Thursday, December 15, 2011

Persiapan Sekolah

Penggal sekolah kali ini akan berakhir pada 2hb Januari...anak2 akan memulakan persekolahan mereka semula pada 3 Januari 2012...

sama seperti parents yang lain me and hubby kena siapkan persiapan sekolah untuk anak2..nampak gaya semua baru; kasut da tentu2 semua tak muat apatah lagi kaki anak2 ni bak kate orang melaka pun "menjongkah" panjang..bayangkan kasut nashwa yang masuk darjah 5 da saiz 5 di Bata (mama saiz 6) so entah2 belum sempat tahun depan saiz kaki dia da sama dengan saiz kaki mama...uniform pun semua dapat baru cuma jumlah terhad, tahun lepas punya yang mana masih elok kena guna balik...membazir pulak kalau beli banyak2 ..yang penting semua dapat uniform baru walaupun sepasang...

so far semua da beres...cuma si mama ni lupa nak beli setokin aje..tak pe hal kecik...yang pending kain sekolah, tudung dan vest untuk nashwa; sebab hari tu da takde stok kain dan vest so malam esok kena gi cepat2 rembat sebelum habis lagi..

buku2 tulis hanya boleh dibeli minggu depan..jadi next week mama akan gi kedai buku sekolah untuk beli..nak beli masa buka sekolah nanti pun boleh tapi i jenis suka siapkan semuanya awal.. sebab ramai juga parents yang suka beli last minute nanti beratur panjang pulak kat kedai buku tu..

untuk si kecik, semalam da siap daftar tadika baru dan next week bayar yuran baru dapat uniform..pun barang2 dia da siap beli kecuali kasut sebab  sebelum ni i tak sure tadika baru pakai kasut ape..semalam da diberitahu that she can wear any shoes so senang nak mencari..
kakak sebab ni last year di sekolah menengah mintak special request..semua nak brand converse; dah pun dapat aper yang nak..jangan lupa janji sudah lah ye..

nafis pun; mudah2an kembali bersekolah seperti biasa..semangat baru azam baru minda baru yang lebih positif...

yelah kan, persiapan sekolah  ni sama macam persiapan raya gamaknya...selagi tak buka sekolah ada aje yang tak cukup..anak2 pulak macam2 demand..taste pun macam2..selagi mama dan ayah ni mampu penuhi insya'Allah boleh dipertimbangkan..yang penting belajar rajin2...

2 comments:

Irfa said...

bagus la ppmm ni semua dah setel ye.anak no 2 je yang dah setel..no 1 lom lagi..just top up apa yg kurang je..dah drjh 5 pun

pot pet ma ma said...

irfa; sy mengambil pengalaman sebelum ni; g cari last minute byk saiz da abis..