siapa kate pasangan orang2 tua tidak berselisih faham...salah tu..life will be the same as before, no matter how long is the age of your marriage .. .kalau masa muda2 ada berselisih faham atau terkehel antara satu sama lain, perkara yang sama akan berlaku juga bila umur perkahwinan itu meningkat ..
kekadang i feel it is a bit of funny thing dengan keadaan sedemikian,
any way for some reason perselisihan faham di kalangan pasangan orang2 tua boleh jadi serius dan membawa penceraian..walaupun umur da menginjak 60 ke 70 ke...bahayanya ade juga lebih2 lagi kalau isu-isu yang menjadi sebab penceraian melibatkan hal kecil dan remeh-temeh
di kalangan pasangan begini, perasaan sensitif selalu amat tinggi samada di pihak isteri atau suami..jangan tersalah sikit, walau sepatah perkataan tersilap tutur pun boleh jadi sebab untuk pihak satu lagi terasa hati, mulalah berlaku perang dingin..perkara sekecil kuman boleh merebak ,menjadi sebesar gajah..
i can foresee this thing coz it happen kat my parents and my parents in law jugak...
selalunya berpunca daripada benda remeh temeh...disebabkan yang satu lagi ni ader perasaan sensitif maka mudahlah ianya berpanjangan..kekadang bukan sehari dua malahan drag hingga berminggu..
di waktu ini anak2 akan menjadi perantara, normally one of them akan mengadu kat anak2..beritahu why its happen, because of this and that... selalunya yang menjadi penyebab akan menjadi keras hati, tak mahu mengalah, yang sensitif pulak mengharap ada yang memujuk; penyudahnya anak2 menjadi orang tengah untuk meredakan keadaan yang emo tu...atau nasib tak baik, jadi mangsa lagi.
alahai, sebenarnya bukan pasangan orang2 tua je begitu; kita yang muda pun sama..bila hati terusik mestilah hendakkan pujukan; selagi tak dipujuk muncung panjang sedepa..kena yang keras kepala, walaupun perselisihan disebabkan salah sendiri tapi masih nak yang satu lagi beralah tapi bezanya takkan kita nak anak2 jadi mediator kita pulak, tak sesuai u...
baru2 ni my mum merajuk dengan my dad..sebabnya my mum kecil hati..waktu tu my mum demam and my dad was looking for his baju hujan.Bila tak jumpa dia bising2 dan marah2 ingatkan my mum alihkan baju dia.Da orang tengah sakit, mestilah terasa hati..tup2 my dad jumpa sendiri baju yang dicari dalam bilik sendiri..lama gek mereka tak kawan sampai almost 4 hari...camne mereka baik, kena nak korek kat my sis sebab dia ade di rumah waktu kejadian bermula dan berakhir; tentulah adik i tu jadi orang perantaraan... nasib baik walaupun berselisih faham my Mum tak mogok masak, kalau tak hah naya my dad sebab my dad sepanjang perkahwinan mereka yang berusia 43 tahun tu x pernah ke dapur, masak nasi pun x pandai..dan my dad pulak jenis tak suka makan di kedai..
me n other siblings bila berlaku keadaan begitu kekadang rasa tersepit sebab when we call home and talk to my mum, my dad kecik katanya anak2 nak bercakap dengan my mum aje, begitulah sebaliknya..begitu juga kalau time bercakap dengan cucu2 pun sama, salah seorang rasa tersisih...so bila mereka dah kawan semula, kami selalu bergurau dan minta mereka jangan bergaduh sebab indirectly yang menjadi mangsa keadaan adalah anak cucu..
tapi alhamdulillah so far tak pernahlah berlaku gaduh besar2,
yang comey2 gitu aje..
2 comments:
saya setuju.
tapi smeoga jangan lah cerai berai.nak majuk sehari dua tu boleh la.sian anak menantu serba salah nanti.malu cucu tengok
irfa;pengajaran utk kite jugak...
Post a Comment