Thursday, December 8, 2011

Satu resipi untuk menu kehidupan

walaupun tanggungjawab mencari rezeki dan nafkah keluarga adalah terletak atas beban dan bahu suami tetapi bagi niat membaiki kehidupan dan meringankan beban suami maka itulah sebab kenapa si isteri pun kuar bekerja...

walaupun si isteri itu kuar bekerja tetapi janganlah pulak menjadikan itu sebagai alasan untuk melarikan diri untuk jalankan tanggung jawab di rumah; kepada suami dan anak2..iya, betul mengikut islam segala kerja di rumah adalah merupakan tanggungjawab suami dan suami tidak boleh memaksa isteri melakukan kerja rumah; tetapi dalam hal ini masing2 fikirlah sendiri...

kita bercakap secara adat dan kebiasaan, di rumah tugas isteri adalah membantu suami menjalankan kerja2 memasak, membasuh, mengemas dan menjaga& mendidik anak2..walaupun si isteri bekerja, berpakatlah untuk membuat pembahagian tugas di antara suami dan isteri...bukan rugi apa pun- sebaliknya kalau untuk keharmoniaan keluarga tak payahlah nak berkira sangat..

ramai isteri yang bekerja membuat alasan penat bekerja di luar rumah dan menggunakan dalih itu untuk tidak membuat tugas di rumah contoh memasak ..especially yang ada anak2...lebih suka beli di luar..kena pulak anak2 suka makan..kalau gaji besar, tak jadi hal kalau sebaliknya..ada yang sanggup tunggu suami balik untuk uruskan makan minum di rumah; ada pulak yang tinggal berdekatan ibubapa atau ahli keluarga terdekat, hah gi makan rumah mereka2 tu ajelah..itu antara pengalaman2 yang i tengok dan dengar di persekitaran tempat kerja, baik tempat kerja lama atau yang sekarang

bukan nak kata i bagus, cuma berkongsi pengalaman..dari mula kawin sampai sekarang, walaupun i bekerja i accepted the duties of preparing foods or meals for family is forever mine..masa baru2 kawin pun i da mula memasak untuk suami, bila dah ada anak pun i masak sebab pada i bila i masak, i dapat tentukan makanan yang berkhasiat untuk anak yang mula mengenal makanan..i never stop preparing foods for suami dan anak2..menjadikan anak2 semua pemakan..i tak pandai masak resipi yang canggih manggih tetapi insya'Allah apa yang masak so far menjadi kesukaan dan sebutan suami dan anak2..i luv it when hubby "order" nak makan apa misalnya hubby akan kata "esok ayah nak mama masak xxx yang sedap tu"... anak2 akan minta itu dan ini..kekadang simple aje tetapi yang penting masakan di rumah, kita boleh tentukan khasiatnya..dan tengok suami dan anak2 tambah nasi sebab lauk yang kena dengan selera mereka, walaupun yang kita masak hanya cekodok kosong tapi boleh buat buat mereka sendawa dan kenyang, kita rasa bahagia..

itu tak bermakna kami ni x pegi makan di luar...selera pun kena bertukar especially si tukang masak ni, nak juga rasa orang lain masakkan..weekend night selalunya masa kami makan di luar..

air tangan ibu selalu ada berkatnya..masa semua anak2 i kecil dan da masuk darjah satu baru i kurang menyuap mereka makan; selalunya semasa hari bekerja i siap menyediakan makan malam dalam pukul 6.30 ptg (so lucky sebab ofis semua dekat dengan rumah) dan terus suapkan anak2 makan especially yang kecil2..kalau sepanjang masa suapkan mereka susah juga, takut mereka tak reti makan sendiri..alhamdulillah itulah amalan i sejak anak 1 sampai anak dah empat dan ia masih lagi kekal begitu hingga sekarang..

its not only foods for dinner, breakfast pun i sediakan sebelum gi kerja; kalau weekend i akan masak special sikitlah..bergantung kepada keadaan..and the duty never stop and i luv doing it for the sake of my family..aper yang menjadikan kerja memasak i mudah adalah i pastikan masa hari tidak bekerja i akan sediakan bahan2 memasak, blended chilies siap dengan bawang, bahan tumis sayur siap dikisar (bawang besar, bwg putih dan udang kering) dan begitu juga bahan2 rendang memang siap dikisar dan untuk  masak cili api pun tersedia; nak memasak senang semua da siap; muga tips ini membantu anda yang nak memasak untuk keluarga kalau anda bekerja..

kadang2 bila i dengar rungutan mereka yang bekerja penat dan tak larat masak untuk keluarga, i senyum aje; kalau i bole kenapa mereka tidak; its the matter how u manage ur time, kesungguhan dan keinginan..
unless you are so busy dan tak dapat dielakkan tidak mengapa tetapi takkan juga tidak ada masa langsung untuk siapkan makanan keluarga walaupun satu lauk kan...

ikatlah perut suami dengan masakan anda..juga pikatlah hati dan kasih sayang suami dan anak2 dengan masakan anda..dan pastikan kalau berpeluang makan bersama2 ahli keluarga anda...

tambahlah resipi ini dalam menu hidup anda sekeluarga;

bila keluarga kita gembira  kehidupan kita bahagia maka minda kita lebih terbuka dan kita dapat mencari rezeki membantu keluarga dengan berkat yang berganda-ganda...

Luangkan Masamu Bersama Anak-anak

bila dah sampai ke penghujung tahun ramai yang ambil cuti; samada kena abiskan cuti atau memang nak gi bercuti; especially to those parents yang anak2 bercuti sekolah maka this is the time for them to spend their time with their kids; whether or not you go for holidays or just spending your cuti at home with the kids da memadai, as long as "be together"..anyway, kalaupun "be together" tapi takde quality time with your anak2 pun takde maknanya juga..apa2pun yang penting the parents are with kids and the kids luv that moment...

bagi yang ada lebih bajet bole bawak anak2 berjalan2 ke tempat percutian atau ke luar daerah daripada tempat tinggal..tukar angin..anak2 kekadang perlukan suasana baru, kuar dari rumah...walaupun begitu, bagi yang kurang bajet memadai juga kalau dapat kita bawak anak2 jalan dekat2 aje dengan rumah, pergi taman ke, pergi tepi laut ke..bukan bermakna bercuti tu berjalan jauh2...apabila kita temukan anak2 dengan pemandangan baru atau pandangan baru ia membantu anak2 menenangkan fikiran selepas penat belajar di sekolah..they feel more rileks..yang paling penting when we spent our times with them, they will appreciate us more, as their parents. Mereka akan punya rasa  yang the parents meletakkan mereka sebagai "penting"; anak2 sebenarnya memang suka masa2 bersama parents especially to those yang both parents are working, kan;mereka menunggu saat2 the parents nak spend masa dengan mereka..

walaupun biasalah kekadang anak2 ni bila bawa berjalan, banyak perangai tetapi jangan lupa, itu adalah sebahagian daripada cara mereka menarik perhatian ibubapa ...

ada pulak some parents suka bercuti dengan membawa anak2 mengunjungi rumah saudara-mara dan bermalam di rumah saudara -mara; em not fancy of that kerana pada pandangan i, that is not the right way of spending time with our kids; no privacy at all; bercuti sepatutnya antara kita dan anak2 kita sahaja; lagipun kita mungkin menyusahkan saudara-mara kita secara tidak langsung..walaupun tujuannya baik, membolehkan anak2 lebih dekat mengenali saudara mara, still for me, itu tidak bermaksud "bercuti" dengan anak2..

sebagai working parents; janganlah kita sebagai parents rasa ralat nak ambil cuti untuk habiskan dan luangkan masa bersama anak2..inilah masanya kita dapat merapatkan kasih sayang ngan anak2, melayani mereka dan kerenah mereka ; membina hubungan kekeluargaan yang lebih teguh..memang keperluan bekerja juga penting sebab dengan pendapatan yang ada kita dapat bina keluarga yang stabil; namun itu bukan satu elemen yang semata2nya penting; keperluan bekerja dan membina keluarga yang stabil adalah berkaitan antara satu sama lain dan saling menyokong antara satu lain;

keluarga yang stabil dan kerjaya yang stabil adalah keperluan kepada kehidupan yang harmoni..that for sure!mari kita renung2kan bersama...tak guna kita  keluar bekerja dan dapat gaji yang mewah tapi anak2 misalnya tidak dijaga dengan baik; tanggungjawab ibubapa bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal anak2 malahan kehendak rohani mereka juga perlu diisi dan disemai serta dibaja-perasaan dan keinginan mereka..mendekati anak2 memberikan kita peluang mengenali hati nurani mereka dan mereka juga akan dapat mengenali kita sedalamnya..anyway i alwayz believe tat,  memperuntukkan masa yang sewajarnya dengan anak2 adalah lebih bernilai daripada taburan wang ringgit;

kita sama-sama seimbangkan segala keperluan dan kehendak hidup mereka dan kita juga,
bila anak2 ceria, mereka lebih bersemangat menempuhi hidup dan memenuhi kehendak kehidupan;
dan kita pun lebih bahagia!

Wednesday, December 7, 2011

forever be a dream!

alwaz dreaming of spending time together, just both of us..to a place (mane????) ntah..

when highlight this to hubby, the first q is...how about anak2..so mood yang nak bercanda berdua automatik jadi merudum dan layu...

dah si ayah susah nak tinggalkan anak2 tanpa isteri..

tapi willing to tinggalkan anak2 ngan isteri...(especially untuk go obersea sebab golfing dia!!!!)

tak adil tak adil..isteri pun nak berseronok berdua  berjalan dengan hubby, tapi bukanlah bermakna si isteri tak kesah kan anak2..

camne ek..my dream will forever be a dream lah nampaknya...

He is yet to change!

em sad and dissapointed with nafis...if before this he has problem to go to school, well.. this time he encounter about a similar case, where he refused to attend a simple class during school holidays..

i have planned to send him for a taafiz class organised by the surau committee at our taman..
nashwa is willing to go, in fact so happy when she was give such opportunity to attend the class..

however, nafis is yet to change..masih bersikap negatif..after a year not going to school and mix with others, dia masih bersikap yang sama..mula2 akan bersikap proaktif but when it comes to the time he supposed  to go suddenly every thing goes down dan menjadi pasif

i feel so worried about him.. i am not sure of wat kind of trauma yang masih mengganggu dia..actually i dah banyak kali berikhtiar..bawa berubat sana sini, in fact the councellor from his school pun da sampai datang rumah, talking to him..but it seems the time is yet to come, he still behave like that...

few times i sent my doa di Mekah, in front of Kaabah- kirim kat few friends and sedara mara yang pergi ke sana tapi until now Allah masih belum mengkabulkan my doa;

i will not surrender...dan akan terus dan terus berusaha memulihkan semangat dan keyakinan diri nafis, agar menjadi seperti sediakala...doa dan harapan yang tak akan putus..

Tuesday, December 6, 2011

Good news from the BOD meeting

finally the Board Meeting for this year is over..with a good news for us; bonus of 1 month..huhu i luv it...tunggu pihak kewangan bank in aje dalam akaun; expected to receive it within this week...(dengar2 lah)

alhamdulillah rezeki utk semua kami di sini; bolehlah menampung belanja persekolahan anak-anak..
sambil allocate sikit sana sini;

the Meeting has going on smoothly; supposed to start at 11 am however in view that our CM is alwayz busy n has so many things to handle, it started a bit late around 12.45 pm;

tapi takpe..yang penting the approval for the bonus tu..

and for the year of 2011, our pressure for the Board Meeting is over...

Sunday, December 4, 2011

Weekend at NSGCC

as i wrote before  my hubby is a sort of addicted golfer n took part in so may golf tournament like yesterday, Rajah Brooke Golf Tournament di Nilai Springs Golf club..as it was on weekend so joined him to nilai..and stayed one night NSGCC..

before we went to nilai, singgah kampung hubby to attend wedding of his cousin..then rushed to nilai..sampai tol nilai traffic jam pulak sebab on the other lane ada accident..so banyak kereta yang masuk nilai utk elakkan escape from the traffic jam..

anyway managed to reach the club sebelum siren tournament berbunyi..

we just lepak in the hotel room and dalam kul 5 pt i took the kids for swimming sambil makan2..

hubby dapat first runner up; hadiahnya  lagi2 beg golf...

nak tengok tahun depan berapa banyak lagi tournament dia join; kekadang i da give up nak bising; masuk telinga kanan kuarr telinga kiri;

tapi kalau dia menang dan dapat hadiah menarik i suke jugak, tapi suka sikit je..hahaha

Ombak Rindu

yesterday night we went out to watch movie at MBO Melaka mall..citer aper..Ombak Rindu...i tiba2 teragak nak tengok this movie so masa lunch time semalam, sanggup bersusah payah gi beli tiket...mula2 cadang nak tengok ngan kakak dan yg berempat tengok citer lain tapi tak ade show or movie lain yg sama waktu, so called  hubby and force him to join me for the show (he is not a fan of malay movie)

kami tengok show pkl 10 mlm; masa yang selamat yg i pilih sebab hari jumaat kekadang highway jam; waktu biasa dia sampai rumah dlm kul 8 mlm so i just reserved the ample time for him takut2 kalau dia lewat nanti...

bertolak dari rumah dlm kul 9.30 mlm...

mula2 tu bnyak adengan atas katil antara hariz dan izzah (3 scene kot), hubby da bisik2 bising..tak elok bebdk tengoklah mcm2..tapi alah ringan aje..in fact they closed their eyes bila tiba bab tu...i pun mane tahu ada adegan2 tu..bukan i ni director kan

overall for me ianya citer yg besh dan syahdu, mengusik hati...
si kecik sebelah i sampai bertakung airmata walhal  baru 5 tahun...

aaron aziz, maya dan lisa have successfully played their roles; superb...

i love it so much; nak tengok lagi sekali tapi via cd aje...takkan nak tengok kat cinema lagi...nak kena bammmmmbuuu...

yang nak tengok citer ni..gi lah tengok..especially yg dalam hati ada taman tu, selain menyokong filem tempatan utk yg da berumur  macam i ni, boleh mengenang kisah2 syahdu dulu2...