Friday, January 4, 2013

Salam Tahun 2013

Tahun 2013 da empat hari bertandang..meninggalkan tahun 2012 dengan berbagai cerita untuk kita untuk semua..ada manis pahit payau...cam2 ler kan, lain orang lain pengalamannya..

maap ler ye, baru ni nak sempat memberi ucapan...

as for me, penghujung tahun 2012 memberi kemanisan..kami berpindah masuk ke rumah baru

dan kerana kesibukan menguruskan memacam perkara pasal rumah tu (renovation etc) maka bersawang2 ler blog ni ditinggalkan oleh puan empunya  ye...

kakak pun da abis exam..nafis kembali ke sekolah (walau ada citer sensasi di awal tahun) nashwa alhamdulillah dapat 8a utk upkk dan akan amik upsr tahun ni..adik da masuk drj 1 dgn penuh gembira dan eksen ya amat...

dan...banyak rezeki yang Allah limpahi pada kami sekeluarga tahun lepas- syukur alhamdulillah dan untuk memanjat  kesuyukaran itu, dengan izinNya me n hubby telah mengadakan majlis kesyukuran doa selamat pada 29 disember  2012 yg lepas dan dihadiri kaum keluarga kedua belah pihak, kawan2 dan jiran tetangga yg baru dan lama..

kalau sempat mak citer nanti

unttuk tahun ini my doa dan harapan agar Allah memberikan kami sekeluarga kesihatan yang baik, keharmonian hidup dunia dan akhirat, kejayaan anak2 dalam pelajaran mereka, dilimpahi rezeki yang lebih, melindungi kami daripada perkara2 yang tak elok dan merahmati kami sekeluarga, amin

nak citer panjang, kekangan masa tak mengizinkan

 hope to have more times for blogging

salam tahun baru untuk semua

muga2 kita sama2 dirahmatiNya

Monday, November 5, 2012

Good luck for SPM,Kakak

Hari ini bermulalah peperiksaan SPM....dan kakak  adalah salah seorang antara calon SPM;

yang amik peksa anak, yang dok berdebar..emaknye..

untuk kakak. mama doakan agar kakak dipermudahkan Allah sewaktu menjawab periksa, ditenangkan fikiran dan mudah2an kakak dapat menjawab dengan tenang dan sempurna

di waktu ini kakak sedang menjawab kertas BM 1...walaupun paper, BM mudah2an dapat menjawab dengan baik jugak.

mama dan ayah sentiasa menyokong kakak..today the Ayah sampai amik cuti..nak tunggu anaknya untuk first day..anak sulung, anak harapan dan contoh untuk adik2..






Friday, October 19, 2012

Haluuu

entry ke dua bulan oktober...haha..disebabkan ape, ntah..not to say that i am lazy ke haper, may be mood berblogging yang kurang disebabkan kesibukan minda..mana kan tak ..dengan kerja renovate rumah sedang berjalan, dengan anak yang nak peksa, dengan keja ofis yang melambak, dengan kerja rumah yang tidak bole tidak untuk dibiarkan-semua nak kena fikir

namun alhamdulillah still can manage all those things...dengan izinNya

renovation in progress almost 50% works done; hishh tak sabar mak, excited sungguh bab-bab rumah ni..tapi tulah, weekend jer dapat shopping & merayau cari material sebab kebanyakan material kami memang nak cari sendiri; dengan hubby yang jauh, kekangan masa tak dapat dilawan;

terkejar2 bila weekend, dengan urusan anak2 nak ke tuisyenlah, jengah PIL sebagai rutin, memang rasa penat tapi ada hikmahnya

ermmm..nak upload gambar progres rumah  masihla x dapat2...henpon prob..nak beli yang canggih manggih tunggulah bile urusan rumah ni selesai.

nasib baik hari ni duty kat UTC so masa banyak extra..bole buat entry sikit

mudah2an lepas ni semangat berblogging i akan kembali seperti biasa








Monday, October 1, 2012

Reno. works started

hujung minggu yang sibuk,

alhamdulillah Allah telah mempermudahkan segala urusan yang berkenaan dengan rumah

house reno da start (tapi lupa nak snap gambar); semalam kerja-kerja buat foundation untuk the renovated area da bermula, teruja sangat ..nampak gaya jangkaan sebulan utk reno work tu mungkin akan lagi cepat siapnya...this weekend da kena cari tiles ler pulak

grill dan tinted da bayar pun deposit dan akan dipasang next week

whereas kerja wiring dan upgrading to three-phase akan mula esok

kitchen cabinet pun i da dapat design dan harga cuma tunggu siap table-top baru dapat the final price; at least i have standby the budget

and semalam juga kontraktor plaster ceiling dtg buat ukuran

letih betulke sana ke mari



tapi dalam sibuk2 pun ada orang sempat dengan refreshment dia -golfinglah aper lagi



Wednesday, September 26, 2012

The reasons y...

dah lama tidak berblogging..naper yer

kesibukan adalah perkara biasa dan ia adalah sebahagian rutin harian..

sebenarnya rasa ralat tidak mengupdate blog ini tetapi my mind sekarang ni tak berapa stable; bukan aper banyak hal yang ada dalam fikiran,

yang penting sekali buat i jadi tak berapa tenteram bila mengenangkan kakak yang nak ambil exam, risau betul whether she has well prepared or not; jangan nanti mak masuk u, ayah masuk u anak tercicir; berbagai bantuan dan kemudahan da kami sediakan termasuk home-tutor ; mudah2an menjanjikan dan meberikan sesuatu yang baik walaupun tidak yang terbaik; please kakak...do something; its for your own future...

selainnya..as we got the house keys from the developer makanya sudah pasti fikiran ini sedang berkecamuk memikirkan kerja-kerja pre-masuk rumah baru;

house reno, grill, plaster syiling wiring electrical kitchen cabinet etc etc...nak angesss..sebab hubby cuma available on weekends and everything cuma can resolve on weekends..nak amsuk rumah cadangnya end November..just imagine wat a short time we had..

ditambah dengan kerja ofis yang tak tentu..kejap urgent kejap itu ini....

muga Alllah mempermudahkan urusan ku yang tak habis2 ni

Saturday, September 8, 2012

Raya Pertama

Raya da masuk pertengahan, i baru nak citer pasal raya, even tho da ketinggalan disebabkan malas tahap gaban dan mood merudum juga disebabkan PC @opis kena virus, maka bukan aje bersawang blog ni kot ntha rumput semak samun pun menjalar2..kalau ada yg kate basi, pun basilah..hehe

Kita mulakan citer raya tahun ni ni dengan giliran raya kat maner yer..well tahun ni adalah giliran beraya hari pertama di rumah mertuaku..di hari mantai kami laki bini gigih mencari daging dan tulang-mulang dan gear box utk di masak di rumah mertuaku itu, yelah nak makan sedap kena cari dan beli sendiri, takkan nak suruh mertua beli dan sediakan pulak, nak makan bersama kena ada tanggungjawab; kuar duit utk makan, ape nak kira sangat, nak makan lebih pun tak malu- kekadang i x faham why sampai peoples agak berkira bab makan reramai ..sebenarnya kuar sikit sorang sikit kan muhibbah; takkan kita nak simpul duit tapi tiap2 tahun harapkan ada yg sponsor le tu ni..bab makan nak sedap nak tu ni, tak bagus camtu tau,, eh ni cerita je citer (jgn ada yg terasa lak kan) oops mak melalut ke ni

ok..di hariraya maka inilah gambar i sekeluarga dengan warna temah merah menyala

 
 
nak citer pasal juadah raya memang banyak; ada rendang, kari itik, lontong, ketupat, lemang, sambal kacang, kurma daging..gambau aje takder
 
 
so biasalah lepas baliknya kaum Adam kat situ drp solat Sunat Aidilfitri di masjid, maka sesi amanat pagi raya oleh FIL dan diikuti  salam-menyalam seisi keluarga..this year, kat sini cam biasa ada yg " masuk" ada yang "kuar" keluarga ipar i yg ada bersama di pagi raya dalam 5, 2 di giliran mertua memasing, 2 sampai dalam tengahari..
 
with parents in laws, their anak n menantu
 
 
 
 parents in law with the grandchilds n great grandchilds
 
my youngest cucu, bazil
 
mendengar amanat FIL
 
 
dalam pukul 10 mlm m n family balik rumah..cos the next day nak kena balik rumah my mum; sampai rumah anak2 tido si mama basuh baju ...apa nak bua, da nama pun keja emakkan...