ramai isteri yang bergantung kepada suami untuk melakukan semua tugas2 dan urusan keluarga & anak2
misalnya untuk urusan bayaran bil, perbankan, persekolahan anak, pembelian barang rumah, memandu, waimah kerja2 rumah seperti mengelap aka mengemop rumah menjaga anak memasak semua "dibergantungkan" isteri untuk suami melakukannya;
for some reasons i bersetuju tapi ada juga yang i tak setuju
memang suami adalah ketua keluarga dan decision maker bagi sesebuah keluarga..tetapi kita sebagai isteri tidak patut bergantung sepenuhnya kepada semua untuk melakukan tugas2 yang melibatkan hal keluarga atau tugas kita sebagai isteri diserah pada suami untuk buat
agak manis kalau kita sebagai isteri mampu berdikari sedikit, maknanya jangan semua harapkan suami untuk buat
kalau terlalu bergantung kepada suami untuk selesaikan semua urusan2 keluarga, kita akan jadi terlalu manja tidak pandai berdikari sempit pemikiran ketinggalan dan sebagainya
ia berlaku, bilamana si isteri terlalu bergantung pada suami untuk uruskan urusan keluarga, si isteri tak tahu macamana nak kuarkan duit drp atm atau bank, tak tahu camne cara nak bayar bil, tak tahu proses daftar sekolah anak macamana; i tell you this kind of things berlaku pada isteri2 yang terlalu mengharapkan suami
ada kisah benar yang berlaku bila isteri terlalu bergantung pada suami yang melibatkan urusan bank, isteri tak tahu nombor pin atm sebab semua urusan berkenaan suami yang uruskan, bila tiba2 si suami meninggal menjadi masalah pada isteri sebab nak kuarkan duit uruskan pengkembumian suami tetapi tak tahu nombor pin so kenalah ke bank untuk berurusan tetapi tambah pulak dengan masalah, sampai di bank tak tahu nak buat bagaimana;
walaupun si isteri itu bekerja, dia hanya tahu pergi bekerja tetapi urusan lain diserahkan pada suami untuk pikul dan galas dengan alasan..hah ada suami, biarlah suami uruskan
isteri yang berdikari adalah mereka yang bersikap positif; bersedia bekerjasama dengan suami menguruskan keluarga, lebih bersikap terbuka lebih luas pengetahuan dan tidak akan hanya pandai dalam sesuatu hal sahaja, lebih sihat dan ceria, lebih nampak yakin; for me "aura" isteri sebegini lebih terserlah
give and take itu perlu, jangan harapkan suami semata2 menjalankan tugas dalam rumahtangga; isteri pun perlu ambil sedikit peranan coz i tahu juga ada suami langsung tak benarkan isteri uruskan apa2..tapi kita sebagai isteri mintaklah sikit drp suami apa2 yang kita boleh uruskan; sebab kita pun nak jadi cerdik sikit juga- sekurang2nya bila bercerita dengan kengkawan pasal pegi bank ke misalnya kita tahulah prosesnya camne.. nak cucuk duit kat atm bagaimana;
banyak baiknya kalau isteri itu berdikari; tak dapat banyak, sikit pun cukup-untuk kebaikan diri sendiri..
5 comments:
kak, chuchuk tu halal pny. dia kat bukit beruang. taman bukit melaka kot
SETUJU..
PENAH BERLAKU DEPAN MATA SAYA..SUAMI KENA SERANGAN JANTUNG.ISTERI MMG TAK TAHU LGSUNG BAB2 URUSAN MCM NI..TAK PANDAI DRIVE..SIAN SGT KAT DIA..YE BETUL,BUKAN NAK PIKIR YG NEGATIF SBB SBB XNAK SUAMI LEPAS TANGAN TAPI FKIRLAH KALAU AJAL DTG TIBA2..
irfa..x rugi pun kalau kita sebagai isteri ni "pandai" sedikit..kan
Setuju.utk kebaikan pd diri sndri jg.sy xsuka bergantung sgt pd suami walaupun sy fulltime housewife.sy lebih suka klu tau berdikari n tau sedikit2 ttg smua perkra yg berkaitan.urusan sekolah ank2 kdg2 sy yg uruskn.bwa keta bwa motor reti bwa.pegi psr angkut ank2 yg msih kecil pergi skli..xyah tunggu suami ada nk jga ank tu bru pegi....pegi bank in..ambik duit..byr itu ini sy bt..hu...sbb sy mmg suka berdikari.....
Saya setuju sangat2!
Saya ada seorang jiran.Semua urusan rmhtngga suami dia yang buat.ke pasar,ke kedai,ke bank,suami dia yg buat semua.ke klinik buat cek up ank2 pun kna tunggu suami ambil cuti dlu baru dpt pergi.pernah sekali suami dia kursus 2 bulan luar negeri.Sanggup dia x pergi klinik utk cek up ank sbb suami tiada.Tunggu suami blk,baru dapat pergi.Dia ni anak sdh dua,asal positif mngandung sj terus blk rmh mak dia.Kat situlh dia sampai bersalin,sampai bby dekat setahun baru blk rmh suami.Dia kata,x reti jaga baby kecik.ada mak senang..hehe..kesiannya saya tengo.suami terpksa hidup sorang2 klu bini blk rmh mak.
Sebagai isteri yang sdh ada tanggungjwb jga ank2,jga kluarga,jga suami..susah mcmna pun bljr lh hdp berdikari.Jangan terlalu mnja sgt,penakut & mcm2 lg lh.berdikari ni utk kebaikn kita juga kn..
Post a Comment