumah i pulak; agaknya tak tahan tengok banyak mangga pauh belakang rumah tu..

this morning jugak, i sesaje survey another tadika for nazwa..sesaje nak compare..and managed to speak to the teacher; untuk tadika dan day care total yang i kena bayar for registration is RM1135 (monthly  fees is rm280); yang sebelum ni pulak dalam RM900++..( tapi half day je and the fees is rm180 per month; tak masuk fees taska)

see..baru nak masuk tadika da beribu, kena masuk U lagilah mahal..dedolu time mak belajar per semester baru rm200 (tu pun kasta mak bapak berkemampuan le konon); esok anak2 masuk U berapa banyak lah fees yang kena disediakan ye...kekadang memang lah bayaran tu bukannya harga ilmu yang akan diperolehi, tapi pokok pangkalnya adalah kemampuan kita...

kalau kaya raya tak ape juga; kalau sederhana tahap kemampuan kena fikir dan timbang; yang mana penting dan memerlukan keutamaan..

peringkat pra-sekolah untuk zaman sekarang ni memang penting sebab kebanyakan anak2 da dihantar ke sekolah lebih awal...ada yang seawal 2 tahun..ramai yang da advanced..supaya anak kita  tidak ketinggalan kenalah pilih juga tadika yang bagus sebab, selalu dan biasanya a good tadika mempunyai kaedah pembelajaran yang sistematik dan berkesan..tapi bukan itu aje, banyak faktor  sampingan lain nak kena tengok; pembelajaran pra sekolah for me should cover all aspects awalan bagi persediaan rohani dan jasmani anak2..kerana di peringkat ini anak2 senang menerima ilmu yang diajar; tat is y for me penting untuk kita tentukan  dan pilih tempat belajar  anak2 kita ni ...

any way terpulanglah kepada parents tu sendiri..the choice is yours..

yeah; em still thinking on which one to decide...ada masa seminggu lagi..feedback daripada tuan punya badan kena amik kira juga.. even the first one da bayar registration fees of rm30 tat day tapi i hope i tak akan silap in making the best decision for the youngest...insya'Allah

Ombak Rindu; d lyric

Ombak Rindu - Hafiz & Adira (OST Ombak Rindu)

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


nota: bukan jiwang ke aper ke..akak suke benau lagu ni pulak hihi...