Tuesday, July 31, 2012

Sungguh gumbira, syukur

its is something super duper xtra happy

its definetely more than usual

thanks Allah for the rezeki


wah menjadi2 raya ni, amin...


Keputusan maha penting

within 15 minutes time em leaving d office to MMKN

ada signing agreement, Mesy JKPPK dan Board meeting

i have one paper aje this time so tak ade pressure sangat

yang penting Board Meeting tu

sebab akan menentukan samada ada xtra RM utk raya...

mendoakan rezeki kami semua dimurahkan di bulan mulia ni

muga hati-hati mereka yang membuat keputusan dilembutkanNya, amin




10 Ramadhan 2012

semalam masak yang simple untuk iftar



mee kari version mama dan goreng nuget

alhamdulillah


Monday, July 30, 2012

9 Ramadhan 2012

menjangkit2 ler pulak tahap kemalasan; dan rasa letih puasa yang semacam so hari ni seperti semalam banyak berkuaklentang atas katil

tambahan pulak cuaca semalam agak panas; plan nak keluar pun terkantul

its something not officially been planned, we went back to MIL's house for iftar

tapi semalam, we only bought the foods as to accede to nashwa's request yang nak gi PARAM, so menyinggahlah di PARAM Masjid Tanah

yang dibeli adalah.................




itupun remind them utk tak beli makanan banyak2  sebab memandangkan ada abang ipar dan anak saudara hubby berbuka sama, mesti mereka pun  bawak makanan instead of those yg my MIL sediakan

balik daripada rumah MIL dalam pkl 9 lebih pergi pulak McD..

ada citer sebenarnya nape ke McD..

the kenit was bangun sahur and puasalah ..so i janji kalau dia puasa penuh i bawak gi makan McD sebab malamnya pun da menrengek2 nak makan McD; sampaile pukul 12 tengahari dia da merengek2 nak susu, i dalih2 sampai meraung2 nak susu so bagilah minum susu sebotol, then she sambung puasa dan tak makan apa2...she claimed that she is still fasting..(kakak2 dan abang tak habis2 gelakkan dia bila dia kata dia masih puasa lepas hisap susu)

takperlah, budak baru 5 tahun, at least she started learning berpuasa..


Sunday, July 29, 2012

8 Ramadhan 2012

semalam entah mengapa rasa letih semacam, dah tu jadi malas asyik bergolek atas katil ajer.plan nak kuar cari my baju pun tak jadi

lepas kakak balikkelas tuisyen kami balik my kampung untuk berbuka dengan my parents..supposed buka sekali dengan my adik, ita tapi dia pulak tersangkut buka puasa kat rumah my busu..

my mum goreng her marveles mee goreng and karipap aka epok2 sayur..dan masak asam pedas berempah ikan pari

hubby lak gi PARAM dengan nashwa; beli air tebu, murtabak, serabai dan ayam bakar

balik rumah dalam kul 11 malam siap tapau lauk, senang kejaan i ari ni

Friday, July 27, 2012

7 Ramadhan 2012

Ramadhan ke 7, hari ni i mula puasa semula selepas cuti yang dihalalkan..cuaca agak panas dan lepas ambil nafis dari sekolah, sementara tunggu kul 2.30ptg utk balik semula ke ofis, sempat terlelap

hari jumaat memang hari hubby balik, so untuk berbuka da planned nak makan nasi dan lauk-pauk..so for iftar we had these..........

** gambar2 adalah pinjaman semata2; ampun kepada tuanpunya; sama tapi tak serupa dengan yang asal;ampun yerk

masak lemak cili padi rebung dengan daging, sayur campur, hati lembu masak kicap, ikan selar goreng & ikan gelama jeruk digoreng

balik sekolah agama si nashwa pandai pulak beli karipap 6 keping dan air tebu

so besok promised her that we will buy the foods from PARAM and mama will be temporarily gantung senduk..dengar2 macam banyak je dalam senarai the kids ni


Thursday, July 26, 2012

6 Ramadhan 2012

 


agak penat hari ini, maklumlah daripada pagi hingga petang kena vet  SPA...semua urgent, then buat surat utk panggil signing next week dan macam2...anyway, simple menu for buka puasa; lamb chop and maggi goreng

ada pulak sorang tu request"mama, bole tak nanti beli makanan kat pasar ramadhan, adik nak rasa makanan kat sana""nape mama masak tak sedap ke?""bukanlah, kawan adik cakap macam2 ada, adik nak tengok""oklah hari sabtu nanti kita pegi".sian pulak..agaknya ada yang diidamkan tu...

goreng extra fries; lepas buka puasa ada leftover,si kecik bawak naik atas untuk makan..chewahhh sesedap rasa dia ajer..

sambil2 mama berfb dan post entry dengar si kecik baca komik...very good progress..she can read better now, alhamdulillah

and called hubby lepas buka puasa..ooo hari ni ada orang makan buffet kat hotel....tapi baru jap tadi dia sms kate "tak sedaplah makan kat sini, makan kat umah lagi sedap"...alahai pulak...


Bila nak mula sopping raya?


tup tap esok da hari ke 7 berpuasa...persiapan raya????so far,  tempahan baju melayu hubby n nafis da selesai..baju kurung kakak da siap jahit, baju kurung the two youngest pulak masih lom hantar tempah even da ada tailor..

mine? langsung lom cari...

so da kena plan bila nak gi beli..i punyer, bole cari sekitar bandar melaka-no hal

anak2 punyer?

rasa2 macam da boring nak sopping2 kat sini

rasa2 macam nak gi sopping2 kat KL (dah dapat greenlight pon)

rasa2 macam malas pulak bile mengenangkan ramai umat di KL nun especially weekend, sesak-mesak

eh memacam rasa pulaknyer

anyway, this week kena juga mula sikit2, kalau buat semua persiapan last minute, parah nanti







Wednesday, July 25, 2012

5 Ramadhan 2012




hari ni hubby balik berbuka n i cooked mee basah, bergedil dan makaroni bakar; yelah sian dia da 2 hari buka roti dan telur, siap tunjuk gambar food dia tu kat i

(ampun tuanpunya gambau; i pinjam; tengok yg mana agak2 sama i copy n paste)

sempat buat semua by 7.10pm...

yang tak sempat masak lauk dengan nasi

sebab semua kenyang, masak lauk masa bangun sahur nanti

kali ni buat bergedil bebanyak sangat dalam 60 keping gitu; tu pun cuma tinggal lebih kurang 10 biji;anak2 i ni kan memang "hantu" bergedil, sebab tu kekadang waktu bulan puasa selang sehari kejaan i adalah membuat bergedil; anyway untung sebab kakak da pandai siapkan bahan2, i balik cuma adunkan ajer..

Tuesday, July 24, 2012

4 Ramadhan 2012

i really need back my BB rather than using this lumia...the photos quality are damned bad..penat amik gambar makanan berbuka, semua kuar kunta kinte...sengal..

anyway hari ni sempat buatkan anak2 chicken chop, goreng fun fries, sup kepala ikan jenahak dan sambal telur; walaupun reached home almost 6.10 pm, maka bersilat lincah ler i tadi...

syukur dengan rezeki Allah..

sian hubby, masih makan roti ngan telur ajer..baru kejap tadi dia call, katanya nak tarawikh dulu balik nanti baru cari nasi; esok hubby balik..hope dapat masakkan apa yang hubby request

buat masa ni tak dapat menunjuk2  nak display apa yang dimasak..tunggu sampai kot2 dapat seru utk dapatkan handphone dgn kualiti gambar yg lebih baik; syukur dah dapat kenaikan gaji tahunan dengan arrears sekali..tu yang veranggaaannn nak tukar handphone

memandangkan ada sebakul baju tunggu dilayan, mata pun da makin layu..well stop here...dengan izinNya i sambung citer ramadhan lagi esok


Permainan hidup




Monday, July 23, 2012

3 Ramadhan 2012

hari ketiga berbuka puasa tanpa hubby...walaupun pms tapi masih larat masak sendiri untuk anak2..so today i gorengkan makaroni, daging masak kicap dan sambal ikan tongkol

da amik gambar, tengok2 hasilnya mengecewakan...so tidaklah diuploadkan oleh tuan tanah di mukabuka atau di sini

memandangkan waktu balik i adalah 5.30 ptg maka sampai rumah harus dlm 6.15 ptg selepas urusan amik anak2 di taska..masuk rumah berlari2 memasak, so mungkin tak sehebat tahun sebelumnya sebab kekangan masa; apa2 pun for me yg penting, i cooked the dishes myself, no beli2 atau kurangkan beli makanan dari luar;

sedih aje, bila call hubby tadi tanye makan ape..dia kata buka tadi makan roti dan telur aje, pun masak sendiri aje..."takpelah nanti bila2 abang balik mama masak yang sedap2" walaupun cuma sejenis dua...

i sebenarnya sakit kepala ni, mana tidak dari pukul 8.45 pg hingga 10 pg ada mesyuarat pengurusan..sambung dengan mesyuarat dgn investor yang nak beli our land daripada pkl 10.30 pg sampai pkl 1.30 tgh; break kejap sambung pukul 3 ptg hingga almost 5ptg to discuss the details of the agreement..macam nak pengsan..

alhamdulillah walau pun penat sikit dan tak berapa sihat masih diberi tenaga oleh Allah untuk sediakan juadah berbuka anak2...

2 Ramadhan 2012

erm..2nd day puasa semalam telah terganggu seketika kerana "kedatanganya" yang agak awal dari biasa...almost 12 tghari tapi redha ajelah

lepas sahur, tido balik; malas nak ikut hubby gi pasar so tunggu dia balik baru kemaskan lauk2 basah yang hubby beli kat pasar; ikan udang sotong daging

disebabkan pms, semalam emosi agak terganggu dan i bising2 pasal ada orang da lama tak mop rumah..so lepas zohor gitu ada orang pun baru nak mula vacum tetapi tetitba vacum lak rosak. Disebabkan vacum masih dalam warranty, dalam pukul 2.30 ptg me n hubby and two youngest pegi ke JJ lama untuk repair..tup tap sampai sana terus okay hahaha

then balik semula rumah..baru lepak setengah jam my Busu called kata dia accident dekat dengan rumah i, dalam kepanikan pegi sana rupanya insiden langgar keta yang kuar simpang; for me that car yang salah sebab peraturan jalanraya, kenderaan yang berada di simpang jalan kena beri laluaan kenderaan di jalan terus..ketanya depan yang teruk sampaik tak boleh jalan kena tow

mula siapkan makanan untuk yang berbuka dalam kul 5.30 petang, kakak da siapkan kentang goreng dan tumbuk sekali untuk buat bergedil; i buatkan mee kuah; wah bertambah2 mangkuk hubby makan..da tu yang feveret dia, kena pulak ada bergedil..i rasa i gentel dalam 40 keping gitu, erm masa mengemas meja, tengok da tinggal 5 keping ajer...tulah anak2 i ni memang "hantu bergeil"

nak amik gambar da 2 hari ni madang aje tak sempat

untuk sahur, ada lagi sambal tempoyak, hubby kata tak payah masak lauk; gorengkan ikan aje..heeee seronok



Sunday, July 22, 2012

1 Ramadhan 2012

sahur di hari pertama semalam, i buat sambal daging dan goreng ikan bilis...dan milo panas..nasib baik x susah kejut anak2 dan by 5.30  pagi semua da pun bersahur

we went back to my MIL's house untuk berbuka..few other family were there too so meriah suasana berbuka dan sedikit kelam kabut sebab by d time azan da masuk tapi ada lagi masakan yang sedang dikacau kat atas dapur

i balik lewat sikit sebab sibuk masakkan hubby lauk tulang dan rebung dimasak cili api dan sempat membuat makaroni bakar untuk dibawa balik ke sana; alhamdulillah pun habis juga

noted that banyak menu yang dibeli dan dimasak sendiri di sana; ada roti john, kuih buah melaka, bubur nasi, masak lemak cili padi ikan keli salai, sup tulang, sambal tempoyak, rendang ayam hutan...mewahnya..da makan beramai2 mestilah seronok

nak amik gambar pun tak sempat sebab da kelam kabut

hari ni akan berbuka di rumah dan menu pun da ada dalam senarai ...upon request





Friday, July 20, 2012

Menu sahur nanti aper ye?

Suddenly i em thinking of wat to cook for sahur nanti.

dalam suasana yang sepi ni hah, only left 3 of us..bayangkan drp staff di bahagian ni seramai 21 orang, tinggal kami bertiga..kebanyakannya cuti, ada yang mc, sorang bertugas di UTC, 2 gi meeting....kesunyian ini mengundang kepada keadaan berfikir tentang apakah lauk nak dimasak untuk sahur nanti, boleh gitu??

alhamdulillah i dapat juga sekilo daging baru (walaupun tak sesegar beli waktu pagi-sebabnya cuma berkesempatan beli waktu dah nak masuk petang)...sambal daging, kacang buncis goreng dan  ikan kering

ermmmm sounds ok to me...

tapi sebab banyak mulut lain, balik kang kena minta usul dan cadangan lain gek

yelah yang tu cadangan i ajer, anak2 yang nak puasa nak kena tanya gek selera mereka; lom selere apaknyer lagi..anyway, i akan ambil kira semua permintaan supaya tak ader yang terkilan nanti, kena adil kan!!!

tak boleh nak fikir tekak sendiri jer, hihi








Thursday, July 19, 2012

Raikan kedatangan Ramadhan

tup tap tup tap, Syaaban da nak sampai ke penghujung- bulan Ramadhan pula da nak berkunjung, maka kita akan mula berpuasa sebulan

Banyak pahala menyambut kedatangan Ramadhan, bukan hanya Syawal yang dirai secara besar-besaran..dalam satu ceramah yang i dengar  daripada Ustaz Daud, penceramah yang selalu kami panggil di sini, kebanyakan umat Islam tidak pernah meraikan kedatangan Ramadhan, sedang kan bulan ini adalah antara salah satu bulan Islam yang penuh rahmat; banyak peristiwa yang istimewa yang dialami Nabi Muhammad SAW berlaku dalam bulan Ramadhan, contohnya Israk dan Mikrak..

Alangkah moleknya Ramadhan juga kita besar2kan kedatangannya, kita beli pakaian baru sewaktu menyambut Ramadhan, paling tidak sehelai kain pelikat atau kain batik atau telekung ..setidak-tidaknya juadah disediakan pada malam menyambut Ramadhan setara dengan apa yang disediakan di petang Syawal..dapat juga bantu membangkit selera waktu bersahur, khususnya anak2 kita yang baru mula berpuasa, kan

Dan sebagaimana yang dituntut, memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadhan, banyak membaca AlQuran, menjaga tingkahlaku tuturkata pergaulan...

Sama-sama kita saling -mengingati antara kita, berpesan ke arah kebaikan itu juga satu ibadah

Wednesday, July 18, 2012

Dah sampai ajal

meranalah hidup bila washing machine da sampai ajal...masa hari isnin tulah, bila time spin kuar bunyi degam-degum...tengok2 drummer dia tak boleh pusing dah..

kalau nak ikutkan memang da patut ajal mesin tu sampai ..setelah 12 tahun pakai, berbaloi..banyak jasa dan bakti-lima enam bulan lepas pun penah buat hal..so masa tu macam sayang nak beli baru..so hantar repair kena dlm rm250 kalau i tak silap; tapi kali ni nampak macam kritikal, selain drummer dia tak jalan, air keluar daripada bahagian bawah, dan bukan dekat tap connection; erm..tukar ajelah

i suka d washing machine tu; its a LG dengan muatan 12kg..macam2 boleh sumbat..comforter pun boleh masuk cuci..orang kata da puas melenjan..

dan kini....baju2 menjadi longgokan bukit bukau kat rumah tu..tak sanggup mak tengok, nak nages pon hader

and hari ni hubby balik so akan keluar mencari mesin basuh yang baru nampaknye; i ni tak penah pakai mesin basuh jenis yang buka pintu kat depan tu-selalu main pintu atas..hajat di hati macam nak beli eletrolux..ok ke..yang sekali dengan cucian hot water; tengok dulu hubby kata ape..





erm..kuar duit lagi...............






Monday, July 16, 2012

She is woman

Hadiah utk mak


hadiah dari semua, jam tangan Bonia


individual prezzie

me; kasut bonia
dakbang; set cadar
ita:handphone
anor; cincin emas
chacha: handbag coach


wah..mewahnyer Che Ton
dapat hadiah macam2
ceria aje



Sunday, July 15, 2012

Mak's besday celebration-part 3

sambungan gambar2 daripada sambutan besday my mum last saturday

me with my girls


my family photos


atuk nenek nazwa and chah


najwa with her two youngest unties


sweet


us


part of my big family


left out tuna's family (6 members)
and another 2 grandchild





Mak's besday celebration-part 2

few more photos....

me with my niece n nephew

mak with d grandchilds

posing

dakbang n d gang

najib n co

mummy with the only girl

 
busu n tanisha

the runner team

aksi panjat meja begini pon ader




Mak's besday celebration-part 1

and the serprise is ...we have mak's besday celebration at Avillion Legacy Melaka

8 out of 9 were joined..supposed 7 but najib last minute decided to come..ok ajer

besday girl terperanjat...we brought along our grandma too

well here are some of the photos, banyak lagi akan menyusul- i tangkap muat ikut as and when my sis n bro uploaded it in the fb 

overall makanan oklah kot ..so n so; semua happy, kanak2 girang gumbira itu yg penting


 
 sweet couple

 BR ice cream cake cutting

 mak with her beloved youngest son
 with the daughters (spot the difference among them)
atuk n dylan
najib dan wan
anor & co.
my SIL with three of her kids (she had 7)



Saturday, July 14, 2012

Selamat Harilahir Mak yg ke 66

today is my mum's 66th besday
selamat harilahir mak Hajah Zaiton Hj Halos


muga dipelihara dan dilindungi Allah
diberi kesihatan yang baik

mak is d best mum
forever
sacrifice a lot
for 10 of us
kasih sayang kami yang tidak pernah luntur
 di setiap detik nafas kami
for the greatest mum in the world
melahirkan & menjadikan kami semua
dapat menjejaki kaki menara gading 




my mum ni nampak muda kan kan
and
my mum also a super power lady tau
at this age, she can drive twice a week  from melaka to bangi, memalam ke tak kira
jadi drebar to my sis yang sedang buat her master degree di ukm
atau ke kl
atau ke mana2 destinasi
yang diarahkan Tuan Besar
hebat tak?

dengan satu ucapan tambahan
"jangan suka curi2 makan durian bebanyak, hah kang tetiba reading gula tu naik"


mak n her mum

by d way; jumpa di sana ....
malam nanti
ada sepriseee