Tuesday, January 17, 2012

Not my day lah

today is not my day....

pagi tadi agak terlambat antar nafis disebabkan "makcik" tu asyik tertinggal itu dan ini bila waktu nak bergerak..makcik biasa tu memang perlahan sikit pergerakkannya walaupun setiap malam i will remind her to prepare her things so that the next morning she will not miss anything for school...tapi macam biasa, ada je yang tak complete atau siap bila da pagi .

sampai lorong biasa nak kuar ada bas rombongan chek a moy yang pepagi buta dgn ramai ahli rombongannya yg sesak-mesak kat tepi  jalan (ntah dari mana datangnya) q nak naik bas menyebabkan kereta2 yang lalu tak boleh bergerak..da le kami terlambat, kena berhenti lagi ..kena tunggu lagi...punya selamba sebab da angiiiin punya pasal i tekan kuat sekuat adanya, hon keta ; disambung bersahut2 oleh keta2 lain..so stupid..

dah nak sampai sekolah nafis, dia pulak kata beg plastik dia tertinggal..takutkan "ketertinggalan" itu membuat dia  takut cikgu marah, sebab dalam beg tu ada seluar track; maka mama ni pun offer untuk hantar semula on the way g ofis kang..

balik rumah ambil kakak, hantar g sekolah...

sampai rumah, kasi anak2 angkat makan, cuci berak dan kencing mereka, dengan rasa yakin yg i da selak kandang rabbit maka ke dapur pulak rebus sosej si kecil..

then siapkan si kecil untuk ke sekolah, dan waktu kuar perasan tengok the four rabbits da bertaburan kuar...i ni penakut nak pegang terpaksa kuatkan hati kejar mereka, kutip satu satu masuk ke kandang..yang seekor tu pulak lari sampai ke jalan luar pagar...mak ai berpeluh2 i mengejar dia...

sampai aje kat ofis, kena masuk mesyuarat bahagian pulak..baru nak gerak ke bilik mesyuarat my hero called, beritahu i dia nak g sekolah semula lepas balik sekolah sebab nak main bola, lagipun boot dia kat rumah..i cakap nak hantarkan boot tapi dia tak nak, nak kena balik rumah juga katanya...

lepas meeting nashwa pulak called pesan hantarkan kasut sukan dan hantar kat taska sebab ada training netball..hanggin i dibuatnya sebab naperlah pagi tadi tak bawak kasut tu...

waktu amik nafis dia kate tak jadi gi sekolah petang...lega sikit..tetiba pulak i perasan signal minyak dah nyala; alamak nak kena tuang minyak pulak so sebelum hantar nafis ke rumah pegi dulu tuang minyak...kang minyak abis sapa nak tolak keta, kan..lagipun i ni bila nampak lampu signal minyak da merah, rasa semacam je bila drive..takut keta berhenti ke tetiba;  walaupun hubby kata ada reserve untuk limit minyak  bila je lampu signal minyak menyala...

lepas amik kasut nashwa, i drive terus masuk simpang arah ke ofis tetiba teringat, eh kena hantar kasut nashwa kat taska, gostan keta g ke taska..

fuyoooo...penat mak ari ni.......dahlah cuaca panas... macam2 pulak hal hari ni...sabo jelah

1 comment:

Lya Colours said...

adui dugaan btol. cuaca panas2 ni, hati pon bleh jadi panass