walaupun tanggungjawab mencari rezeki dan nafkah keluarga adalah terletak atas beban dan bahu suami tetapi bagi niat membaiki kehidupan dan meringankan beban suami maka itulah sebab kenapa si isteri pun kuar bekerja...
walaupun si isteri itu kuar bekerja tetapi janganlah pulak menjadikan itu sebagai alasan untuk melarikan diri untuk jalankan tanggung jawab di rumah; kepada suami dan anak2..iya, betul mengikut islam segala kerja di rumah adalah merupakan tanggungjawab suami dan suami tidak boleh memaksa isteri melakukan kerja rumah; tetapi dalam hal ini masing2 fikirlah sendiri...
kita bercakap secara adat dan kebiasaan, di rumah tugas isteri adalah membantu suami menjalankan kerja2 memasak, membasuh, mengemas dan menjaga& mendidik anak2..walaupun si isteri bekerja, berpakatlah untuk membuat pembahagian tugas di antara suami dan isteri...bukan rugi apa pun- sebaliknya kalau untuk keharmoniaan keluarga tak payahlah nak berkira sangat..
ramai isteri yang bekerja membuat alasan penat bekerja di luar rumah dan menggunakan dalih itu untuk tidak membuat tugas di rumah contoh memasak ..especially yang ada anak2...lebih suka beli di luar..kena pulak anak2 suka makan..kalau gaji besar, tak jadi hal kalau sebaliknya..ada yang sanggup tunggu suami balik untuk uruskan makan minum di rumah; ada pulak yang tinggal berdekatan ibubapa atau ahli keluarga terdekat, hah gi makan rumah mereka2 tu ajelah..itu antara pengalaman2 yang i tengok dan dengar di persekitaran tempat kerja, baik tempat kerja lama atau yang sekarang
bukan nak kata i bagus, cuma berkongsi pengalaman..dari mula kawin sampai sekarang, walaupun i bekerja i accepted the duties of preparing foods or meals for family is forever mine..masa baru2 kawin pun i da mula memasak untuk suami, bila dah ada anak pun i masak sebab pada i bila i masak, i dapat tentukan makanan yang berkhasiat untuk anak yang mula mengenal makanan..i never stop preparing foods for suami dan anak2..menjadikan anak2 semua pemakan..i tak pandai masak resipi yang canggih manggih tetapi insya'Allah apa yang masak so far menjadi kesukaan dan sebutan suami dan anak2..i luv it when hubby "order" nak makan apa misalnya hubby akan kata "esok ayah nak mama masak xxx yang sedap tu"... anak2 akan minta itu dan ini..kekadang simple aje tetapi yang penting masakan di rumah, kita boleh tentukan khasiatnya..dan tengok suami dan anak2 tambah nasi sebab lauk yang kena dengan selera mereka, walaupun yang kita masak hanya cekodok kosong tapi boleh buat buat mereka sendawa dan kenyang, kita rasa bahagia..
itu tak bermakna kami ni x pegi makan di luar...selera pun kena bertukar especially si tukang masak ni, nak juga rasa orang lain masakkan..weekend night selalunya masa kami makan di luar..
air tangan ibu selalu ada berkatnya..masa semua anak2 i kecil dan da masuk darjah satu baru i kurang menyuap mereka makan; selalunya semasa hari bekerja i siap menyediakan makan malam dalam pukul 6.30 ptg (so lucky sebab ofis semua dekat dengan rumah) dan terus suapkan anak2 makan especially yang kecil2..kalau sepanjang masa suapkan mereka susah juga, takut mereka tak reti makan sendiri..alhamdulillah itulah amalan i sejak anak 1 sampai anak dah empat dan ia masih lagi kekal begitu hingga sekarang..
its not only foods for dinner, breakfast pun i sediakan sebelum gi kerja; kalau weekend i akan masak special sikitlah..bergantung kepada keadaan..and the duty never stop and i luv doing it for the sake of my family..aper yang menjadikan kerja memasak i mudah adalah i pastikan masa hari tidak bekerja i akan sediakan bahan2 memasak, blended chilies siap dengan bawang, bahan tumis sayur siap dikisar (bawang besar, bwg putih dan udang kering) dan begitu juga bahan2 rendang memang siap dikisar dan untuk masak cili api pun tersedia; nak memasak senang semua da siap; muga tips ini membantu anda yang nak memasak untuk keluarga kalau anda bekerja..
kadang2 bila i dengar rungutan mereka yang bekerja penat dan tak larat masak untuk keluarga, i senyum aje; kalau i bole kenapa mereka tidak; its the matter how u manage ur time, kesungguhan dan keinginan..
unless you are so busy dan tak dapat dielakkan tidak mengapa tetapi takkan juga tidak ada masa langsung untuk siapkan makanan keluarga walaupun satu lauk kan...
ikatlah perut suami dengan masakan anda..juga pikatlah hati dan kasih sayang suami dan anak2 dengan masakan anda..dan pastikan kalau berpeluang makan bersama2 ahli keluarga anda...
tambahlah resipi ini dalam menu hidup anda sekeluarga;
bila keluarga kita gembira kehidupan kita bahagia maka minda kita lebih terbuka dan kita dapat mencari rezeki membantu keluarga dengan berkat yang berganda-ganda...
2 comments:
:-)
nak seribu daya
xnak 1000 dalih
masak spesel hanya di hari cuti
hari biasa masak biasa2 je
so far xde sapa dalam rumah tu komplen
irfa;betul3;
Post a Comment