Thursday, April 5, 2012

Dilemma baru

kalau sebelum ni me n hubby dalam dilemma untuk memilih rumah mana untuk kediaman..tetapi kini ada dilemma baru yang melanda... i terutamanya..

ntah mengapa lately ni  hati dan naluri i selalu berdetik dengan keinginan untuk mencari tanah untuk dijadikan kediaman dan membina rumah mengikut rekabentuk sendiri, ada halaman dan boleh bercucuk-tanam sikit2..

rumah yang diidamkan sebelum ni dahpun sain perjanjian dan tunggu untuk apply loan..dan i cuma bayar rm500 ajer; itu boleh diuruskan kalau betul2 tak mahu beli

kenapa i berfikiran begitu???ntah..keinginan itu kuat sangat..lagipun berapa kali lagi i nak buat jualbeli rumah sedangkan umur da meningkat...

ader ke readers ni orang2 melaka yang boleh bantu hasrat dan keinginan i???? i pun da tanya2 kat kengkawan juga...

hubby kata if that is ur intention, the home issue will drag again...

i tak fikir i keliru cuma i diracuni keinginan tersebut....tapi ia mungkin something yang menyeronokkan kalau menjadi realiti..mula berangan dahhh nii..


Image Detail

Image Detail

Image Detail
contoh aje rumah ni, ala2 kedesaan mesti best kan ermmm



gambar2 copy dr yahoo imej..sebagai contohhh

weekend without him

hubby is away to Pulau Bangi Sabah..monitoring the maintenance works for the solar system yang dipasang di sana..

his flight was this morning, 6.30 am..he will be there until sunday..

meaning that, our weekend  ni nanti is without him; which means "indoor activities" only..as mama ni, kalu hubby tak de malas nak berjimba kat luar ngan anak2..kang macam2 hal..macam2 ragam yang selalu buat mama tak dapat nak kawal emosi..

yang boring, anak2...tapi bukan selalu, kan...dok rumah diam2 aje; i ni boleh tahan sikit kalu dapat duduk kat rumah sepenuhnya sebab banyak kejaan yang dapat diselesaikan; ada plan nak bawa anak2 balik to my kampung but we will see first...after all, the permission from hubby must be first granted!

hope hubby selamat di sana menjalankan tugas..selain tu, dia bawak fishing rod sekali..so hati2 Yang bila memancing tu; kalu dapat ikan lom tentu dapat bawak balik. kan. 

Wednesday, April 4, 2012

Perhimpunan Bulanan Mac & Apr 2012

our monthly assembly for march and april was held yesterday...

 dimulakan dengan doa
 dan ikrar..

diikuti Nyanyian Negaraku, Lagu Negeri Melaka  dan Lagu PKNM

 sambutan harilahir kakitangan

 ucapan perpisahan bagi yang menamatkan perkhidmatan

 ucapan CEO..
(baju korporat baru dirasmikan pemakaiannya oleh Datuk CEO)

last sekali...makan2

Teambuilding Day 3

flying fox

di atas menara, menunggu giliran

acara berakit

needs energy..

 nak tercabot tangan

majlis penutup;
berdoa atas kemampuan menjalankan aktiviti
dan menyempurnakan kehendak kursus dengan selamat

ikrar taat setia


penyampaian sijil

 participants for the second batch


 hari terakhir melibatkan aktiviti flying fox dan berakit..

berdasarkan faktor umur maka dalam acara berakit kumpulan kami dapat tempat terakhir..bila umur da meningkat kemampuan dan tenaga pun da berkurang dan memandangkan kumpulan kami kebanyakannnya kalangan berkenaan maka kami redha dan tidak mengejar mata...yang penting penglibatan semua..kena rasional lah kan...

anyway this course amat memberi pengalaman dan pengetahuan..membolehkan antara kami mendekatkan jarak antara pengurusan, pegawai dan kakitangan bawahan;bekerjasama...menerima idea dan pandangan kakitangan bawahan walaupun mungkin kurang dari segi taraf pendidikan tapi kaya dengan pengalaman..ianya amat bermakna sekali berkerjasama sebagai satu pasukan..

sesi ceramah amat memberi pengetahuna; membina semangat kenegaraan dan cintakan tanahair ;
yang penting tidak membiarkan negara jatuh ke tangan pemimpin yang menyokong yahudi....
menyelamatkan bangsa Melayu daripada jatuh ke tangan bangsa yang tidak mengenang budi dan tidak sedar diri memerlukan penyatuan hati dan kecintaan patriotisme yang tinggi........itu yang pasti!!!

Tuesday, April 3, 2012

Teambuilding Day 2

officially the challenges started on the second day..
we completed three wargames but was so sad , there was no photos taken during the first game

ready to face the challenge

 this is my team; i was in the same team with our Timb CEO;
3 orang bawah 30 thn (ladies)
seorang bawah 40 tahun
seorang bawah 45 tahun (i ke tu??)
2 orang bawah 50 tahun
7 orang atas 50 tahun

wargame 2

 membuat refleksi selepas the wargame 1 and 2

 our team's presentation

 abseiling time;waiting for the turn;tinggi kannnnn


the giant game
 ketibaan CEO untuk majlis perasmian

 dinner ala2 bbq dulu..


 menunggu majlis perasmian
majlis perasmian oleh CEO


keahlian pasukan ditentukan selepas peserta menjalani minds profiling; di mana dalam ujian tersebut peserta kena menjawab beberapa soalan yang menilai tahap pemikiran dan identiti seseorang..i was in team merah. group minda kelas pemikir (even actually i am not supposed to be in that group sebab banyak ciri2 diri i yang tak tersenarai dalam profail tersebut)

aktiviti pertama melibatkan wargame di dalam kebun kelapa sawit di mana selepas gagal mendapatkan idea, kami beli idea dari fasi ..penyelesaiannya adalah kena mengikat dua tali atas bawah pada 2 batang pokok yang berjarak 15 meter dan kami perlu merentasi tali tersebut..ala2 jambatan gantung...hahaha macam nak tercabut hati ku ini tapi berjaya juga meniti tali tersebut demi memikirkan kalau tak buat akan menyebabkan team kami kehilangan 15,000 mata, bagi setiap ahli yang gagal;namun gagal juga sebab 4 ahli veteran  tak berani nak rentas tali tu dan masa punnn da tamat

wargame kedua..menyaksikan kebangkitan kami bilamana walaupun masih juga beli idea kami dapat menjalankan misi dalam tempoh kurang 10 minit daripada masa tambahan

prestasi meningkat dalam giant game bila mana kami adalah kumpulan paling pantas menyelesaikan misi menyelamatkan giant iaitu 31 minit; sebenarnya 15 minit pertama da siap tapi masa nak landing terkena tali jadi kami gunakan skill awal untuk diberbaiki dengan tambahan masa 1 minit sahaja..

seterusnya semua ahli kami berjaya membuat abseiling walaupun gayatnya hanya Allah yang tahu...

lepas kuliah magrib ada sesi makan ala2 bbq dan diikuti majlis perasmian oleh Datuk KPE..

bila sampai ceramah terakhir malam kedua berkaitan Budaya Kerja Cemerlang, sebab siangnya da kepenatan gile hampir kesemua da panas punggung dan da hilang fokus..

Monday, April 2, 2012

Teambuilding Day 1

Our teambuilding started on march 30th..bergerak dari rumah sekitar pukul 3.45 petang dengan menaiki van ofis...tempat kursus: kem Permata Resort Air Paabas Alor Gajah

sampai2 register kehadiran dan bilik..

almaklumlah kem PLKN so satu bilik empat orang  tapi kami bertiga aje..bilik air amat tak memuaskan hati, ala2 dok hostel gitu dan kebersihan i gave them 2 out of 5 points

lepas hantar barang di bilik, solat asar dan diikuti sesi taklimat oleh INSPIM selaku penyelaras program

program bermula dengan membuat aktiviti profail minda..bagi menentukan anda berada dalam kumpulan pemikiran yang camner...after magrib pulak ada kuliah magrib diikuti dengan ceramah berkenaan 1M.


pendaftaran
 
sesi taklimat
 makan time

 sesi kuliah/ceramah

tajuk kuliah

the lead fasilitator adalah Leftenan Kol (B) Hj daud; very humble, informative and looks so fatherly..beliau mempunyai  pengetahuan agama yang agak baik, selain  mempunyai berbagai pengalaman serta motivation skill yang hebat..



Masih letih

em back to work..after the hectic three-days teambuilding course..

it was really a very interesting and challenging course..and i managed to complete all the tasks...nanti i story about my course tu dan upload gambar2 sekali..

biasalah, bila umur dah meningkat dan berat badan yang begini, maka setelah melakukan berbagai aktiviti fizikal maka badan pun da sakit2 sengal; sana sini..

well the course ended at about 4.30 pm..n i reached home about 5.30 pm jugaklah..sampai rumah (keadaan boleee tahan) terus naik atas mandi dan lepak..lepas magrib i dah terbongkang sedar2 da pagi...

tengok2 ada sms yang hari ni ada mesyuarat pengurusan..ingat nak MC hari ni terus tak jadi, turun bawah masukkan baju dalam mesin naik atas lipat baju sambil anak2 siap ke sekolah (nasib baik baju sekolah da siap gosok sebelum pegi, kalau tak, mati kepenatan)turun bawah, buatkan sarapan si kecik sambil tu kemas2 dapur..naik atas kemas atas..susun baju dan siap untuk gi kerja..

walaupun masih letih tapi tulah kan..bezanya tugas dan keadaan seorang isteri aka ibu aka pekerja selepas  balik berkursus.............................................................. berbanding lelaki..