jarang hari jumaat waktu lunch i balik dan stay kat rumah...selalunya hantar nafis kat depan je dan lepas tu, gi merayau ke..balik ofis semula ke...tapi hari ni, lepas ambil nafis kat sekolah i pun balik rumah;
sempat juga bermukabuku; yang best sampai tertido; rasa2 dekat sejam kot; sedar2 tanya nafis kul brp ni;hah 2.15..terus turun makan solat dan gi balik ofis; nasib baik tak terbabas tido ku itu
pagi tadi da siap masak kari ikan dan sambal telur; teringatkan hubby kate nak makan kari ikan bila balik sini (waktu called me dari jakarta isnin hari tu) tu yang masak kari ikan; tengok pulak ada cencalok so gigih memotong bawang, limau dan cili;aduh duh dud duh sodapnya..yang i kureng gemar kalau sediakan cencalok ni, ada orang buat meratah sakan...tu, hero sorang tulah..hah, takut lak mak kalau anak mak tu kena darah tinggi sebab makan cencalok tak hingat2..
rasa fresh sebab dapat rehat dan tido tadi; kalau da camtu, cepat siapkan kerja...
2 comments:
saya tak makan cencaluk. tak melaka betol! hahaha
eh kak nak add fb -_-
bole je guna email akak
Post a Comment