Tuesday, March 20, 2012

Citer berat badanku

wat is ur weight? rahsia?oh tidak..
buat aperlah nak sorok2 pasal berat badan ni..wokay berat i adalah  68kg...ader  gemuk; iya..i nampak gemuk walaupun masih tak berapa gemuk..hahaha...aderke i kesah dengan berat badan i..iya sikit2 aje, takle serius sangat sampai kena fikir nak kuruskan badan macam nak rak..

sebelum i kawin i tergolong dalam kumpulan manusia kurus kering sebab waktu berkahwin dan berusia 25 tahun waktu itu, berat i cuma 39 kg; anda percaya??..memang ader yang tak caya sebab x der bukti..ok nanti i scan gambar waktu tu dan postkan di sini..

selepas mendapat anak kedua, berat i adalah pada paras maintain antara 48-50 kg; dapat anak nombor 3 selepas tujuh tahun berkahwin berat i pun sekitar 50-52 kg sahaja sehinggalah i mengambil dua suntikan merancang kehamilan pada tahun 2004  maka berat badan i mula mencanak2 naik hingga 60kg kemungkinan perubahan hormon kerana suntikan tersebut..bila berat naik mendadak, i hentikan pengambilan suntikan tersebut, then lepas pregnant ke 4 tahun 2006 berat i dalam sekitar 62 kg dan agak maintain

mula2 i pindah melaka berat i dalam lingkungan 62-64 kg je dan lepas setahun setengah kat sini, berat i dah naik sampai 68 kg; kekonon kalau dah penat menguruskan anak2 sensorang, selain bekerja akan turunle berat i ni tapi tak jugak, makin penat makin selera bertambah; lagipun i masak setiap hari so makan pun laju aje kerana masak ikut selera sendiri..kang kalu tak masak, anak2 nak makan apa, kalau dah masak tak makan, apa pulak ghupenya ye..hahaha

ada hati nak turunkan berat tapi macam tak berapa nak sungguh2..well yang sedapnya hubby kata i ni bukan gemuk cuma berisi (hehe takutle kot nak kata bini dia gemuk) especially di bahagian perut ni yang susah nak kempis (ada punca sebab musabab jadi gitu)..kekadang dia suruh i  makan malam awal sikit, nak kata i dinner lambat, ntahlah sebab selalunya sebelum kul 8,  i da suapkan anak yang kecil makan, masa tu juga suapkan ke mulut sendiri..kalau nak makan awal pulak, dalam kul 7 kekadang baru siap masak;abih camne

apabila melihat orang lain bersakan2 menguruskan badan dengan berdiet dan sebagainya, yes its a good motivation but for me, pelan2 lah ye...ada rezeki nak kuruskan badan dan sampai waktunya nanti hah selim melim lah mak ni...takderlah i nak memikirkan pasal nak kuruskan badan sampai sengal kepala; banyak lagi keja lain nak buat, kan...

rancangan rombongan cik kiah ke langkawi

our biro wanita is planning for a trip to langkawi on april 14 to 15..which means three weeks from now..em one of the committee member..so pagi ni ada perjumpaan kecil untuk bincangkan hal ehwal yang bersangkutan dengan lawatan tersebut..

memo kepada ceo da disediakan and i just bantu edit here and there untuk memastikan proposal itu diterima khususnya bab bajet tu lah..semestinya yang terpenting so that nanti, para cik kiah cuma akan bawak duit sopping ajelah.yang lain ditanggung beerrrehhh

hotel yang i suggest pun nampak reasonable harganya.....those person  in charge for hotel reservation will proceed for booking; urusan transport pun dah ok...cuma la ni nak tunggu approval aje!

excited sungguh lah cik kiah kat sini nak berjimba di langkawi, maklumlah yang pergi tu 95% cik kiah2 dan ada terselit 5 hero (atas ikhsan) ..i ni pun 50-50 lagi..nak gi atau tak; tapi dah booked the dates dengan hubby cuma bimbangkan anak2..tengok nanti camne wahyu yang datang..

i hint kat mereka, i may be joined  or may be not ;so ader yang da bising "eh mana boleh orang kuat tak gi" ..ermmm...

Monday, March 19, 2012

back to normal routine

selepas seminggu meninggalkan ofis, hari ni memulakan rutin hidup yang biasa;kerja kerja kerja..boleh tahan juga surat masuk, alhamdulilah dapat disiapkan 90%; sehingga pukul 5 petang tadi;buat memo, minitkan surat,buat call dsbnya..
da seminggu meninggalkan rutin mesyuarat so hari ni ada mesyuarat dalam kul 10.30 pagi;

dalam kul 12 lebih gitu kena buka sebut harga pulak..

then gi lunch dan ambil nafis dari sekolah; sepatutnya ada mesyarat lain pukul 3 ptg tapi tak sedar jam da pukul 3.15 ptg, lelama i x pegi pun mesyuarat tersebut;

petang lepas ambil bebudak 2 orang, masak dinner yang sempoi; goreng ikan dan hati; panaskan leftover rendang; everything siap untuk makan...

naik atas lipat kain susun baju, mandi...turun bawah dan suapkan si kecik makan..dan terus makan malam sekali; naik atas lepak2..tengok budak2 buat homework dan sekarang....kejaan inilah..

rasa letih dan jap lagi dalam kul 9.30 malam akan berhenti untuk merehatkan diri hingga pukul 5.30 pagi esok untuk memulakan kembali pusingan dan kitaran rutin harian...

Sunday, March 18, 2012

Bkt Gambang Resort City-Part 2

selepas check out dan sebelum meninggalkan Bkt Gambang, i menemani hubby n the kids ke Arena, tempat outdoor aktiviti..sebab kami dapat 4 free tiket utk ATV Fun ride so kenalah gunakan, kalau tak rugi..only those above 16 years old dibenarkan ride the ATV..and hubby did the first try ..when he confirmed that its not  difficult to handle the ride so he asked the person in charge to allow nafis to try; lucky that guy agreed especially tengok ketinggian nafis yang lebih tinggi daripada budak 17 tahun tu..



waiting for their turns
briefing dulu

lady's rider;did one round only sebab takut
mula2 takut bila da seronok, susah nak berhenti
she was really the heroin; sebab tak dibenarkan ride the ATV so tak puashati, nak buat aktiviti lain..yang ada sky trail; utk 4 sesi dapat habiskan dalam 15 minit ; for a first try i think she is superb
orang yang paling tak puashati, no activity for her;


hubby and the two then  buat aktiviti  paintball target  shooting tapi takder gambarle pulak; masa tu i sibuk record video nashwa buat sky trail...

"Santai"@ Tanjung lumpur, Kuantan

on our second night, we had dinner at tanjung lumpur di Restoran Santai with my fren Ina and her family..it has a nice deco and "nice price" too..the foods was ok especially the ayam pandan and siakap tiga rasa..






di luar, banyak bonsai..nice landscape tooo
tomyam campur

siakap tiga rasa dan ayam pandan

kangkung goreng berlada dan ikan pari bakar

selesai sudahhhh

Meet up an old fren

semasa bercuti di bkt gambang kuantan, i berkesempatan berjumpa my old fren masa belajar di Uitm dulu, Ina..she lives there; Ina ni orang batu gajah perak berkahwin dengan orang miri dan ada 4 anak..
she's not my course mate tapi satu kolej kediaman dengan i; tak penah sebilik tapi selalu sama floor..quite closed dengan dia; dulu dia buat course AD..we shared a lot of stories, masa tu kami ni dalam group pakwe jauh haha..jadi hujung minggu selalunya tinggal kami aje..selalu makan sesama; teringat dulu ina selalu bawak petai bakar ke petai rebus kalau balik dari kampung..kekadang dapat makan rendang tok;bebudak AD dulu sibuk, banyak projek; kekadang masuk bilik dia baju berlambak tak berlipat, i tolong lipatkan;
ina sekarang guru di beserah (kot?) macam biasa kalau berjumpa dia ina, chit chat x abis sampai anak2 bising..hubby lak memang da biasa ngan suami ina, Awi jadi memasing bercerita pun tak habis..

kami berjumpa di Restoran Santai; makan2 dan bersembang di sini; dari pukul 9.45 mlm sampai dekat kul 12 tengah malam maklumlah da lame tak jumpe



masing2 da bertukar shape; terutama yang baju krim tu!!





Penat letih tapi gembira!

Penat letih tapi gembira...

yes, em really tired...manakan tidak..selepas penat berkursus selama tiga hari, bersambung pula dengan pergi bercuti for another three days..i was on PMS the day before we left for our holidays so mood pun kurang..pepagi sebelum bertolak, i masak rendang, sambal ikan bilis, goreng ayam dan masak nasi..macam biasa kalau nak g bercuti i memang akan siapkan bekal...

sampai di destinasi, selepas check in, uruskan makan minum hubby dan anak2  then bertolak ke kemaman; i ni kalau da sampai ke kuantan mesti nak cari masa ke sana untuk makan sata; walaupun kuciwa dengan kualiti sata idaman tapi at least sampai sudah hajat hati ni..

melayan anak2 sewaktu bercuti memang mencabar; kesabaran terutamanya..amat teruji sekali!!!4 orang dengan 4 ragam..kejap bergaduh, ketawa, macam2 permintaan itu dan ini; semuanya kena dihadap, suka atau tak, marah atau geram; lucky berlakikan hubby yang lebih fleksibel, sporting and understanding menghadap ragam budak berempat tu; dia  lebih rajin melayan while me lebih memastikan keperluan dan kebajikan bercuti terjaga...

perjalanan pulang alhamdulillah selamat..walaupun dua kali tersasar laluan; waktu balik  kami tak ikut highway sebaliknya ikut jalan kuantan-segamat dan masuk ke simpang bahau-seremban..kemudian masuk palong timur, sampai simpang nak ke gemencheh, tersasar laluan ke gemas, nasib baik driver aka hubby mood tak merudum sebab salah jalan tapi his positif respon menceriakan our trip tu..dia kata,takpe  walaupun salah jalan akhirnya kami sampai jugak ke gemas, sebelum ni tak pernah sampai ke situ..at least kalau orang tanya pernah sampai gemas kami boleh menjawab; kemudian salah masuk simpang jalan lagi,sepatutnya kami masuk ikut jalan gemencheh-tebong-machap baru tapi salah masuk simpang lain ke ayer kuning, batang melaka..well, sekali lagi kata hubby takper, at least kita orang melaka da sampai pekan batang melaka..sebenarnya laluan tu tembus juga ke jalan biasa yang kami lalu kalau ikut jalan lama ni;menjadikan perjalanan sepatutnya dalam 3 jam terlebih sejam; takpe pengalaman memandu dengan anak2 beri kesempatan mereka sampai ke tempat2 yang tak pernah sampai dan membolehkan kami memperkenalkan tempat2 tu pada mereka sambil rileks2..

dan seperti biasa, lepas balik berjalan atau bercuti, si ibu lah lebih penat...nak cuci baju, lipat baju, kemaskan barang2 ..tapi takpe, i anggap itu tugas biasa; yang penting anak2 gembira kerana dapat menikmati masa bersama2 walaupun penuh ragam, kami cuba memenuhi apa yang mereka inginkan..hope they will appreciate wat we did for them, salah satu tanda kasih sayang kami ibubapa yang bekerja, yang punya masa terhad tetapi tetap memperuntukkan masa untuk anak2..

dan juga sebab hubby da penat dan letih memandu dan membawa kami ke destinasi bercuti, maka hari ni bagi peluang dia main golf, ada tournament lagi; muga berjaya dalam tournament too; tq hubby sayang....sabar betul dengan ragam anak2 dan isteri walaupun ada sikit2 bising tu biasalah, kan..