satu senario...
apakah rasanya bila orang yang kita tatang bagai minyak yang penuh, yang dididik untuk menjadi insan yang baik menodai kepercayaan kita, dan melakukan sesuatu yang tidak elok di luar pengetahuan malahan mengecewakan kita...mencabar kesabaran dan perasaan kita, memporakperandakan emosi dan ketenangan kita, menghantui pemikiran kita dengan igauan dan mimpi ngeri..........
dan dia, kita lahirkan ke dunia ini dalam situasi yang hampir meragut nyawa penuh kesakitan penuh keperitan penuh kepedihan...tapi penuh kasih sayang
salahkah kita untuk mempertahankan kemuliaan peribadi, membentuknya menjadi insan bermaruah, berilmu...supaya hidupnya kelak tidak tercemar dengan kesalan dan derita, dan sebaliknya akan terbina dengan senyum dan tawa yang penuh harmoni...
iya mungkin salahnya datang daripada kata..bila mana kasih sayang yang dicurahkan secara lahiriah itu tidak sama penampilannya secara realiti berbanding daripada apa yang tersemai di sanubari..mungkin datangnya kasih sayang itu mengikut jalan yang berbeza, mungkin kasih sayang kita itu tidak nampak pada sepasang mata kasar tetapi ia pada hakikatnya mengharum dalam jiwa raga kita; sentiasa mewangi untuk menjadi semburan yang tiada henti pada yang kita sayangi .. yang senantiasa terpahat dalam lubuk nurani kita pada setiap detik nafas
walau apapun jua...
kasih sayang itu adalah pengikat...walau ia tidak ditampil dalam wajah sebenar...ia tetap mekar berkembang
saat kebencian dalam dirinya bersarang dan menebal...
kasih sayang yang sentiasa terpahat dalam diri ini tidak mungkin menjadi karat cuma rasa kecewa yang menjadi peneman kasih sayang itu akan terus bernanah...hingga ke nokhtah waktu yang tidak pasti!
No comments:
Post a Comment