Tuesday, February 14, 2012

"Adik terkencingla"

lepas selesai urusan hantar tuan dan puan2 pegi sekolah pagi tadi, i bagi arnab2 kat rumah tu makan dan jirus lantai kat kandang tu, tak nak lalat hurung kandang arnab tu so twice a day i akan jirus lantai kat situ..selalunya waktu i buat urusan2 tu semua, the little princess jarang da bangun; (kalau da bangun dan i x de kat atas, dia akan menjerit nangis;kalau x nangis maknanya dia memang lom bangun) -dalam 7.20 am selesai semua rutin pagi2... buat susu dan naik atas utk kejutkan dia..

so pagi tadi bila i naik i nampak dia da gerak2 tutup muka lagi dengan bantal tapi tak menangis cam biasa tu;

baru je mama ni nak terjah kat dia,  i nampak seluar dia basah....alamak...tengok lagi, cadar pooonnn basah rupanya da terkencing;

i tanya dia adik kencing heh..dia kata "adik terkencingla"..takder lak i marah2..

so i suruh dia bangun terus buka baju dan gi mandi..sambil buka cadar i tanya, "camne adik bole kencing, da siang ni, adik tak sedar ke? "

"adik tadi rase sejuk cam malam2 tido kat cameron highlands ari tu, lepas tu adik kencingle kat tandas hotel kite tu tapi mane adik tahu adik ni kencing pulak atas katil mama"...

nak kate aper..redha ajelah tilam kena kencing budak kecik yang dah tak kecik tu..

Say NO to VD

while blog walking since few days ago, most of the hot story which has been posted adalah pasal Valentine' s Day;

for me, dalam menangani isu tersebut, mari kita sama2 terus menuju kepada hukum hakam yang ditetapkan oleh agama kita;as for Muslim di Malaysia telah dikeluarkan fatwa kebangsaan bahawa adalah haram kita menyambut dan meraikan VD; fatwa dikeluarkan hasil ijtimak ulama..yang pakar dan arif dalam bab keagamaan; yang telah menyemak dan mengkaji serta mendalami isu tersebut; wajiblah kita patuh;

sejarah VD berkaitan dengan sambutan  yang diraikan oleh penganut kristian; walaupun ianya bersangkut paut dengan kasih sayang tetapi bukan bermakna kita perlu mengikutinya;kerana apabila kita mengikut meraikan sama amalan penganut kristian itu, ia menunjukkan kita juga menerima amalan tersebut dalam kehidupan kita;

seorang Muslim hendaklah mengamalkan amalan agamanya dan bukan meniru amalan agama lain; yang haram pada Islam, yang tidak boleh dilakukan dalam Islam itu yang patut kita ikuti dan pertahankan..

kebanyakan golongan Muslim yang terjebak meraikan VD adalah kalangan muda-mudi; yang baru mengenal kemanisan hidup dan baru menceburi "alam berpasangan" yang hati dan mata dikaburi tuntutan keseronokan dan nafsu; baru nak belajar mengenal kasih sayang kononnya...kalangan inilah yang terperangkap dengan keghairahan untuk meraikan VD yang mana akhirnya menjadi medan menguji kasih sayang dan berkorban untuk kasih sayang...

for those ibu bapa yang ada anak2 muda remaja, marilah kita sama2 menyerapkan dalam minda anak2 akan amalan VD adalah haram dalam Islam, agar anak2 kita tidak terjebak dengan pengaruh amalan Kristian dalam kehidupan harian mereka...

segarkan minda anak2 kita bahawa dalam Islam hari berkasih sayang adalah setiap hari; terapkan dalam hati anak2 bahawa batas dan pergaulan dalam Islam ada hadnya;antara kawan2, saudara mara sekalipun;

even antara suami isteri, raikan kasih sayang saban waktu- bukan hanya terikut2 utk meraikannya setahun sekali, pada hari  penganut agama lain sibuk berVD;

in my opinion our Muslim leader in  government perlu buat kempen kesedaran "SAY NO TO VD" secara menyeluruh coz ianya bersangkut paut dengan aqidah Muslim, khususnya kalangan remaja yang banyak "terkorban" akhlak,maruah, moral, nilai diri semasa meraikan VD...


wat say u???

"Sowy ma"

pagi tadi susah sekali nak kejut nafis...i da mula suspen... whenever i kejut dia, dia buka mata tapi  tarik selimut;beberapa kali...until it almost 6.40 am, pun camtu..i continue kejut dia sampai dia bangun dan mengonyok2..

mulut kumat-kamit, ntah ape dia marahkan i lah tu...ok cool down mama, nanti dia buat hal pulak...so i went down waiting for him and the rest....dekat 6.50 am..i panggil2 dia, tak berjawab, baru nak naik tangga tengok dia tengah pakai baju..so i pun start enjin keta...

dia yang last kuar gate..tapi tutup gate pun idak..marah lagi le tu...n dalam keta, i hulur duit belanja dan kad-muka masam lagi.

sampai sekolah, nak kuar keta salam i tapi macam tak ikhlas; tak cium pun sebab hanggin agaknya..so i biarkan aje takut nanti tercuit hati kang langsung tak nak ke sekolah, lagi satu hal le pulak..

terfikir pulak i, apasal lak dia jadi camtu padahal malam tadi tido agak awal..

on d way to ofis sementara tunggu nak kuar simpang, sempat tengok handphone dan nampak ada mesej..sampai kat parking ofis, i pun baca mesej..dari no yang tak dikenali..

"ma, ini nafis, sowy taw pagi tadi"

sejuk hati ni, i think he also feels guilty with the incident..

well nafis, i lov u ..have forgive u too; mama has no heart feeling coz i do understand u so much;bila dapat mesej tu i makin memahami sikap nafis, hatinya......