Wednesday, December 11, 2013

Suka dan duka semalam

Allah telah menentukan semua perkara yang berlaku dalam kehidupan kita..

baik atau buruk kenalah menghadapinya dengan reda dan pasrah

pagi semalam kami terima khabar gembira bilamana nashwa mendapat tawaran belajar ke SBP

petang pula kami terima khabar yang mendukacitakan daripada kakak

hari ni semuanya sedang diuruskan..

rahmat Allah mempermudahkan perkhabaran dukacita semalam dengan sesuatu yang mungkin lebih baik buat kakak

semuanya telah ditentukan dan diaturkan Allah

yang pasti akan ada hikmahNya akan apa yang berlaku

apa-apapun syukur pada Allah

hanya Dia yang tahu apa yang terbaik!

Friday, November 15, 2013

KK..we are coming..

five days trip to KK
from tomorrow until wednesday 20/11/2013
via MAS
..so excited..
they(the kids) cant wait for it..
may Allah protect us 
 
 
 
 
 
 
 
 

My baby, Nazwa is 7

how time flies so fast..
my youngest is 7 years old today..
 
mama dan doakan mendoakan agar baby mama ni menjadi anak yang beriman berilmu dan beramal
dilindungi dan dirahmati Allah
berjaya dunia dan akhirat
 
 






 
with former bff hahaha
 
 
mama ordered a cake and she will cut it di Taska with her fren
 
family celebration will start tomorrow ..
and she cant wait for it...
 





5As..congrats nashwa

Alhamdulillah dengan iznNya my second daughter and anak ke 3 Nashwa berjaya mendaat 5A dalam keputusan UPSR yang telah diumumkan semalam..
Tahniah dik..mama dan ayah bangga dengan adik..she is the first yg dapat 5A
yang kakak dan abang hanya dapat 4A
gembiralah mama dan ayah
muga adik akan terus berjaya

di SKBB2 hanya 20 murid dapat 5A..15 murid 4A1b dan 1 murid mendapat 4A1C
overall pencapaian sekolah menaik dalam  1.5% apa2 pun tahniah





the girls yang berjaya

sorilah gambar reramai x sempat amik

Tuesday, October 29, 2013

Didikan Ayah & Emak

suddenly remind me a words from my ayah..

"BIAR KITA MISKIN HARTA TAPI KAYA ILMU"..

alhamdulilah..hasil didikan ayah dan emak, kami 9 beradik masing-masing "berjaya" memenuhi impian mereka

(we are all 10 tetapi seorang telah meninggal dunia, Alfatihah Muhammad Khairumin Alfisah)

kami adik-beradik tidak kaya tetapi "senang"

kami adik-beradik tidak mewah tetapi "berada"

ayah dan emak mendidik kami sehingga kami semua mempunyai ijazah- insyaAllah..(kedua-dua our youngest brader and sis pun sedang buat Degree) malahan antara kami telahpun mara  setapak lagi, 2 telah punyai Ijazah Sarjana dan 2 dalam proses menyempurnakan pengajian Ijazah Sarjana..

yang da ada master pula sedang buat Phd

Alhamdulillah.. 

Ayah dan emak mendidik kami agar sentiasa menjadikan Islam sebagai asas dan pegangan hidup
 
Ayah dan emak tak berkompromi pasal belajar
 
Ayah dan emak menekankan kesederhanaan

Its true..ia menjadikan hidup kami adik-beradik penuh diberkati Allah, insya'Allah
 
amalan kesederhanaan sentiasa ayah dan emak terapkan  dalam segala aspek kehidupan kami ..pesan mereka jangan berlebihan dalam hidup kerana itu akan mendatangkan riak secara sengaja atau tidak..
 
sebenarnya kesederhanaan  dalam hidup  memang banyak kelebihannya..
 
ayah dan emak mendidik  kami membentuk kehidupan sederhana bermula bila kami semua mahu memulakan kehidupan baru  iaitu  apabila mahu berkahwin, anak2 perempuan tidak diajar berlebihan untuk majlis perkahwinan masing2 tetapi setiap majlis mereka ada keunikan, keistimewaan dan kenangan tersendiri (majlis kami sama seperti orang lain tapi tidak membazir pada yang tidak sepatutnya) wang hantaran tidak dibebankan pada pengantin lelaki malahan diserahkan pada mereka untuk menentukan (alhamdulillah tiada yang berhutang untuk perkahwinan memasing),hasilnya.. kami dapat membina kehidupan sendiri berlandaskan kesederhanaan itu..  most of us da ada kerjaya yang baik, gaji yang membolehkan kami punya harta sendiri, rumah dan kereta ..punya barang perhiasan.... makan pakai alhamdulilah..

Amalan itu i juga terapkan pada anak2 pula..mudah2an memberikan hasil yang sama sebagaimana air tangan my ayah dan emak ..






Tahniah Dakbang


Pada Ahad lepas 27/10, semasa Konvokesyen UKM my first brother telah menerima ijazah Sarjananya..

ditemani oleh my parents, Wan(nenek) dan beberapa adik-beradik n of course his isteri n anak2

i x pergi sebab x sehat

currently adik i adalah seorang Pensyarah di Kolej Komuniti.. Tahniah dakbang..(dakbang is his nickname in the family)

he is the second master holder in my family after my adik Ita (sedang buat PHD pulak)

my another brother and my sis Adnin sekarang sedang dalam proses menyiapkan tesis untuk Ijazah Sarjana masing2 ..which means tinggal kami 3 orang yang belum bergerak ke arah yang sama

si Kaklong ni bile lagi????


Dakbang with my parents

Friday, October 25, 2013

Doa buat Kakak

hari ini peperiksaan kakak di KMJ bermula..paper matematik dan english

she was so worried..asyik sms suruh mendoakan dia

mama sentiasa mendoakan kakak, tiap solat..tiap waktu agar anak2 berjaya dunia akhirat

selagi da berusaha nothing to worry..

pagi ni pun sms lagi..

"Ya Allah kau permudahkan urusan anakku menduduki peperiksaan..lapangkan dada dan fikirannya ketika menjawab peperiksaan itu, berikan dia ketenangan dan jauhkan dari segala kesukaran"


 
 

Thursday, October 24, 2013

Tuesday, October 22, 2013

Konvensyen ICC di Bukit Gambang

PKNM telah menyertai Konvensyen ICC peringkat Kebangsaan di Bukit Gambang Water City pada awal bulan ini..we took part in KIK dan QE 5s dan telah berjaya mendapat pengiktirafan 3 bintang/Anugerah Emas

i merupakan one of wakil PKNM  dalam pertandingan QE 5s dan merupakan penulis skrip bagi slide dan skrip penyampai

semasa penyampaian dan persembahan QE 5s kami menggunakan konsep tradisional melaka..nampak kelainan daripada team lain dan menarik audiens ke hall kami..


 

 

gambar-gambar lain will be uploaded later!




Thursday, September 5, 2013

Makan2 raya Tkt 7

tadi telah berlangsung majlis sambutan raya tkt 7..
kami dapat bajet rm1k untuk setiap tingkat menganjurkan makan2 raya
started with tkt 5 last friday and tkt 8 yesterday
kebanyakan menu pilihan big boss dan telah diolah sana sini oleh yang menulis ni sebagai bendahari

most of the floors pilih sediakan nasi..so tkt 5 dan kami more to raya foods

antara juadah utama;lemang rendang ketupat lodeh kuah kacang lempeng roti canai (lom sampai masa gambar diambil) sambal ikan bilis serunding

segmen kuih muih

biskut raya

istimewa ubi rebus dan mee basah

segmen minuman

antara tuan rumah..warna tema kami biru

persiapan akhir

bacaan doa

tetamu dan cabutan duit raya





Tuesday, August 13, 2013

A lucky wife

entry ni bukan membawa maksud si isteri tak buat keja yer..

its to share how the wife is so lucky having such a hubby yang multi-talented aka tasking
mengemop, mencuci, buat electrical works,kerja2 menyimen, tanam rumput, tanam pokok, mengecat..pendek kata kebanyakan kerja2 teknikal ni alhamdulillah semua beres






tapi kan

satu kejaan jer dia akan surrender...hah ape tu





masak-memasak (kecuali masak maggi)




Monday, August 12, 2013

Balik Rumah Mertua & raya rumah Mayor

normally when it came to my raya turn..i akan balik ke rumah PIL pada petang raya pertama or the latest would be on the second raya...after 19th years of our marriage this year i balik beraya rumah mertua on the third raya..tapi da minta izin suami disebabkan urusan adik i yang bertunang pada raya kedua tu..sibuk sikit bantu buat persediaan..tapi yg penting my hubby pada malam raya pertama da balik pun jumpa mak abah dia...

reached PIL's house dalam tengahari gitu..dan dalam kul 6 lebih da balik semula ke rumah disebabkan nak siap2 gi beraya rumah Datuk Bandar..kami dijemput untuk datang makan2 so kena pegilah..before balik rumah tu kami singgah di pekan MT beli barang keperluan kakak nak balik KMJ

makan2 di rumah Mayor pun sedap..my biras tu buat rendang ayam hutan..hubby kemain puji kesedapan rendang tu..ada juga makaroni carbonara dan kentang serta ayam mas...semua kekenyanganm alhamdulillah

most of my hubby siblings ada malam tu; kecuali abang ngah yg beraya di perak dan abang yusof yang da balik kota tinggi pada petangnya

mereka tu bila da berborak..erm dekat pukul 12 lebih baru bersurai..

Saturday, August 10, 2013

Pertunangan di hari raya

last night adalah majlis bertunang my youngest brother

it was unexpected so ala2 surprise..my parents memang da lama berniat nak langsungkan pertunangan itu tapi green light hanya diperolehi semalam oleh tuan badan so walau ala2 kadar tapi yang penting meriah dan direstui keluarga

pasangan pilihan mak ayah yang diterima sepenuh hati oleh empunya diri; kami define the pertunangan tu sebagai unik, selain kerana di atur keluarga dan dipersetujui kedua2 tuan badan..mereka tak pernah bertemu sebelum ini hanya melalui gambar..and "booking" my mum 4 tahun lalu masih dipegang sebelah sana

kami bawa lima dulang buah tangan..kek, buah, sepasang telekung dan sepasang baju..dan sebentuk cincin

majlis dihadiri oleh all my siblings, my nenek dan one of my uncle sahaja

"yang berkenaan" dengan my mum

kek pertunangan

yang tak berkenaan



mak, wan dan ibu kepada tunangan my brother



yang berbaju melayu oren adalah bapa kepada pasangan my brother



untuk caca my youngest brother ..tahniah dari along..muga Allah memanjangkan jodoh..
dan memberi rahmat  atas pertunangan itu
selamat menyemai cinta dan kasih sayang walau baru bertentang mata
ada sinar kasih yang kami dapat lihat sewaktu pandangan kali pertama itu


sebelum ke majlis tu hah sempat berposing lagi pompuan2 ni 

me n all my sisters n mum

Rutin raya pertama

tahun ni all my siblings beraya kat rumah my parents...rasa pelik sikit sebab ada yang patut gi balik raya rumah PIL masing2 tetapi tahu2 akan beraya di rumah my parents dulu..apa2 pun i happy sebab ramai dan tahniah lah sebab mereka yang berkenaan berjaya melobi dengan baik hahaha

warna tema keluarga kami adalah anak beranak pink tapi ada yang tersasar juga

rutin raya pertama bila di giliran raya di pihak i adalah aktiviti wajib kami adik beradik di mana kami berkonvoi ke rumah saudara-mara terdekat iaitu ke rumah pak2 dan mak sedara kedua belah my ayah dan mak..dimulakan ke rumah my uda, kakak ayah i yang satu2nya masih tinggal..then ke rumah busu, adik ayah i yang bongsu..sebelah rumah busu rumah my cousin so kami singgah jugalah..pakcik i tak balik beraya sebab anaknya bersalin sehari sebelum raya so kurang satu rumah...

antara gambar2 yang sempat di capture...

yang berkain pelikat tu adalah adik my ayah yang bongsu
yang tudung oren adalah kakak ipar my mum yang sulung
si kecil i yang sedang makan, tak berenggang dengan sepupu dia
yang berbaju melayu oren to my poklong, abang my mum yang sulung
my sis dengan puteri tunggal dia
pasangan yang beraya kali pertama sebagai suami isteri dan my sis yang berjaya melobi beraya di melaka dulu sebelum balik ganu
my younger sis dan kakak


rumah my parents telah didatangi oleh ramai sangat anak2 saudara masing2..alhamdulillah..lagipun my parents adalah di kalangan mak pak sedara yang masih ada..jadi masih menjadi ingatan kepada mereka

Friday, August 9, 2013

Selamat Hariraya Aidil Fitri

Selamat Hariraya Aidilfitri 
untuk yang sudi menjadi pembaca blog ini..
serta maaf zahir batin...
dari i dan keluarga

28 &29 Ramadhan 2013;masak2 untuk raya

hubby da start cuti since isnin..i pulak rabu baru start cuti..mintak izin malas masak selasa tu..semua rembat kat PARAM..beli nasi ayam utk mereka berempat, manakala i dan hubby beli nasi kerabu dan kuih muih..semua rasa tidak memenuhi piawaian,,rasa rugi membeli, kalau tahu masak sendiri lagi baik
malamnya gi JJ lama mencari barang yang masih ada tak cukup..

29 ramadhan tu kiranya hari mantai kate orang melaka..kebiasaannya kami suka cari tulang2 selangka dan gearbox untuk dibuat sup..kali ni x perlu mencari jauh sampai ke Duyong seperti selalu..di pekan durian tunggal pon ada..hari sebelumnya tengok ada orang da motong, sesaja le singgah..tengok2 daging lembu muda..ada banyak tulang selangka so kami pon beli jelah..bila tanya ada gear box, abang tu kata ada tapi besoknya baru dapat dan kena book...so orde terus dengan dia..harga bole tahan..kami dapat dekat 28 ketul dengan harga rm90..berbaloi juga

turn beraya di rumah my parents..yezzer...aktiviti masak-memasak adalah..................





banyak juadah yang kami buat;ketupat, lemang, sup tulang dan gearbox, kari daging, rendang ayam, daging masak kicap, ayam masak merah, lontong dan sambal ikan bilis..rezeki melimpah ruah, amin