Thursday, January 5, 2012

pasrah & mohon satu keajaiban

i am still on leave..untuk memantau persekolahan anak2 ..the little one starts her day care today walaupun semalam dah start her kindy session...so pagi tadi i gi hantar barangan keperluan like towel, barang2 mandi sikat bedak etc..dia tak nak bawa susu, i bimbang gek takut dia nak susu sebelum tido tengahari, tapi dia beriya2 tak nak sebab malu kot...i ikut je tapi nak kena monitor..may be akan call the teacher tengahari nanti..

selepas balik hantar si kecik, i uruskan kerja kat rumah..basuh porch, bersihkan tempat rabbit, idai kain, siap masak lunch sekali..yang simple aje sebab leftover lauk semlm pun masih ada..

alhamdulillah walaupun agak lewat nafis pegi ke sekolah...ditemani hubby..i do not know wat happen there, in school..ya Allah..bantulah kami dan usaha suami ku..mudah2an nafis kuat semangat dan hatinya..i feel worried jugak, dan cuak tapi pasrah.. pasrah itu menyerah..menyerah pada apa yang diaturkan yang Esa..

muga suatu keajaiban berlaku untuk dia, for his good..dan hari2 yang seterusnya akan menjadi seperti biasa;
i did not ask for more, one miracle will do and enough; for him to be a normal person just like before..may Allah listen to my pray..give me the miracle ya Allah..one, and for all...

Wednesday, January 4, 2012

happy but sad...

its a good and happy day for the three girls in the house
woke up happily and penuh semangat untuk gi sekolah after a long holidays..  especially.....



little girl is always ready tp go to school...

new kindy







however

as expected he has really dissapointed us...

Tuesday, January 3, 2012

Debaran esok

sekolah akan dibuka esok..hari ini mama bekerja, so did hubby...and we already take leave for two days untuk uruskan persekolahan anak2...starts tomorrow..

on the school preparations, alhamdulillah semuanya da siap...semalam petang kami kuar dan cari few things..barangan tambahan.atas permintaan anak2... yang tak cukup2...

me and hubby berdebar2 menunggu esok.."nafis"...ya Allah permudahkan segala urusan anakku itu, berilah dia kekuatan dan ketabahan; akhirilah "siksaan" yang kami hadapi selama ini..

yang tiga lagi tu insya'Allah takder hal...excited...especially si kecik tu hari2 cuba uniform baru...

first day of 2012

we spent our first day of 2012 mostly at home as hubby had joined one golf tournament..so we were lepak at home..i cooked sup tulang and sambal ikan parang for brunchhhh...

lucky he won third place and brought home cash money of rm270.00 and turun sikit temperature i...

as usual kalau kat rumah tu kerja kan pakaian yang tak habis2 basuh, idai dan lipat..

petangnya my  SIL came with her son and grandson..borak2 sampai dekat pukul 6.30 ptg
lepas makan dlm kul 9.30 mlm kuar kejap ke Family Store,  cari susu little girl  yang da nak habis ..then dekat pukul 10.30 mlm,  we went out to Apple Burger sementara tunggu nafis balik  main badminton kul 12 nanti...sesaja ambil angin malam, borak2 dalam sejam..si kecik dah tak tahan mata kami pun balik dan zzzz while hubby tunggu si hero balik

Sunday, January 1, 2012

last dinner for 2011

disebabkan siangnya dah makan beriyani kambing so malamnya nak makan yang ringan2 lah kekonon..khususnya bagi  memenuhi kehendak anak2 yang nak makan fast foods so the parents pun menunaikanlah  hasrat dan hajat mereka, lagipun untuk menutup tirai 2011 tak sampai hati pulak nak menghampakan hajat orang, lagipun 4 lawan 2 maka tentu yang 2 tu akan kalah...

and the last dinner for 2011 was held hereeeeee........



semua dalam kotak tu habis licin kecuali kertas bungkus je yang selamat...


si nade2 ni, mesti nak manja2 makan eskrim ayah suapkan...





Selamat Tahun Baru 2012..

for those who are currently reading my blog, happy new year...thanks for spending ur time with me; even u r the silent reader or be my follower, selamat menempuhi jam pertama 2012..muga kita sama2 dirahmati Allah dapat menyambut tahun baru dengan permulaan yang baik, dan kekal hingga ke penghujungnya..dapat menempuhi perjalanan ke penghujung dengan tabah sabar dan redha..berbagai peristiwa bakal kita lalui dan tempuhi- segalanya seperti yang telah tertulis dan hanya Dia yang mengetahui kerana semuanya atas aturanNya..

marilah kita sama2 memperbaiki apa yang kurang pada tahun sebelum ini dan menambahbaik pada apa yang ada; hijrah itu pengorbanan; kesediaan kita untuk mengubah kepada sesuatu keadaan yang baru yang lebih baik juga adalah ujian dan dugaan yang mungkin memerlukan kita mengorbankan masa tenaga dan wang ringgit..

ketulusan dan keikhlasan kita dalam terus menjalankan tugas kita sebagai anak, ibu, isteri, suami,pekerja, adik abang kakak saudara pada detik masa yang baru akan membawa rahmat selagi kita tidak melanggar tuntutan agama, peradaban dan budaya hidup..sama-samalah kita mengorak langkah untuk kehidupan yang  baik dan sejahtera di dunia dan juga sebagai bekalan di akhirat mengikut landasan yang diredhaiNya....

Saturday, December 31, 2011

finally the SPA was signed!!

alhamdulillah, we officially have purchased a house at Tmn Desa Idaman Durian Tunggal a double storey semi-d today ; signed the SPA at the lawyer's office tengahari tadi...

mudah2 an Allah mempermudahkan semua urusan kami...

tak sabar rasanya nak masuk rumah sendiri semula selepas dua2 rumah dah dijual dan selepas dekat 1 1/2 tahun menjadi penyewa...macam2 da dalam kepala ni nak buat kat rumah baru..excited sesangat, anak2 pun sibuk berangan kan bilik masing2 nak cat tu ini, perabut yang gitu gini...

insya'Allah sekiranya semua berjalan lancar dalam bulan 6 tahun depan kami akan berpindah masuk...