Wednesday, July 17, 2013

Intai rasa seorang ibu

mengintip dan mengutip perasaan seorang ibu...

i percaya seorang ibu mempunyai perasaan yang sama seperti i..tidak kira samada ibu itu ibu  kandung atau ibu angkat (bagi yang ditakdirkan tidak punya zuriat sendiri..waimah ibu tiri sekalipun (yang bernaluri sebenar sebagai ibu-maksud saya ikhlas sebagai ibu kepada anak2 tirinya)

seorang ibu akan sentiasa punya rasa untuk meletakkan kehendak dan keinginannya di bawah..keutamaan kepada anak2 dan suami adalah kemestian..tak kira dalam aspek apa sekalipun..sanggup beralah dan mengalah, berkorban rasa dan keinginan; i rujuk keadaan2 sebegini khusus kepada mereka yang hidup sederhana...yang mewah pun ada yang demikian tapi mereka beza sikit sebab apa yang diberi kepada anak2 masing sama apa yang boleh diberi kepada diri sendiri terutama aspek material

tapi sejauh mana apa yang ibu lakukan itu dihargai oleh anak2 atau pasangan?

kebanyakan ibu yang sedemikian tidak mengharapkan pulangan yang sama, cukup kekadang sekadar mengharap apa yang diberi itu diberi penghargaan, walaupun sikit..mungkin pula ada yang kata, bila mengharap balasan namanya tidak ikhlas.. tetapi yang menerima itu, kalau balasan "sebesar" itu pun hendak dipertikaikan apakah nilai seorang ibu/isteri kepada anda?

hakikatnya, tiada nilai yang boleh disamakan kepada ketenangan hati seorang ibu bilamana dia dapat menggembirakan anak2 dan suami melalui kasih sayang, sikap ambil berat,perihatin, keutamaan dsb..

kekadang apa yang dirasa sukar ditafsir dengan perkataan, tapi perlakuan memberi penjelasan sebenar..


6 & 7 Ramadhan 2013

isnin lepas kelam kabut; da lewat pegi keja penyudahnya punch card merah...erm..sabau ajerlah..life in office cam biasa sesibuknya..

i buat macaroni goreng sahaja  for buka puasa and panaskan leftover lauk yang bawa daripada rumah my mak..alhamdulillah tak de yang komplen

semalam pulak, da about 3 pm baru dapat arahan bos utk buat paper exco..kelam kabut..i told bos i buat kat rumah aje..i took all the notes and gathered the info. siap2...then ada masalah komputer? desk top rumah da breakdown, laptop hubby kat dia n mine pulak kat kakak..so gi pulak pinjam laptop drp Unit IT

balik rumah i cakap anak2 yg mama akan sibuk so prepare foods yg simple..i buatkan burger aje..si kecik yg masih bertahan puasa i buatkan macaroni sup ..(ada lebih macaroni semalamnya), buat sambal ikan bilis, masak nasi dan goreng ikan senangin..

after 8 pm i mintak anak2 jangan ganggu mama..kecuali si kecik dalam 9.15 pm camtu da merengek2 nak berkepit dan nak minum susu..so i break sekejap, layan dia dan bila dia tido sambung keja sampai almost 11 pm..my job done!!

5 Ramadan 2013 dan my Mak's besday

Ahad lepas iaitu 14 julai bersamaan 5 ramadan adalah harilahir my mak yg ke 67..
so kami adik beradik planning sambut di kampung sahaja..makanan disediakan secara potluck..
kebanyakan supportive..ada yang liat2 tu sendiri jawab..
yang penting komitmen majoriti amat baik

sambutan bulan puasa makanya sederhana sahaja..i balik kampung pun selepas menjenguk kakak di tangkak

Selamat Harilahir Mak..my mak is the best mum forever..mudah2an dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur..mak sanggup berkorban apa sahaja untuk 9 anak2nya..alhamdulilah semua anak2 mak belajar di menara gading... gambar2 hadiah x sempat amik..walaupun x meriah macam tahun lepas but there are always something for her..

we bought SR choclate indulgance for her..we had rice n among the other foods were satay, kuih seri muka, roti canai, kobis goreng, ayam goreng, asam pedas ikan serkut, sambal ikan bilis...kenyang betul...sempat tapau lauk untuk sahurnya sekali!