Wednesday, November 30, 2011

Perkahwinan adalah satu perkongsian

Perkahwinan adalah perkongsian hidup di antara lelaki dan perempuan; tat is the principle of marriage..i believe in tat..

bila bercakap tentang perkongsian, for me it means menjalani, menempuhi & merasai segala perjalanan kehidupan berumahtangga  bersama-sama, tak kira samada yang melibatkan kasih sayang, perbelanjaan, pencarian, tanggungjawab, kekayaan,  kesusahan; tanpa mengira taraf kehidupan yang bagaimana;

ada isteri tidak bersedia untuk berkongsi sekiranya dia memiliki lebih daripada si suami, gitu juga sebaliknya; ada yang mengamalkan budaya "aku punya bukan kau punya tapi kau punya adalah aku punya" pun ada yang begitu...so kalau begitu prinsipnya apakah maksud perkahwinan itu sendiri bilamana amalan berkongsi itu tidak dijadikan teras kepada sesebuah perkahwinan..i feel weird when i noticed tat ada pasangan yang mengamalkan dasar sedemikian..for me, sekiranya prinsip demikian diamalkan dalam sesuatu perkahwinan akan hanya mengurangkan perasaan kekitaan..apabila kita berkongsi, kita menjadi perihatin kepada pasangan kita, kita lebih peka dan menghargai pasangan kita, kita nikmati hidup bersama-sama dalam keadaan susah dan senang, perasaan kasih sayang sentiasa bersemarak;

sebaliknya kalau kita tidak bersedia berkongsi dalam perkahwinan kita maka ianya akan membawa kepada sikap mementingkan diri sendiri, tamak dan masing2 hanya menjaga "kepentingan" sendiri so di manakah ada kebahagiaan, kegembiraan dan kemesraan jika begitu sifatnya sebuah perkahwinan.. bagaimanakah dapat kita wangikan perkahwinan yang kita bina jika masing2 tidak memperdulikan pasangan masing2, susah senang sendiri tanggung; apa perlunya jika berpasangan jika demikian cara yang kita amalkan dalam sesebuah perkahwinan?

budaya tidak berkongsi itu i did experienced from others..ada berlaku di kalangan saudara mara mahupun kawan2.. bila masing2 mempunyai sikap sedemikian, memberi kesan pada pasangan masing2..pasangan makan hati, tidak mesra, hal kau hal aku-bukankah tidak baik.

Alhamdulilah..me n hubby sentiasa mengamalkan perkongsian  dalam perkahwinan kami..setakat hari ini dalam usia perkahwinan yang menginjak ke  usia 18 tahun itulah amalan kami..sedikit sama sedikit, bila berada sama2 merasa; sakit sama terasa, senang ketawa bersama; muga Allah memelihara perkahwinan kami dengan amalan dan sikap sedemikian;

seperti kata pepatah "sharing is caring"..

No comments: