Friday, January 27, 2012

kelam kabut

pagi ni agak kelam kabut...si kenit susah nak bangun, mungkin sebab lambat tido...merengek2..mintak dimandikan  and at tat time da pukul 7.30 pagi..oklah i mandikan dia dan suruh dia pakai baju sendiri sebab i nak mandi pulak..lepas i mandi, kuar bilik air tengok dia tak pakai baju lagi, duduk bersidai tepi katil dengan muka moody...rupanya nak mama pakaikan baju..i  salin pakaian dan lepas tu baru pakaikan dia...siap semua turun bawah jam dah pukul 7.50 pagi..ambil barang2 masuk keta....mashwa pulak sakit perut, tunggu dia buang air da almost 8.05 pagi baru gerak...lepas hantar nashwa di taska, i perasan yg  handphone pulak tertinggal...patah balik rumah..tengok ada missed call... rupanya nashwa call.."mama, kasut sekolah adik tinggal dalam keta"..hanginnn dibuatnya...nasib baik lom kuar jalan ke ofis...

sebab kang takde kasut camne nak g sekolah agama...kenalah gi taska lagi sekali antau kasut, sambil dia tersengih2 macam kerang busuk da menunggu takut kena marah (almost everyday ada aje brg tinggal..)

waktu tu da dekat 8.20 pagi..berdesup g ofis..nasib baik ofis dekat dalam 5 min camtu; lepas parking kuar keta dalam 15 langkah, mak ai teringat handphone..patah ke keta jengah, dalam keta..aha ada..handphone atas seat sebelah, then amik handphone ..lepas tu jalan laju2 kejarkan nak punch card..nasib baik sampai kat punch card ada seminit lagi..

tulah, it always happened..dalam kita nak cepat mesti ada something lain yang mencelah, yg tak disangka2 akan melambatkan kita; mengambil masa kita tu..

pengajarannya adalah..kenalah reservekan masa utk all those unexpected things;time management...

1 comment:

Lya Colours said...

saya kalau dah tertinggal barang tak kuasa nak patah balik. hehehe
sebab rumah dengan office jauhhhh uiii. setengah jam!