"siapa kita" atau "kenapa kita begini atau begitu" secara realiti adalah akibat pengaruh keadaan sekitar kita, samada secara langsung atau tak langsung; positif atau negatif
iya, mungkin ada orang berpendapat pandangan i ni salah, well its up to u; i tak nafikan yang kitalah yg menentukan diri kita ini secara hakiki "siapa" kerana kita yang mengawal diri kita..betul, i agreed but to certain circumstances i still believe tat persekitaran kita mempengaruhi pembentukan diri kita untuk menjadi "siapa"..apa2 pun memang betul yang pucuk pangkalnya tetaplah diri sendiri utk menentukan "siapa" kita..
bercakap tanpa contoh mungkin sesetengah orang tak dapat nak cope apa yang dimaksudkan..well, kalau kita hidup dikelilingi oleh manusia yang baik2 maka kita insyaAllah akan jadi baik kerana ramai yang membimbing..aperlah gupanya kalau mak bapak kita baik2, adik-beradik kita pun baik2 tetiba kita jadi penyamon; yang silap kat situ dah pastinya diri sendiri bukanlah orang sekitar..sama juga umpamanya, kawan2 kita rajin belajar kita ni pemalas, kawan2 kita pandai, kita sebaliknya tetapi persekitaran demikian dapat mengubah kita menjadi seperti kawan2 kita apabila kita menjadikan kepandaian dan kerajinan kawan2 itu untuk mencabar diri sendiri
kenapa seorang ibu itu jadi garang pada anak2..samada sebab memang ibu tu secara semulajadinya adalah garang atau disebabkan perangai anak2 yang degil tak dengar cakap menjadikan ibu itu bertukar watak sebagai singa betina; hah itu maknanya persekitaran yang telah mempengaruhi si ibu bertukar watak..
kenapa ada keadaan di mana seorang anak perempuan yang membesar dalam kelompok adik-beradik yang semua lelaki bersikap tomboy atau boyish; hah sebab pergaulan seharian dia yang dikelilingi oleh mereka2 yang berperangai lasak dan kasar maka anak perempuan tu akan terikut2 dengan perangai2 yang lasak dan kasar tu; betollll tak..
kenapa juga ada isteri menjadi manusia kurang sabar dan emo pada suami; hah sebab sikap suami yang tidak memahami isteri menjadikan isteri itu tertekan.
semua tu contoh samada yang dekat atau jauh..untuk perbandingan dan penjelasan
jangan salahkan seseorang kalau dia bersikap "luarbiasa" kena kaji kenapa dia jadi begitu..pokok tak bergoyang kalau tak ade angin, api tak menyala kalau tak de mancis, setiap kejadian ada sebab dan punca
sama juga dalam keadaan bilamana orang yang baik pun boleh bertukar jadi jahat; orang yang sabar boleh jadi pemarah, orang yang lembut boleh jadi pembengis; bile tetiba berlaku sesuatu perubahan drastik seseorang tu, logiknya mesti ada sebab musababnya; diri sendiri atau orang lain; ade ke sebab yang lain...ntahle..kena fikir dan cari!!!