Thursday, July 12, 2012

Sayangi & hormati mertua

sudenly nak citer pasal mertua..bapa or ibu..

bukan semua orang serasi dengan bapa atau ibu mertua masing2..mungkin sebab sikap, tuturkata, tingkahlaku yang tidak berkenan di mata masing2..mungkin juga sebab menantu bukan pilihan maka walau elok camne si menantu, tidak elok di mata mertua

ini pendapat peribadi i..mungkin berbeza dengan u olls..i tidak merujuk kepada sesiapa, its just a matter of personal opinion..

dalam keadaan bagaimana pun yang harus merendah diri adalah menantu, walaupun kita disukai atau tidak kita yang muda dan kita yang patut lebih terbuka menerima apa saja "penerimaan"; mertua ke atas kita..apabila kita berkahwin  dan menerima pasangan kita sebagai teman hidup, pada waktu itu kita telah sematkan dan semaikan bahwa kita juga menerima ibubapa pasangan kita; walau bagaimanapun mereka itu..samada kita disukai atau tidak, samada kita ini pilihan atau sebaliknya

ada keadaan di mana, di peringkat awal ada menantu diterima, selepas beberapa tahun dah nampak kelibat perangainye camne, perasaan mertua pun berubah..sama juga..mungkin di awal perkahwinan mertua kita ok, lepas beberapa tahun mereka pun boleh berubah jugakkan

yang penting kita hendaklah bersikap positif; kalau kita rasa ada sikap tuturkata dan tingkahlaku kita yang perlu dibaiki, buatlah...sebaliknya kalau mertua pulak berubah sikap tuturkata dan tingkahlaku anggaplah mereka berubah kerana faktor usia, kita yang perlu mengalah..jangan disimbah minyak bila api menyala..kan elok terus disiram air supaya bara pun tidak terasa bahangnya

kawal emosi dan sensitiviti, senario setiap orang tidak akan sama; i mungkin boleh berkata2 dan tanggungan orang yang menerima memang lah lain ceritanya

kalau kita kasihi ibubapa sendiri, sama seperti itulah kasih sayang kita pada mertua; bagaimana kita cintakan suami atau isteri kita, samalah cinta itu pada mertua; kalau kita mahukan hubungan dengan suami atau isteri kekal sepanjang hayat, begitu juga perlu kita jaga hubungan dengan mertua

janganlah sebab mertua bersikap negatif dengan kita, kita pun bersikap demikian pada mereka..yang penting ketulusan dan keikhlasan kita; ambillah hati mereka...gembira mereka kebahagian kita juga; pasangan kita akan lebih menghargai kita bilamana kita menghormati, mengasihi dan menyayangi ibu bapa mereka;

sedikit2 terkucil tu anggaplah perkara biasa, tak payah diperbesar2kan; atau lupakan sahaja..kehidupan panjang yang "aman" tidak merugikan sesiapa..cuma perlu sedikit pengorbanan yer..timbang2kan...






3 comments:

Lya Colours said...

takut nanti kawen tak mak mentua tak suka. bf saya org pineng. selalu tgk cerita kan org pineng ni kalau bleh suka org senegeri. wahhh pengaruh drama sangat. haha. harap2 ok je la kan. huhu

potpetmama said...

lya; kena byk tolak ansur, yg penting belajar ambil hatinyer...semuga bahagia dik

Encik Zaharin said...

Biasanya kaum lelaki kurang ada masalah dengan "mertua" .. tapi syukur mertuaku ok ok belaka..skang tinggal ibu mertua je..memang aku jaga hati dan kebajikannya sebab dia saja "ibu" yang masih ada..