"BIAR KITA MISKIN HARTA TAPI KAYA ILMU"..
alhamdulilah..hasil didikan ayah dan emak, kami 9 beradik masing-masing "berjaya" memenuhi impian mereka
(we are all 10 tetapi seorang telah meninggal dunia, Alfatihah Muhammad Khairumin Alfisah)
kami adik-beradik tidak kaya tetapi "senang"
kami adik-beradik tidak mewah tetapi "berada"
ayah dan emak mendidik kami sehingga kami semua mempunyai ijazah- insyaAllah..(kedua-dua our youngest brader and sis pun sedang buat Degree) malahan antara kami telahpun mara setapak lagi, 2 telah punyai Ijazah Sarjana dan 2 dalam proses menyempurnakan pengajian Ijazah Sarjana..
yang da ada master pula sedang buat Phd
Alhamdulillah..
Ayah dan emak mendidik kami agar sentiasa menjadikan Islam sebagai asas dan pegangan hidup
Ayah dan emak tak berkompromi pasal belajar
Ayah dan emak menekankan kesederhanaan
Its true..ia menjadikan hidup kami adik-beradik penuh diberkati Allah, insya'Allah
amalan kesederhanaan sentiasa ayah dan emak terapkan dalam segala aspek kehidupan kami ..pesan mereka jangan berlebihan dalam hidup kerana itu akan mendatangkan riak secara sengaja atau tidak..
sebenarnya kesederhanaan dalam hidup memang banyak kelebihannya..
ayah dan emak mendidik kami membentuk kehidupan sederhana bermula bila kami semua mahu memulakan kehidupan baru iaitu apabila mahu berkahwin, anak2 perempuan tidak diajar berlebihan untuk majlis perkahwinan masing2 tetapi setiap majlis mereka ada keunikan, keistimewaan dan kenangan tersendiri (majlis kami sama seperti orang lain tapi tidak membazir pada yang tidak sepatutnya) wang hantaran tidak dibebankan pada pengantin lelaki malahan diserahkan pada mereka untuk menentukan (alhamdulillah tiada yang berhutang untuk perkahwinan memasing),hasilnya.. kami dapat membina kehidupan sendiri berlandaskan kesederhanaan itu.. most of us da ada kerjaya yang baik, gaji yang membolehkan kami punya harta sendiri, rumah dan kereta ..punya barang perhiasan.... makan pakai alhamdulilah..
Amalan itu i juga terapkan pada anak2 pula..mudah2an memberikan hasil yang sama sebagaimana air tangan my ayah dan emak ..
1 comment:
Asalam iyaa Potpetmama..Nekcik pun rasa bersyukur sesangat kerana dari kecil kami tidah dimewahkan..walaupun arwah bapak mampu..iyalah kalau guru di kampong waktu itu mmg mewah..rumah tak hutang..kereta tak ada..tapi makanan mmg mewah..yang lain lain di kemudiankan..hanya beli bila perlu..dan dengan itu nekcik rasa susah tak sesusah mana pun..bila di bandingkan dgn kesusahan org lain...alhamdulilah ayah dan bonda...kami tak kaya tapi senang dan selesa...
Post a Comment