Wednesday, September 14, 2011

Muga ianya berakhir...

me n hubby sebenarnya mengalami masalah dengan nafis yang sudah hampir 9 bulan tidak mahu ke sekolah..previous entry i ade hint masalah ini but i guess as this is one way for me to release ape yang terbuku i should put it here, secara lebih terbuka...

pada awal persekolahan everything went smoothly...as he got 4a1b in his upsr, so dia dapat tawaran belajar di one of the smart school here SMK Telok Mas..stayed in a hostel...

three weeks later dia mengalami masalah apabila satu mlm waktu menemankan kawan mengambil buku yang tertinggal di dorm, dia dan kawan dia telah ternampak makhluk yang menyerupai seorang nenek merangkak2..its started from there...kejadian berulang few days later bila lagi sekali makhluk itu menjengah dia di jaring bilik dorm semasa nak tido (dia di katil atas)

he did not tell us until two weeks later bila masa balik asrama dia x nak, mintak pindah sekolah...kami keluarkan drp asrama dan dia berulang ke sekolah dari  rumah my parents;masih begitu, takut ke sekolah so
kami pindahkan ke SMK Bukit Baru; sebab dekat dgn rumah yang kami tinggal, mudah utk aku hantar.
pada mase yg sama,kawan dia yang sama2 nampak makhluk tu pun da dipindahkan sekolah oleh d parents jugak..

something happened again bilamana dia dikatakan hilang dlm kawasan  sekolah tu walhal dia pulak kata he did attended class dan belajar tapi cikgu x nampak; di sana ada anak sedara hubby jadi guru, cari dia setengah hari tetapi x jumpa..beberapa hari di sana, nafis dpt tawaran ke SMK Sultan Muhammad, one of the best sek agama di Melaka, so pindah lagi..tapi dia really refused to go to school...until today..
gangguan tersebut telah betul2 menghantui dia secara psikologinya...dia jadi takut ke sekolah dan kami da berikhtiar macam2..dari cara lembut hingga satu peringkat pernah dipukul hubby..kami pujuk lagi dengan lembut...tapi hingga hari ini MASIH gagal..

few ustaz dari Darul Syifa telah kami bawa berubat;pada peringkat awal iya, mengikut kata ustaz2  tu ada gangguan halusinasi lagi tetapi yang terakhir mengatakan da tiada-cuma kena usaha untuk memperkukuhkan semangat diri dia semula...

citer pasal SMK Telok Mas ni, kebanyakan ustaz yang kami jumpa mengatakan memang sekolah tu agak keras, apatah lagi terletak bersebelahan tanah kubur, lagipun belakang hostel tu pulak banyak kubur lama..i think pengurusan sekolah pun tahu keadaan tersebut sebab bila kami nak pindahkan nafis atas sebab tersebut, mereka tidak menghalang.Malahan one of the staff kat asrama beritau my hubby that memang ada makhluk2 begitu kat kawasan tersebut..

last sunday he agreed to stay in d hostel, itu usaha terbaru kami....so aku da siapkan keperluan..perjanjiannya adalah hubby will stay together with him di asrama-atas persetujuan sekolah; nampaknya macam masalah kami akan selesai bile dia macam suka nak g..tapi ended up bila sampai kul 5 lebih dia dan buat perangai semula...gagal lagi

aku masih berkira utk bawa dia ke hospital jumpa psikitrik tetapi bile aku fikir semula tat would be the last n last alternative utk aku buat..i have my own reason for tat..

Aku berdoa sentiasa agar Allah membuka pintu hati anakku itu dan mempermudahkan urusan nafis..walaupun kerisauan kebimbangan menghantui perasaan dan hati ini..sebagai ibu, aku terima ujian Allah ini dan sentiasa mencari jalan menyelesaikan masalah anakku itu..Allah Maha Kaya dan Mengasihani, muga ujian ini akan berakhir secepat mungkin..

No comments: