bila dah sampai ke penghujung tahun ramai yang ambil cuti; samada kena abiskan cuti atau memang nak gi bercuti; especially to those parents yang anak2 bercuti sekolah maka this is the time for them to spend their time with their kids; whether or not you go for holidays or just spending your cuti at home with the kids da memadai, as long as "be together"..anyway, kalaupun "be together" tapi takde quality time with your anak2 pun takde maknanya juga..apa2pun yang penting the parents are with kids and the kids luv that moment...
bagi yang ada lebih bajet bole bawak anak2 berjalan2 ke tempat percutian atau ke luar daerah daripada tempat tinggal..tukar angin..anak2 kekadang perlukan suasana baru, kuar dari rumah...walaupun begitu, bagi yang kurang bajet memadai juga kalau dapat kita bawak anak2 jalan dekat2 aje dengan rumah, pergi taman ke, pergi tepi laut ke..bukan bermakna bercuti tu berjalan jauh2...apabila kita temukan anak2 dengan pemandangan baru atau pandangan baru ia membantu anak2 menenangkan fikiran selepas penat belajar di sekolah..they feel more rileks..yang paling penting when we spent our times with them, they will appreciate us more, as their parents. Mereka akan punya rasa yang the parents meletakkan mereka sebagai "penting"; anak2 sebenarnya memang suka masa2 bersama parents especially to those yang both parents are working, kan;mereka menunggu saat2 the parents nak spend masa dengan mereka..
walaupun biasalah kekadang anak2 ni bila bawa berjalan, banyak perangai tetapi jangan lupa, itu adalah sebahagian daripada cara mereka menarik perhatian ibubapa ...
ada pulak some parents suka bercuti dengan membawa anak2 mengunjungi rumah saudara-mara dan bermalam di rumah saudara -mara; em not fancy of that kerana pada pandangan i, that is not the right way of spending time with our kids; no privacy at all; bercuti sepatutnya antara kita dan anak2 kita sahaja; lagipun kita mungkin menyusahkan saudara-mara kita secara tidak langsung..walaupun tujuannya baik, membolehkan anak2 lebih dekat mengenali saudara mara, still for me, itu tidak bermaksud "bercuti" dengan anak2..
sebagai working parents; janganlah kita sebagai parents rasa ralat nak ambil cuti untuk habiskan dan luangkan masa bersama anak2..inilah masanya kita dapat merapatkan kasih sayang ngan anak2, melayani mereka dan kerenah mereka ; membina hubungan kekeluargaan yang lebih teguh..memang keperluan bekerja juga penting sebab dengan pendapatan yang ada kita dapat bina keluarga yang stabil; namun itu bukan satu elemen yang semata2nya penting; keperluan bekerja dan membina keluarga yang stabil adalah berkaitan antara satu sama lain dan saling menyokong antara satu lain;
keluarga yang stabil dan kerjaya yang stabil adalah keperluan kepada kehidupan yang harmoni..that for sure!mari kita renung2kan bersama...tak guna kita keluar bekerja dan dapat gaji yang mewah tapi anak2 misalnya tidak dijaga dengan baik; tanggungjawab ibubapa bukan sahaja memenuhi keperluan fizikal anak2 malahan kehendak rohani mereka juga perlu diisi dan disemai serta dibaja-perasaan dan keinginan mereka..mendekati anak2 memberikan kita peluang mengenali hati nurani mereka dan mereka juga akan dapat mengenali kita sedalamnya..anyway i alwayz believe tat, memperuntukkan masa yang sewajarnya dengan anak2 adalah lebih bernilai daripada taburan wang ringgit;
kita sama-sama seimbangkan segala keperluan dan kehendak hidup mereka dan kita juga,
bila anak2 ceria, mereka lebih bersemangat menempuhi hidup dan memenuhi kehendak kehidupan;
dan kita pun lebih bahagia!
No comments:
Post a Comment