Wednesday, November 30, 2011

Ingat makan aje!

tetiba rasa lapar sesangat; walhal lunch tadi da makan nasi siap tambah sekali sebab kesedapan lauk asam rebus ikan parang berbunga kantan yang dimasak sendiri..siap menghirup kuahnya sampai meleleh kat mulut dan ditegur anak "mama ni nape makan camtu"...when i  said sedaplah, dia pun kata "aha  memang sedap"  dia pun siap menambah nasi dan menuang kuah dalam pinggan..

back to ofis, for tea time  tadi i buat kopi o makan dengan biskut kosong...tapi lapar lah lagi pulak ni...
dok membayangkan makan ape yang sedap..
hubby is coming home hari ni but i will not cook for dinner sebab anak2 yang terkurung kat rumah da request nak makan kat luar; kat Sri Percik...

citer pasal makan memang tak habis..tulah yang dok fikir dek kepala hotak ni especially bila tahap lapar menjadi kritikal...mulalah membayangkan apa yang sedap nak dimakan atau mengingati apa yang sedap yang pernah dimakan..manalah badan tak berisi dan perut pun naik sama...angan2 menggunung nak diet selalu berkobar2 tapi semua hancusss  lebur bila nampak makanan terhidang depan mata

agak2lah kan...sekarang ni kan, aper yang sedap nak dimakan ...kan!!!

Perkahwinan adalah satu perkongsian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup di antara lelaki dan perempuan; tat is the principle of marriage..i believe in tat..

bila bercakap tentang perkongsian, for me it means menjalani, menempuhi & merasai segala perjalanan kehidupan berumahtangga  bersama-sama, tak kira samada yang melibatkan kasih sayang, perbelanjaan, pencarian, tanggungjawab, kekayaan,  kesusahan; tanpa mengira taraf kehidupan yang bagaimana;

ada isteri tidak bersedia untuk berkongsi sekiranya dia memiliki lebih daripada si suami, gitu juga sebaliknya; ada yang mengamalkan budaya "aku punya bukan kau punya tapi kau punya adalah aku punya" pun ada yang begitu...so kalau begitu prinsipnya apakah maksud perkahwinan itu sendiri bilamana amalan berkongsi itu tidak dijadikan teras kepada sesebuah perkahwinan..i feel weird when i noticed tat ada pasangan yang mengamalkan dasar sedemikian..for me, sekiranya prinsip demikian diamalkan dalam sesuatu perkahwinan akan hanya mengurangkan perasaan kekitaan..apabila kita berkongsi, kita menjadi perihatin kepada pasangan kita, kita lebih peka dan menghargai pasangan kita, kita nikmati hidup bersama-sama dalam keadaan susah dan senang, perasaan kasih sayang sentiasa bersemarak;

sebaliknya kalau kita tidak bersedia berkongsi dalam perkahwinan kita maka ianya akan membawa kepada sikap mementingkan diri sendiri, tamak dan masing2 hanya menjaga "kepentingan" sendiri so di manakah ada kebahagiaan, kegembiraan dan kemesraan jika begitu sifatnya sebuah perkahwinan.. bagaimanakah dapat kita wangikan perkahwinan yang kita bina jika masing2 tidak memperdulikan pasangan masing2, susah senang sendiri tanggung; apa perlunya jika berpasangan jika demikian cara yang kita amalkan dalam sesebuah perkahwinan?

budaya tidak berkongsi itu i did experienced from others..ada berlaku di kalangan saudara mara mahupun kawan2.. bila masing2 mempunyai sikap sedemikian, memberi kesan pada pasangan masing2..pasangan makan hati, tidak mesra, hal kau hal aku-bukankah tidak baik.

Alhamdulilah..me n hubby sentiasa mengamalkan perkongsian  dalam perkahwinan kami..setakat hari ini dalam usia perkahwinan yang menginjak ke  usia 18 tahun itulah amalan kami..sedikit sama sedikit, bila berada sama2 merasa; sakit sama terasa, senang ketawa bersama; muga Allah memelihara perkahwinan kami dengan amalan dan sikap sedemikian;

seperti kata pepatah "sharing is caring"..

Rutin cuti sekolah

Setiap waktu cuti persekolahan bererti aktiviti memasak di pagi hari adalah berganda-ganda; selalunya kena masak foods in more quantity or varieties..sebab the kids spent their time at home so apalah lagi kejaan yang mereka akan buat selain daripada makan dan makan dan makan walaupun ada  macam2 gadget  games kat rumah, kan tapi ianya cuma aktiviti sampingan dan tidak sepenting aktiviti mengenyangkan perut!

normally i wake up a bit late daripada hari sekolah..kalau hari sekolah i bangun pukul 5.30 pagi camtu tapi waktu cuti sekolah i akan bangun dalam kul 6; i akan masak sekali sarapan dan lunch; selalunya sarapan will be more in varieties or quantities sebab waktu sebelum lunch, the kids akan dok mengulang ke dapur untuk makan..dalam pukul 2 atau 3 petang baru mereka makan lunch dan petang pulak, kekadang ada yang tido petang tu yang kurang mengisai di dapur..by the time i reach home at about 5.20 pm, i selalunya akan belikan goreng pisang ke kuih muih ke..atau kalau i rajin i akan buat minum petang or kalu takde buatkan air milo ke teh ke mereka makan ngan biskut...lepas magrib makan malam (kalau lauk habis i masak dulu sebelum magrib) selalunya lauk untuk malam yang simple2 aje kecuali kalau hubby balik hari tu..

cuti sekolah kali ini, i hantar kakak ke kelas tuisyen sebagai persediaan untuk SPM dan kelas setiap hari isnin -kamis mulai pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang..so sementara kakak balik, nafis take over jaga adik2 yang 2 orang tu sampai pkl 1 tengahari aje..so far he did  well..pandai bagi adik yang kecil makan; bolehlah harap..tapi mulai minggu depan adik akan ke taska semula coz i plan to send nafis untuk join aktiviti cuti sekolah yang dianjurkan oleh AJK Surau taman tempat i tinggal sekarang ni...at least he will learn something, get some knowledge and develop his motivation.

Me and hubby ada new plan for the kids..kalau hari tu we went to cameron highlands tapi lepas ni ada plan lain, belum bole declare takut tak jadik..yang penting tidak bole sampai ke pengetahuan the kids until we finalised it. Tahu ajelah bebudak tu, kalau da tahu nanti tak berhenti bertanya itu, ini sampai i tak kuasa nak jawab..