Hari ni semua rakyat Malaysia bercuti sempena meraikan Hari Malaysia..di Melaka sambutan diadakan bersekali dengan perbarisan Hari Kemerdekaan yg ke 54...aku x terpilih utk perbarisan, syukur kerana aku ni sedang mengalami masalah sakit kaki...
Sebagai anak Malaysia yg dilahirkan 3 hari sebelum peristiwa 13 Mei aku bangga menjadi rakyat Malaysia; bersyukur atas kurniaan Allah; negara tempat lahir dan tanah tumpah darahku adalah sebuah negara aman dan makmur; kaya dengan rezeki di mana2..cukup dengan kemudahan yang berbagai khususnya utk belajar dan bekerja;
Marilah kita rakyat negara bertuah ini, mengekalkan kesejahteraan dan kemakmuran yang ada; perbalahan pendapat adalah adat biasa cuma janganlah berlebihan yang boleh mengundang kepada kekacauan, tidak kira siapa-yang penting kita mesti ingat bahawa dengan kesejahteraan dan kemakmuran itu maka kita semua menikmati hidup dalam keadaan tenang dan gembira; marilah kita sama-sama mempertahankan apa yang ada pada hari ini tanpa perasaan berbelah bagi, bersatu hati, penuh kesetiaan-semuanya untuk Malaysia yang tercinta
No comments:
Post a Comment