for those who are currently reading my blog, happy new year...thanks for spending ur time with me; even u r the silent reader or be my follower, selamat menempuhi jam pertama 2012..muga kita sama2 dirahmati Allah dapat menyambut tahun baru dengan permulaan yang baik, dan kekal hingga ke penghujungnya..dapat menempuhi perjalanan ke penghujung dengan tabah sabar dan redha..berbagai peristiwa bakal kita lalui dan tempuhi- segalanya seperti yang telah tertulis dan hanya Dia yang mengetahui kerana semuanya atas aturanNya..
marilah kita sama2 memperbaiki apa yang kurang pada tahun sebelum ini dan menambahbaik pada apa yang ada; hijrah itu pengorbanan; kesediaan kita untuk mengubah kepada sesuatu keadaan yang baru yang lebih baik juga adalah ujian dan dugaan yang mungkin memerlukan kita mengorbankan masa tenaga dan wang ringgit..
ketulusan dan keikhlasan kita dalam terus menjalankan tugas kita sebagai anak, ibu, isteri, suami,pekerja, adik abang kakak saudara pada detik masa yang baru akan membawa rahmat selagi kita tidak melanggar tuntutan agama, peradaban dan budaya hidup..sama-samalah kita mengorak langkah untuk kehidupan yang baik dan sejahtera di dunia dan juga sebagai bekalan di akhirat mengikut landasan yang diredhaiNya....
No comments:
Post a Comment