Monday, September 26, 2011

sama-sama

adalah menjadi lumrah dalam kehidupan di mana dalam kita menikmati rentak dan tari hidup, apabila keseronokan menguasai diri- kita jadi lalai dan alpa untuk membuat pertimbangan samada untuk memperlahankan rentak dan tari itu, menambah kelajuannya atau membuat keseimbangan...

kelalaian dan kealpaan akan menjadikan kita lupa bahawa kita bukan menempuhi hidup keseorangan...ada insan lain di sekeliling kita yang turut menerima kesan rentak dan tari tersebut, yang kita mainkan...bersama-sama kita..

kalau kita peka akan kehadiran insan lain, maka kita akan memastikan supaya alunan rentak dan tari itu tidak hanya untuk keseronokan diri sendiri..kita akan memikirkan penerimaan atau kesan kepada insan lain tersebut...

kalau begitulah kita...maka akan jadilah kita insan yang mengambil berat akan  insan lain di sekeliling kita...dalam keseronokan itu.....kita akan lebih bahagia dan  gembira menikmati hidup...tidak merugikan sesiapapun juga....kita berkongsi dengan yang lain....

No comments: