Sunday, April 29, 2012

Anak ayah

memang anak ayah
kena marah sikit da syahdu...

BERSIH dan demo2

BERSIH..everybody is talking about it..

those fanatic protestors, ambil tindakan buat demonstrasi besar2an lead by one lady named Ambiaga

those malays yang involved sanggup mengikut telunjuk bangsa lain; kalau yang  lead tu orang kita ada sedikit canti (sedikit aje)...orang macam ambiaga tu memang suka bebenor tengok ramai melayu ikut sama berdemo;itu tandanya pengaruh dia hebat; orang melau percayakan dia daripada "orang sendiri"; wah gumbira sunggah dan bertepuk tangan si ambiaga tu dik oi;

bersih ni golongan yang menuntut sistem pilihanraya yang adil dan telus ..well i faham tu...

tapi apakah dengan berdemonstrasi setiap permasalahan akan selesai; masalah lain yang lebih teruk akan timbul..kekacauan, huru-hara, kerosakan harta dan nyawa pun terancam, suke ke korang hidup camtu

kenapa nak terikut dengan budaya negara luar, sikit2 demonstrasi..kalau demonstrasi sebersih namanya takperlah juga, ini tidak..ramai yang nak tunjuk hero tanpa mementingkan imej negara, kedamaian hidup terjejas dan negara luar memandang rakyat negara ini sama saja seperti di negara2 yang rakyatnya suka berdemo2 ni..

yang pengikut2 tu, sejauh mana mereka faham permasalahan yang ader... ke cuma terikut2..lepas tu kena polis ambil tindakan, dia kata polislah  yang salah yang jahat, tindakan mereka pulak betul dan benar

pada i tindakan pihak bersih adalah mereka yang takut pada bayang2 sendiri; kenapa tak desak pihak berkenaan yang didakwa tak teluslah, menipu ke aper ke tu,dalam suasana perbincangan semeja..lebih rasional..nampak matang...kita tak puashati dengan sesuatu adakah selesai ketidakpuasan hati itu dengan berdemo..apa sudahnya..penyelesaiannya gimana...

yang ramai menjadi protestors adalah orang melayu, walaupun ada bangsa lain terlibat i believe bangsa lain dok tepuk tangan juga sebab dapat melihat sendiri bagaimana ramai orang melayu sebenarnya  tak bersatu; inilah kesempatan mereka mentertawakan orang2 melayu..cuba lihat bangsa lain -dalam keadaan mereka tidak sependapat dalam beberapa isu, tapi ada satu perkara yang mereka kekal bersatu samada disedari atau tidak iaitu isu untuk "mengetuai" negara kita; so pada orang2 melayu yang sanggup memangkah bangsa lain (walhal ada orang melayu jadi calon kat situ walaupun parti bukan pilihan kita) tu fikir2kanlah kesan tindakan anda.. kita kena selamatkan bangsa kita yer, itu yang maha penting

eh ape mak melarat pasal politik ni..eh isu semasa kan ..so mak ni cuma bangkitkan pandangan sendiri; bukan hasutan dan tiada niat menghasut; (jangan pulak ada yang nak dakwa ku meghasut di bawah akta hasutan)

cuma i rasa setiap antara kita kena fikir dan nilai sendiri; yang mana penting;

pisau dan mentimun di tangan anda...potonglah gimana sekali bentuknya pun asalkan tidak salah potong atau terpotong jari

kekadang sedih dengan budaya demo..pasal ptptn pun demo, anak2 muda melayu gek yang paling ramai terlibat berdemo; anak2 bangsa lain dok belajar dan tak berapa kesah pasal isu ptptn;(berapa kerat anak2 bangsa lain terlibat dengan demo ptptn ari tu) ; aper mereka tak tahu ke kalau mereka dapat result baik ptptn akan diconvert sebagai biasiswa;anak2 bangsa lain kejar konsep tu; belajar lebih gigih sebab  tu peratus pelajar cemerlang bukan anak2 bangsa kita sebab anak2 bangsa kita bukan nak sedar diri kena belajar rajin2 dan cemerlang; sebab da malas belajar, jadilah takut dengan ptptn-muda2 da minat berdemo bila lebih dewasa, kena pulak tergoda dengan kancah politik lagilah setiap minggu kat malaysia ni asyik kuar berita demo tu demo ni; sebab nak tunjuk hero, pelajaran sendiri tercicir; dah macam tu patutla ko meraungkan ptptn ..kan

berbalik pada bersih; saluran yang lebih wajar kan ada; negara kita ni negara demokrasi;ada saluran untuk rayat menyampaikan rasa tidakpuashati; yang lebih bersopan santun;tak payahlah sikit2 nak berdemo dan menimbulkan huru-hara; bagaimana nasib anak2 kita kelak kalau kita asik mengajar mereka dan mendedahkan mereka dengan budaya berdemo ni; bersih ke sikap tu???cuba tanye kat orang bersih2 tu


A date with Anuar Zain

just came back from mitc;
attended a special function
"an evening with anuar zain"
dapat jemputan khas, haruslah pegi
jemputan actually with hubby tapi sebab hubby ada golf tournament,
i brought along nafis as bodyguard aka cameraman
and nazwa too
tq hotel permaisuri hotel bagi i jemputan, dok meja yang strategik dekat dgn pentas and seat yang facing the stage too
next year kalu ada, jemputlah saya lagi

anuar is the best male singer
suara dia sedap; memang suara jantan orang kata tapi ada lunak tersendiri
i loike
terpaku dengan suara dia
cuma tak puashati sebab anuar turun bawah sekali aje
ramai serbu waktu tu
sebab takut kena serbu lagi, dah tak turun2
(oops puan aida, i thought u kata akan suruh anuar zain datang meja i hehe)

pengacara majlis adalah nabil dan sharifah syahira
towards end memang kelakar dengan si nabil punya lawak
sakit2 perut aku gelak
pas tu ada kumpulan syiro, juara raka lawak eh musim aper ntah, sori tak kenal mereka

si nazwa kerjanya mengira berapa lagu anuar nyanyi
dia happy je cuma agak tak selesa bila music kuat sangat

makan ala buffet
tapi ramai, kan..makan ala kadar
orang pun bukan iya2 nak makan nau
lebih pada nak tengok anuar

overall i suka dengan show anuar walaupun macam tak puashati
(eh lebih2 pulak, mengalahkan kuar duit beli tiket)











Friday, April 27, 2012

Suapan si isteri


untuk dikongsi bersama-sama
suami atau isteri
isteri yang kuat makan atau
isteri yang gemuk..
lambang kebahagiaan dan
bukti..
betapa suami itu amat bertanggungjawab
terhadap makan minum si isteri..
ye tak...


ker..eh ye ke?

Thursday, April 26, 2012

Dilemma..........again?

dalam hidup ni bukan semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan..macam jodohlah, kalau da tak ader jodoh bercinta macam nak rak, bukan semestinya berakhir di ikatan perkahwinan; atau kita nakkan sesuatu, kalau Allah tak izinkan takkan dapatlah kita apa yang kita inginkan tu...

takdir Allah..hanya Allah yang tahu perjalanan segala urusan yang kita atur dan inginkan...

memang kadang2 kita jadi keliru..tapi kena kembali kepada hakikat bahawa kita hanya hambaNya..Dia yang berhak menentukan segalanya maka kita akan lega dan reda

em in a dilemma......again

but not declare it until it is confirmed..bila???..mungkin petang ni kot, bergantung.....

mungkin ini yang terbaik...mudah2an




Wednesday, April 25, 2012

current mood

Image Detail

Foods untuk yang tinggal kat rumah


i cooked these foods for dinner yesterday before i went to my ofis dinner..
sian pulak yang tinggal kat rumah
i buat rendang yang tak kering sangat, goreng ikan kembung dan kacang panjang goreng dengan ikan bilis jepun, sempoi aje..
lagipun hubby balik semalam untuk hantar dan fetch me from dinner
..dan jaga the kids while i am away
tq sayang...



balik rumah tengok semua da licin..so tak ler rasa terkilan gi  makan  kat hotel  sebab yang kat rumah lagi sedap belasah makanan

Malam Nostalgia 40 thn PKNM-Part 1

last night i attended a dinner, Malam Nostalgia 40 thn PKNM di Holiday Inn Melaka

tetamu kehormat adalah Tun TYT dan isteri, DSAR dan isteri...

tak  ambil gambar banyak2, malas; tunggu Bhg Korporat upload gambar kat network baru bole upload kat sini pulak

menu adalah chinese cuisine; so and so ajelah

will story about the dinner later


 
our table

first round..


Morning conversations

sampai ofis, i gelak2 sensorang..teringat kisah pagi tadi...

first conversation:

while lying on the bed after sending kakak to school. the two were sent by hubby..

suddenly she belek2 my hair, "mama ada kelemumur lah..camne nak buangkan"

"tak yah buangkan, nanti shampoo hilanglah..."

"eh ma, nak dengau citer tak..semalam adik tengok rambut teacher adik, adik nampak telur kutu, adik cakap ngan teacher adik tolong cabutkan nak .tapi telur kutu tu da mati, adik pun beritau le teacher telur tu da mati"

me...oooh..hahaha

second conversation:

while mama pilih2 tudung..hari ni mama pakai baju ungu bunga2 alah2 shocking pink so mama pilih tudung kaler ungu

"ma, tak matching lah tudung tu, amik yang pink dan pink gelap ni..nanti tak cantik..kawan mama ketawakan mama, nanti dia cakap..apalah salwa ni tak pandai matching tudung" (she really sebut the word matching tu)

me, "ooh ye ke oklah" ..gelak lagi


third conversation

while driving and on the way to kindy

"ma, kawan adik kata mama dia nak dapat baby"

"oh ye ke, damia pun nak dapat baby jugak, adik tak nak baby ke"

muka terus sedih nak nanges, "kan adik kata tak nak, mama ni suke nak tanye pulak"

me, terus senyup sorang2,  malas nak continue cakap kang dia nanges satu hal tak nak turun keta...hahaha

Monday, April 23, 2012

Forever Hero


my dad-Hj Salleh Hj Kabil;
a pensioner by profession;
an ex-lecturer;
a great man;
a super duper n forever hero


Apa nak serabut2

our office dinner sempena 40 tahun akan diadakan pada malam besok di holiday inn melaka..biasalah cik kiah2 ni kalau bab2 dinner or function, semua nak melaram..fikir baju tudung makeup kasut blah blah

pakaian adalah batik ye puan2  tuan2 dan adik2...tak seglamer mana pon kalu da berbatik2 ni...

akak pun bila da bab2 mikiaq pasal baju dan anak-beranak persiapan pemakaian jadi serabut, sengal2 sikit..pulak last minit tahu pakai batik; kalu nak tempah baju baru, nak berjahit manik2 bagai ke memang tak sempat..
emosi memikirkan ketidaksiapan dan kecukupan persiapan ke dinner adalah rasa sengal dan bengkek..jengkel sekali


Image Detail

tapi, fikir2 balik semula, apa nak serabut sangat, u bukan tetamu VVIP ke VIP..nak glamer ke mender sesangat; datang untuk makan dan tunggu lucky draw..
apa hal nak melebih2.. kan..ye tak..hah..kan da tak pening...
positif thinking will be the best medicine forever
betul tak...

An evening with Anuar Zain @MITC; an invitation

masa tengah buat kerja, tengok PAR bawak surat masuk, telek2..eh biar betul...

wow wow i dapat invitation u...tengok konsert anwar zain..hahahaha i loike wat a lovely one..

tq hotel permaisuri mitc...tq en razali, the resident manager..dont expect  will get it; eh ye ke...cam mimpi ajer

sure kena pegi ..actually dapat jemputan dengan hubby..tapi hubby ada golf tournament and re-union; dia kata tak dapat nak join..thinking of bawak kakak..kalau kakak tak nak (sebab ada besday kawan dia) bawak shidahhhh...calon emergency..dia kate takper kak, saya sedia menunggu pengesahan akak..hehe

cuba upload surat jemputan kat fb, tak boleh ler pulak..takper tengok gambar si hansem ni yer, yang umurnya tua setahun dari i, kampung dia dua batu dari kampung i ajer..i anak ompek, dia bujang trangtangtang

en razali, u ni bagus lah...tahu2 aje i minat dia ye



Image Detail

Sunday, April 22, 2012

Visited the new born baby

just reached home from  Seremban after visited my sis yang baru bersalin di Columbia Asia Hospital..baby telah ditahan wad since wednesday sebab perlu ambil antibiotik selama tiga hari, kerana ada kuman dalam darah..by now da keluarpun sebab tadi masa we left the hospital at 5.30 pm dijangka akan keluar at 6 pm nye..

mummy and baby

Siti Aleefah Wardina Amni-nama yang dicadangkan setakat ni oleh mummy

my mum  with the 24th grandchild

MBMB Golf Tournament

semalam hubby join golf tournament sempena hari bandaraya mbmbb..atas invitation his brother, the mayor

while merayau2 di fb ternampak entries DSAR pasal this tournament; telek2 banyak gambar tournament ;
ada satu gambar hubby yang  i nampak terselit aje
nun di sudut kanan gambar tak bertopi, cer cari..hehe



 the mayor and our DSAR

 
humble betul our TYT dan DSAR, makan nasi lemak bungkus..so berjiwa rakyat



 hubby dapat tempat ke 5; dapat TV plasma LED  tapi comey aje..berapa inci ntah
oklah tu Yang drp tak dapat apa2

Saturday, April 21, 2012

Penawar hati

semalam adalah hari bekerja yang mencabar...

em not happy with the loan package offered by the banker which already been accepted by Finance Dept as there was some issues from the legal aspect needs to be thoroughly check and verified..argued with them but they wanted to proceed..as em only a AM so let them bear it...tapi kuciwa lah juga dengan keputusan mereka sebab i tak mahu kepentingan organisasi i nanti bermasalah jika package tu tak dipertimbangkan sewajarnya...

then pasal sebutharga..me as one of the pembuka sebutharga committee was called to open the sebutharga..tapi hanya satu yang hantar dan no sampul anggaran jabatan dimasukkan dalam peti sebutharga bila dibuka .. so i told the officer in charge, this sebutharga needs to be re-do. he argued with me saying that he sent five invitations but since only one is putting in their sebutharga, that is not his  mistake..correct, i dont say he was wrong but i told him the process  said that kalau masa first call n kuota tak cukup, you kena panggil sekali lagi, at that time kalau keadaannya sama maka baru you boleh terus proceed...and that was not my procedure..i bengang sebab dia tu lagi dua tahun nak pencen tapi tak tahu proses dan prosedur sebutharga..when i asked about anggaran jabatan nape tak masuk dalam peti dia kata, sebelum2 ni utk sebutharga berkenaan memang takde anggaran jabatan; habis buat aper buat sebutharga dan macamana nak tentukan kos perolehan sebutharga berkenaan..adusss pening mak dengan cara orang bekerja tak baca peraturan

tapi senyum sikit bila tengok fb CM, ada terselit gambar i waktu signed MOU last thursday.. (mohon copy n paste ye DSAR)





Thursday, April 19, 2012

hungry

wat a hectic day...............
i came to the office earlier this morning, normal punch in time is on or before 8.30 am, however as there is a MOU signing ceremony to handle, i punched in at 7.45 am..then went to CM's residence at about 8.00 am..and waited for two hours before the signing took place..

dah le kelaparan yang amatt sangat...kat situ tengok ada le breakfast tapi takkan akak pulak nak makan sedangkan orang lain pon dok tengokkk je....hah pukul 10.30 am baru settled balik ofis terus terjah pantry, buat nescafe..nasib baik ada tawaran nasi lemak so i pun bantai le..

then  buat keja tu ini...pukul 1.40 pm amik nafis..sampai ofis dalam 2.30 pm...perut da keroncong..ade pulak manyakkk mende lagi nak settle; ada dua agreement baru to instruct lawyer to prepare, a memo to CEO for approval...done

tu yang  sempat post entry sebagai selingan..

n yet to take lunch..perut keroncong sana sini



dalam kepala dok pikir nak masak aper hah malam niiiiii; kena masak dulu baru boleh makan;adussss



tq yahoo image

A new born girl

my sis Ita has gave birth to a baby girl last night dalam kul 11.10 pm; the baby was her fifth child and the first girl for her..her dream comes true, even scan result pun nampak  more to a girl, finally after so long dapat gek anak perempuan

i knew she has prepared all girly things...yelah teruja dapat baby girl..

she gave birth kat columbia hospital S2, same hospital same doc masa i delivered my youngest about 6 years ago

ahamdulillah semua baik2 dan sihat nampaknya mummy dan the little girl

tapi half an hour ago, i sms dia tanya when she will be discharged, she said has to wait for another three days as the baby is on antibiotic sebab masalah darah..

i tried to call her tak dapat, tengah rehat agaknya..any way i pray that nothing is serious

Wednesday, April 18, 2012

Court case


yesterday i spent my whole day at the High Court 2..
our high profile case was fixed for full trial
 and continue today..
sakit2 pinggang dibueknya..
maklumlah bangku kayu
kekadang macam nak beri keterangan pulak bila time cross-ex tu especially when the q was tricky

Monday, April 16, 2012

stories for d 3 days

last week i planned nak ke satu tempat sebab hari ni cuti di melaka..tapi while reached home on friday, kakak said that she is having a class on monday and nashwa pulak ada latihan volley ball so terbatal hajat di hati konon2nya nak beristirehat di PD or Nilai Springs tu..

wat we did on saturday...gi mydin beli barang dapur dan barang2 nak buat lamb chop; on the dot i tetiba dapat feel nak buat western food so gigih mencari tangkapan yang sewaktu dengannya lah..and mama pun malamnya tu telah menyiapkan western dinner ; kekonon nak amik gambar tapi tengok lajunya  tukang2 makan "mentekedarah" (oops hehe) terus malas nak amik gambo..kang lambat2, takut tak dapat makan; i buat lamb chop, marinated chicken, goreng french fries and buat salad..alhamdulillah suami &  anak2 suka sampai memasing tersandar kekenyangan;

semalam, balik kampung my mum sekejap hantarkan udang kering dan ikan kering..lepas tu balik rumah semula, hubby mesin rumput..lepas magrib zoom ke masjid tanah, hantar MIL punye udang kering dan ikan kering le pulak..dan bawak sekali MIL kuar makan..as my FIL malas nak kuar, we just tapau for him...

hubby da tak jadi cuti sebab tak jadi nak berjalan ..dan balik kerja hari ni..

mama hari ni mood masak ada sengal sikit, cuma masak bubur daging for breakfast and lunch..and dinner buat singgang ikan parang dan goreng ayam..tadi ada perasaan nak kuar dengan anak2 tapi bila tengok si kenit da terkesot2 bergerak langsung tak jadi

Penangan scooter


i was having an afternoon nap upstairs when the incident took place
when i was around while the kids were playing scooter i always make sure  they're playing in a safely manner, slow and steady, not to hit others or things, control the speed movement etc..kalau agak2 mereka lupa daratan suara "emak gimau" pun kuar
kalau da nak jadi, jadiklah juga..
si kecik katanya bawak laju2..dan terbabas langgar si kakak dan tetiba menjerit sakit
tengok2 da berdarah
i yg terlelap pun terjaga..
terkopek belakang jari kaki, dia biasalah, kalau luka sikit meraung macam nak rak,
kalau da luka lebih sikit aper ke lagi, meraung melalak dan yang sewaktu dengannya
setengah jam pun tak henti menangis
sampai nak mandi nak buang air pun tak nak..
tetiba terhantuk jari tu, hah berdarahlah lagi

Sunday, April 15, 2012

Manja-manjaan

waktu ni ayah baru sampai..
da terus menyelit celah ketiak
kakak tanya ayah pasal homework
tapi dia tak nak bergerakpun
memang nade2, nak manje2, lepas rindu



Saturday, April 14, 2012

sekali dua!

within a week, 2 xperiaS in the house
putih as chosen by nafis last wednesday..
and today, a blakie for nashwa..
rezeki yang dikongsi bersama anak2, bukan selalu
untuk kakak; yours will be more next year
..already allocated for her,
just need u to struggle
and prove it..
u'll get it more!
that is our promise

Friday, April 13, 2012

jom merayau

monday is a holiday for the state of melaka..

its a replacement day for our Historical day which is falls on sunday, 15th April..

best best..cuti cuti lagi

abih kalu da camtu, apa lagi...akal pun da panjang fikir nak merayau ajelah...tapi biasa lah, ke mana...

ni plan syok sendiri..lagipun cik abe i tak cuti..tapi da kerah dan paksa dia amik coti gek..haha..

nak gi mana2 cik abe kata "i follooowww"...so kena guna kuasa syok sendiri..few places in mind dekat dan jauh sikit pun ada..

well, nanti ek i decide...

Wednesday, April 11, 2012

Puteri berkepak

ada orang nak terbang sebab da ada kepak, nak jadi puteri berkepak;
 heard the conversation with her ayah just now;
"ayah, adik nak terbang tapi adik lompat2 tak bole terbang, penat adik buat"
her ayah said "mana adik bole terbang, itu bukan kepak betul"
her replied "abih tu nape orang tu jual kepak ni, dia tipu eh..."
small kid with her imagination...
tetiba suruh i amik gambar..
"mama, ambil le gambar adik, bole masuk facebook"
wakakaka..hah layan ajelah..




Jimba2 & tengok rumah lagi

selepas sarapan kami - sesi berjimba bermula....mula2 kami ke JJ Bandar, beli barang2 utk ofis mama...sambil window shopping sana sini...

ada orang dibelikan handphone baru..sebab dah  dijanjikan..ada orang tak puashati, tarik muka tapi sebab dia dah ada BB maka dok diam2 ye..

lepas tu gi tesco, mama nak cari barang lain pulak...singgah pulak ke Hinode Shop; kedai barang RM5-ada orang rembat barang2 nak jadi princess yang berkepak...layankan aje

then hubby ajak gi tengok rumah..belek dan telek lagi..sayang pulak kalau dilepaskan...aduhai kelirunya hamba...

on d way balik rumah, singgah ke Taman Angsamas..ada nampak satu banglo yang nak dijual,luasnya tanah dan rumah not bad pulak tu....menguji lagi..

lelama mabuk pulak bila da tengok macam2 rumah....

Tuesday, April 10, 2012

Siapkan kerja; esok cuti & boleh berjimba

life @ office quite hectic..sebab semalam ada Board Meeting and biasalah, banyak surat nak kuar sana sini bila keputusan da dibuat; for me aje ada dekat 7 surat..da pun siap deraf semuanya, tunggu approval my boss aje..

well as every one here knows, tomorrow is our public holiday sempena pertabalan Agong yang baru..cant wait for this evening as hubby will be back home after 6 hari tak berjumpa..lama da sangat tuuu, anak2 da sibuk tanya ayah balik ke tak..especially si kecik..malam tadi da mintak nak makan chicken chop kat ayah..si ayah dengan jawapan standard dia-"okay"

so sebab kejaan dapat diselesaikan, besok bole bercuti dengan senang hati..tak der nak fikir kerja yang tak siap; nak qada berjimba dengan hubby dan anak2......sian anak2 da 2 minggu tak ada sesi bersantai sebab last week i gi teambuilding and baru ni hubby outstation..jadi kita qada dengan aktiviti2 yang sesuai dan yang penting dapat gi makan2...sebab si mama da set in mind " dah lama tak kuar makan2"...gantung piuk sehari okay.............

A daily call

we have been married for almost 18 years...during the marriage life, kami ada rutin harian yang i think we had never miss it (sesekali aje yang ter"miss" out kot atau masa "perang dingin" hahaha)..

i called it a daily call..

wat i mean as a daily call is setiap hari, paling tidak sehari sekali me and hubby will call each other; even sebelum ni, kami stay together tapi perkara yang sama menjadi rutin, bila sampai ofis samada i call dia atau hubby akan call i..selain tanya da selamat sampai ofis masing2 akan tanya samada da breakfast ke..citer keadaan diofis lah, itu ini

dan bila da hidup berasingan ni, paling tidak pun sekali siang sekali malam hubby akan call; of course selain daripada soalan2 tu hubby akan tanya pasal anak2lah..perangai mereka..wat they did etc..seingat i, we had never miss doin that kecuali tengah perang dingin hahaha..kalau waktu2 perang tu, bersms ajelah ye...

i remembered that when i was at my previous workplace, ada kawan2 tegur, "eh u jumpa hari2 pun ur hubby call eh, u call ur hubby  kah-ape u all cakap"..well, i told them that was our routine, our daily life rasa macam ada kekurangan, sebab kalau hubby tak call atau i tak call hubby, memasing akan rasa weird, macamana pun mesti nak call walaupun kekadang conversation which took place is less than a minute..

actually me n hubby ni suka sharing stories; kami suka bercerita dan kekadang tu sebelum tido bila da bercerita berdua boleh bawak ke pukul 2-3 pagi..kekadang boleh tergelak2 lagi..

yang lagi hebat zaman bercinta,,selalunya kami mula "bergayut" dalam kul sebelas dan sampai dua tiga jam; hah masa tu bil kiri kanan melambung; ingat2 kan balik ntah apelah yang dicakap tak habis2 hahaha

anyway a daily call makes us become closer; each moment of our life;

Sunday, April 8, 2012

weekend stories & miss him

memandangkan hubby takde for the weekend so our life became so boring...apatah lagi we cant reah him since the past three days memandangkan takder handphone coverage di Pulau Bangi tu...
yesterday after tuiyen i took the kids except kakak back to my mum's house..sebab pagi ni kakak ada lagi tuisyen n ralat  nak pontengkan dia,lagipun dia kata cikgu masuk revision bab baru, so i let her overnight at lehot's house..

kat rumah my mum, ape lagi kejaan makan makan makan..lepas i sampai malam tadi, my mum masak asam pedas ikan parang dengan batang keladi dan goreng ikan selangat..pewittttt..makan tak hingat, sedapppp

then pagi tadi untuk sarapan, my mum buat cekodok, mee hon goreng dan goreng keladi..cadang nak gi rumah orang kawin (cousin my mum) tapi melantak juga..sampai rumah orang kawin da penuh perut ni; makan sikit aje

hubby called lebih kurang pukul 3..i risau betul sebab da tiga hari tak dapat cakap..rindu bangat, lega betul yelah da 25 tahun tak penah tak dapat bercakap selama itu...sekurang2nya i know keadaan dia..his flight back will be at 9.30 pm, mudah2an selamat sampai, amin

Friday, April 6, 2012

Lelaki kena tahu

while facebooking, i've came across this phrase...it is so interesting



"SEORANG WANITA YANG BENAR2 MENCINTAI ANDA,
AKAN MEMARAHI ANDA UNTUK BANYAK PERKARA,
TETAPI MASIH TERUS MENERIMA ANDA SEADANYA WALAUPUN
ANDA TELAH MENYAKITI HATINYA"



sindrom PMS

i alwayz feel down on friday...mood kerja merudum dan kepala ingat bercuti sabtu ahad dengan macam2 nak buat dan diselesaikan..lagi2 pulak hari ni kena PMS...emosi dah tak stabil, cam cepat nak naik angin aje;asyik nak marah aje...nasib baikla ada orang tu da "lari"ke sabah..nasib dia selalu tak baik sebab selalunya masa i dapat sindrom PMS tak pepasal selalu gak dia, secara sengaja atau tak sengaja menjadi mangsa keadaanku...sib baik dah paham (kekadang ada gak dia terlepas faham hihi)


pagi tadi terbabas bangun pukul 6.25 pagi sebab tido asyik terganggu dek PMS tu ..kucar-kacir dibuatnya mengerah anak2 cepat bangun mandi dan bersiap

nasib baik cuma satu meeting pagi ni

ni hah menahan sakit,

gayenya sama, orangnya tidak ya


ader lak keja nak buat sebab isnin ada board meeting;ada 2 agreement nak sain

Thursday, April 5, 2012

Dilemma baru

kalau sebelum ni me n hubby dalam dilemma untuk memilih rumah mana untuk kediaman..tetapi kini ada dilemma baru yang melanda... i terutamanya..

ntah mengapa lately ni  hati dan naluri i selalu berdetik dengan keinginan untuk mencari tanah untuk dijadikan kediaman dan membina rumah mengikut rekabentuk sendiri, ada halaman dan boleh bercucuk-tanam sikit2..

rumah yang diidamkan sebelum ni dahpun sain perjanjian dan tunggu untuk apply loan..dan i cuma bayar rm500 ajer; itu boleh diuruskan kalau betul2 tak mahu beli

kenapa i berfikiran begitu???ntah..keinginan itu kuat sangat..lagipun berapa kali lagi i nak buat jualbeli rumah sedangkan umur da meningkat...

ader ke readers ni orang2 melaka yang boleh bantu hasrat dan keinginan i???? i pun da tanya2 kat kengkawan juga...

hubby kata if that is ur intention, the home issue will drag again...

i tak fikir i keliru cuma i diracuni keinginan tersebut....tapi ia mungkin something yang menyeronokkan kalau menjadi realiti..mula berangan dahhh nii..


Image Detail

Image Detail

Image Detail
contoh aje rumah ni, ala2 kedesaan mesti best kan ermmm



gambar2 copy dr yahoo imej..sebagai contohhh

weekend without him

hubby is away to Pulau Bangi Sabah..monitoring the maintenance works for the solar system yang dipasang di sana..

his flight was this morning, 6.30 am..he will be there until sunday..

meaning that, our weekend  ni nanti is without him; which means "indoor activities" only..as mama ni, kalu hubby tak de malas nak berjimba kat luar ngan anak2..kang macam2 hal..macam2 ragam yang selalu buat mama tak dapat nak kawal emosi..

yang boring, anak2...tapi bukan selalu, kan...dok rumah diam2 aje; i ni boleh tahan sikit kalu dapat duduk kat rumah sepenuhnya sebab banyak kejaan yang dapat diselesaikan; ada plan nak bawa anak2 balik to my kampung but we will see first...after all, the permission from hubby must be first granted!

hope hubby selamat di sana menjalankan tugas..selain tu, dia bawak fishing rod sekali..so hati2 Yang bila memancing tu; kalu dapat ikan lom tentu dapat bawak balik. kan. 

Wednesday, April 4, 2012

Perhimpunan Bulanan Mac & Apr 2012

our monthly assembly for march and april was held yesterday...

 dimulakan dengan doa
 dan ikrar..

diikuti Nyanyian Negaraku, Lagu Negeri Melaka  dan Lagu PKNM

 sambutan harilahir kakitangan

 ucapan perpisahan bagi yang menamatkan perkhidmatan

 ucapan CEO..
(baju korporat baru dirasmikan pemakaiannya oleh Datuk CEO)

last sekali...makan2