kebenaran itu kadangkala adalah kepahitan yang amat payah ditelan...begitulah realiti kehidupan..
apabila kita mengetahui akan sesuatu yang benar faktanya, kejadian yang berlaku benar kisahnya tetapi kesan atau impaknya bukan sesuatu yang manis- menjadikan yang benar itu pahit untuk ditelan hatta diterima..
secara tidak langsung apabila keadaan tersebut berlaku ia menimbulkan implikasi ke atas orang lain di sekitar kita ;
misalnya- kita tahu sesuatu kisah yang benar tentang A tetapi merahsiakan daripada B yang mempunyai hubungan rapat dengan B..apabila B pula mengetahui tentang kita yang tahu kisah A itu menganggap kita bersekongkol dengan A kerana menyembunyikan apa yang kita tahu itu daripada pengetahuannya.....
persoalannya ; walaupun kita tahu sesuatu yang benar tentang A adakah wajar kita menjadi penyampai kepada B atau orang2 lain juga..bukankah itu sikap yang tidak baik dan dilarang agama apatah lagi jika apa yang kita tahu benar itu bukan sesuatu yang menggembirakan...
dan apabila kita tidak mendedahkan apa yang kita tahu tidak bermaksud kita bersekongkol atau memihak kepada A; kerana sudah pastinya selain sikap menyampai-nyampai itu bukan perbuatan yang baik, kita juga perlu menjaga hubungan sediada kita dengan B waimah A sekali...kita tidak mahu mengecewakan hati B atau memporakperandakan hubungan A dan B..
For me, it depends kepada niat kita juga kenapa kita mesti menyimpan sesuatu yang benar tapi pahit itu dalam diri kita sahaja..sekiranya ia menjurus kepada kebaikan mungkin elok kita dedahkan tetapi jika sebaliknya, eloklah tidak didedahkan kepada sesiapa;
cuba bayangkan kalau kita di tempat yang sama misalnya seperti B; kita pasti akan terguris hati, kecewa, sedih-
cuma janganlah pulak kita menyalahkan orang lain kerana kita perlu faham dan bersikap rasional, mereka yang tahu itu ada alasan dan sebab untuk menyimpan kebenaran yang pahit itu; itu adalah hak mereka, terpulanglah kepada penerimaan kita akhirnya..........
No comments:
Post a Comment