Monday, August 6, 2012

17 Ramadhan 2012

walaupun memasing agak kenyang lepas iftar tetapi tetiba kelaparan datang balik; habis saki baki makanan dikejakan sekejap tadi...

sian pulak nengok memasing mengisai makanan sampai hampir hilang sotong dalam sambal (sempat diselamatkan kalau tak kenalah mama masak untuk sahur lagiiii; ampun da tak larat) so i pun gorengkan nugget dan french fries sebagai kudap2an..e'eh..abis jugak..

so lepas ni sila solat Isyak dan tido yer anak2...

anyway hari ni hari ke 17 kita berpuasa...sewaktu break hour tadi i gi Mydin..dengan shidah untuk misi mengumpul harta karun, survey2 dulu..dalam setengah jam gitu, turun ke wet market area..tambah2 stok makanan kat rumah

today i gorengkan roti canai segera Kawan; sungguh sedap dimakan dengan leftover gulai lemak cili padi rebung dengan tulang dan tetel; buatkan sambal sotong; lamb chop; then goreng nugget dan french fries; Alhamdulillah anak2 makan penuh selera

i masih tak berpeluang nak upload gambar foods sebab masalah tipon; ada kamera dslr dan digital yg biasa tapi internet connection yang slow menyebabkan i kurang mood nak post gambar berbagai..

takperlah yer, buat laporan tak bergambar..yang penting beritanya ada untuk kenangan


15&16 Ramadhan 2012

sabtu dan ahad yang lepas adalah hari bersopping baju anak2..pun gitu masih tak sudah..nafis masih belum dapat kemeja yang dia hendak and kakak cuma da beli baju kurung

the two already got almost everything except new shoes..agreed with them tat no new shoes except sandal..sebab tak pakai sangat pun

the first sopping place was  Mahkota Parade; tak kenan sangatlah baju kanak2 kat situ;

then pi Keluargaku cari baju kurung siap; dapat untuk kakak sahaja dan mama tak berkenan apa2;

on tat day mama decided to gantung piuk; buka puasa di Rashid Korner then ke JJ pulak sambung cari baju budak kecik dua orang tu; balik jj gi makan2 di MacDonald pulak sampai rumah almost 12 pm

whereas semalam, paginya gi pasar; spent about RM120;beli daging ikan ayam udang- a week stock; balik tu  siang2 dan cuci lauk; hubby ni tiap minggu nak makan tulang masak lemak cili api rebung; so gigih masak dulu sebelum balik kampung MIL

jugak plan nak masak mee kuah dan bergedil kat kampung; abih angkut segala barang

sampai kampung dalam kul 3; tinggalkan barang2 terus gi pekan bawak budak berdua bertindik

hubby pulak mengada2 dengan mak dia, nak makan serabai..sempat belajar cara2 buat serabai dengan MIL; wah senang ajer rupenya buat serabai ni; lepas ni bole buat sendirile yer

balik rumah almost 10.30pm; tunggu hubby tengok badminton dan singgah rumah Dr Ab hantar makanan untuk orang mengandung pulak..patutnya dia berbuka kat rumah MIL tapi sebab FIL dia accident di semasa dia balik Kluang semalam so dia tak dapat balik kampung

really exhausted dengan aktiviti masak2 semalam, sampai rumah, terus naik bilik zzzzzz...dengar hubby  kata nak kuar kejap beli makanan kucing, ye dan tidak aje sebab da tak boleh nak buka mata, soriii huhu