kasih sayang seorang ibu kepada anak2 tidak pernah padam atau putus...walaupun si ibu saban hari diduga dengan bermacam ragam dan perangai anak2...walaupun hati si ibu dilukai dan dihiris...walaupun ada ibu dibenci dan tidak disukai anak2...
kenapa ye..
kerana itu adalah sifat dan perasaan sejati seorang ibu...kerana itulah anugerah yang paling mulia Allah kurniakan kepada manusia yang bergelar ibu; kelembutan perasaan...
ada setengah ibu (seperti saya) agak keras dan cenggeng..namun hakikatnya, perasaan dan naluri dalaman adalah tetap sama...
seorang ibu juga senantiasa sedia berkorban, setiap saat dan masa; penuh rela..apa saja..demi anak2.
bagi seorang ibu, prinsip yang dipegang adalah "anak2 diutamakan tiap detik masa"-
setiap hembus nafas seorang ibu, adalah nilai kasih yang tidak pernah kering dan kusam
dan berdoalah untuk ibu di setiap detik nafas kita..
2 comments:
kerana kasih ibu tiada tandingan.
sbb tu sy tak paham bagaimana ibu sanggup dera dan buang anak sendiri yg dikandungnya.mgkin dr awal tak mahu baby tu
irfa..ibu yg sedemikian adalah manusia yang buta hati!
Post a Comment