Wednesday, July 31, 2013

Missing this girl so much

rasa rindu kat anak dara saya yg sulung ni
kalau depan mata selalu gek nak bertekak
sebab bab jawab menjawab bole tahan
sekarang da x de depan mata
alhamdulillah Allah beri peluang belajar lagi
mudah2an berjaya dalam study
dan dipermudahkan urusan belajar
 



anak-anak dara saya...

Persiapan raya lom siap

a little bit worried..



baju raya anak2 lom dibeli..
barang rumah utk raya pulak da siap dulu..
rumah nak raya ke anak nak raya..hahaha

utk si adik baru ada 2 pasang..
utk kakak da ada 2 pasang baju kurung
yang hero2 , baju melayu da siap tempah, cuma nak pegi amik je
yang si tengah lom beli satu hapa pon

sebenarnya nak tunggu kakak balik jumaat ni, nak gi beli sekali harung
tapi jadi bimbang sikit especially bab baju kurung..ada saiz tak nanti..mana2 yg ready made i tak kesah pon

tahun ni i telah mengambil langkah mengurangkan pembaziran..last year beli 6 ke 7 jenis biskut raya..semua tak abes makan walaupun after 3 4 months after raya, penyudahnya masuk tong es..

so tahun ni cuma order 2 jenis biskut raya (nama nak buat sendiri, idokle teman-dasar pemalas i)
yang lain adalah kategori goreng2..lagipun kalau orang datang i akan buat mee kuah ke, mee goreng ke atau sekutunya..biskut raya sebagai sampingan aje

 sabtu ni akan menjadi hari sopping sedunialah gamaknyer

Melepas hajat @Burger Abg Burn

terbaca kat blog Lyacolors..itu top n pop burger abang burn da bukak branch kat melaka..kat bus stand expres lama,tepi sungai melaka..nice view

lobi punye lobi dgn hubby berjaya ke sana..pergi pun da dekat kul 12 tghmalam..masa balik drp kampung kami singgah rumah abang ipar..ajak mereka sekali..

(oh yeah..at tat time we were there, it was already sunday)

jalan damn jammed..sebab kena lalu laluan yg sama utk mereka yang nak ke bazar Ramadhan Hang Tuah Mall

but sedihnye..ngam2 stok tinggal burger ayam..yang lain abis..
maknanya kena repeat dtg..melepas nak rasa meatball

Photo: Melepas hajat

Tuesday, July 30, 2013

Renungan untuk isteri yang bekerja..untuk tatapan suami juga!


amat tersentuh dan tertarik dengan satu entry di fb seorang teman;
mohon share di dini ye..
isteri bekerja kebanyakan utk membantu suami..demi sebuah kehidupan 
keikhlasan isteri membantu suami..
penghargaan dan sikap memahami suami pula
perlu ada
barulah berkat..




20 & 21 Ramadhan 2013

juadah berbuka utk 20 Ramadhan adalah.....


sup ikan, telur dadar, sambal udang, asam pedas perut lembu(babat)

semalam tengahari beli bahan mentah-ikan sotong kerang..tapi bolehkan lupa nak amik masa balik dlm fridge ofis..da otw baru teringat yg brg2 tertinggal;malas nak patah balik ofis..geledah peti sejuk ada beberapa ketul ikan serkut so buat sup ikan..yg lain tu leftover from the freezer

manakala hari ini pulak i cuma buat kue-tiaw goreng basah dan french fries; ikan tenggiri goreng dan sambal ikan





19 Ramadhan 2013

went out with hubby utk settle kan brg2 rumah last sunday..
nanti i post gambar projek2 yang da di rancang dan suddenly terancang..sempena raya kot; haha over

beli karpet baru juga

anak2 request nak makan di luar sebab dah hari2 biasa makan kat rumah, nak ubah selera;kami ikutkan jer..kebetulan nak ke parkson beli barang2 utk one of kawan ofis yg baru balik cuti bersalin

so berbukalah dengan kak marry..





17 & 18 Ramadhan 2013

jumaat lepas iaitu pada ramadhan ke 17 kami cuma berbuka dengan mee kuah versi simple sebab stok bahan mentah dah amat terhad,,,
yang penting anak2 kenyang-no complaint, so ok ler tu kot

and the next day tu..agak membuat jadual hidup i teramat busy..
nashwa had tuisyen at school daripada pkl 8.30 hingga 12 tghari
after we fetched her..gi ke Mac shop kat JJ untuk register ID etc. utk iPad kakak..
rushed home dlm pukul 2.30 ptg..rehat sekejap then masakkan bekal untuk kakak;just cooked sambal udang dan sup ayam
lepas asar bertolak ke Tangkak..
then dalam kul 6.30 ptg gitu bertolak balik ke kampung i di serkam
memang i da planned nak berbuka di kampung dengan my parents..so mengada2..sebelumnya da sms my mum requested foods utk bukak puasa..mee hon goreng, sambal ikan bilis binjai (sebab my sis kata mak i buat sambal tu hari sebelumnya), bubur kosong dan agar2 santan..my luvly mum kan, semua yg i request dibuatnya..gumbira i..thanks mak..hari2 masak sendiri, sesekali mengada dgn mak suruh masakkan, apa salahnya ye tak




Friday, July 26, 2013

16 Ramadhan 2013

semalam berbuka yang simple ala2 western gitu..stok makanan dalam peti sejuk da terhad..untuk ke PARAM adalah no no no..so apa yang ada jerlah

si mama buatkan makaroni goreng, burger sorang seketol dan roti telur 2 keping utk si kecik yang tak suka burger beserta kentang goreng

dan dapat semangkuk bubur asyura daripada ofis 

tanya kat anak2 lepas buka tu..kenyang tak.."kenyang sangat ma, x larat nak bangun"...ewahhh

terus i kata "Hah kena sebut Alhamdulillah syukur pada Allah sebab ada orang berbuka dengan satu makanan jer berbanding kita dapat rezeki yang berlebihan"...

dan sahur pulak tadi...cuma dengan nasi goreng..

Thursday, July 25, 2013

15 Ramadhan 2013

semalam hari my hubby balik..i pening nak fikir menu berbuka..
so akhirnya buat rendang ayam, goreng udang , goreng ikan terubuk masin dan masak tumis air petola...leftover sambal pon ada lagi
as masih ada stok roti canai segera, i gorengkan 3 keping..my hubby makan dengan rendang ayam 2 keping


 
 
 
kebiasaannya kalau week days kami berbuka dengan apa yang i masak..takde edisi PARAM except weekend bagi chance anak2 pilih makanan yang diingini, but main dishes still i masak.

Wednesday, July 24, 2013

Kursus KPI

semalam kena attend kursus KPI..

wakil Bhg bertiga dgn bos dan sorang pegawai baru

tahulah kan..kursus bulan posa ni..menguapa jerlah kejaannya

tapi sebab more to discussion, oklah tu


14 Ramadhan 2013

sebab attended kursus di bulan posa makanya dapatlah abwak balik makanan berbuka..lauk asam pedas ikan jenahak, daging masak kicap, ayam goreng, sayur campur, sandwich dan sebiji pisang

balik rumak masak lagi..mana cukup untuk berempat

so gorengkan kue-tiau, mee sup utk si kecik..sambal ikan bilis masih banyak so takderlah masak lauk..dan daging masak kicap tu simpan utk sahur..ingat nak goreng roti canai segera sebab ada left over kari..tengok da macam2 atas meja..tangguhkan dulu.


Tuesday, July 23, 2013

13 Ramadhan 2013

semalam agak kelam-kabut bila once i semak a set of our loan documents, there was few marked areas where CM tak sign..informed that via sms to my CEO yang out-station di Kuching ;  was instructed to go and see CM to get his signature

Seram-sejuk i sebab first time kena hantar documents pada CM baru..

so buat arrangement dgn KSUS CM..alhamdulilah settled..ok jer CM ni dan biasalah ada sikit sesi soal jawab..

lega urusan loan documents kami settled semalam

and balik buka puasa makan nasi..dengan lauk pauk yg simple..sambal ikan bilis, kobis masak air, goreng ayam..ada leftover masak lemak cili api petai dan ikan masin, bergedil-tambahkan roti canai segera dan sata goreng...

on the way back, tiga2 request nak beli air botol..memacam ler jenis air yang dibeli..sesekali bole yer anak2..hari2 mama tak layan sebab tak bagus pun minuman air botol tu yer


Photo: Home-cooked..
 
 

Sunday, July 21, 2013

12 Ramadhan 2013

hari ni banyak melepak kat rumah..nak ke pasar pon malas so suruh hubby saja gi pasar dan I just list down wat to buy

bersihkan lauk yang dibeli dan sebab ada permintaan utk bergedil I pun kupaslah kentang lebih kurang 20 biji

lepas amik nashwa tuisyen saja ajak hubby g cari barang..kat kedai jati kat bkt piatu tapi x de yang berkenan so balikla
nak ke cheng ronda2 caari brg yg x dpt malas pulak, cuaca cam panas benau

balik rumah g dapur tengok ada org da tambahkan kentang dalam 10 biji..dahle penuh sebesen..dgn kulit yang bersepah2 ..I da naik hangin..nak makan ke aper ni

dalam kul 4 ptg mula goreng kentang utk buat bergedil..nasib baik ada assistant tukang tumbuk kentang..sebab assistant lama da g belajar..tu yg da tak buat bergedil bln posa..masa kakak ada, bila mereka teringin nak mkn bergedil, I balik kerja bahan da siap cuma I gaulkan..tu yang agaknya nafis jadi tamak dan umpama "bayar hutang" nak makan bergedil puas2..banyak gek dapat (tu pun I da asingkan dlm 3 kepal) dan 10 biji utk sahur..

buat juga mee kari...sempat masak lemak cili padi petai dgn ikan masin..bagi sesapa nak makan nasi

bergedil yang lebih 50 biji, i goreng dalam 40 biji tinggal aje cuma berbaki 4 biji ...
lebih simpan sikit untuk sahur

kita tunggu kakak balik baru buat lagi ye..

 
 
 
 

Diari Hati Seorang Isteri

tersentuh dan sesungguhnya terpesona dengan ungkapan ini (copy daripada fb seorang teman...)




tertarik sedikit untuk merujuk kisah rumahtangga Asraf Muslim dan Diyana tu...
i just need two explanations from tat Sakinah on these:-
(i) apakah anda tidak punya perasaan peka terhadap wanita yang lain bilamana anda menjalinkan hubungan dengan lelaki yang anda ketahui adalah suami orang
(ii) tegarkah anda membina kebahagiaan anda di atas kehancuran hati orang lain


walau akhirnya, kita tidak dapak menolak bahawa ia adalah takdir Allah juga


My Mak's 67th birthday

nak share few gambar semasa sambutan besday my mum last week; 5 Ramadhan 2013

before tat i'd like to show my parents photo









My Sis's wedding n perang arang

its been outdated story tapi yet to be posted here...

my sister's wedding day..actually yang ni  no.9 dalam keluarga kami..Siti Nur Adnin...a teacher and currently tengah sibuk juga sebg part-time master student di UKM

married to a ganu guy  Duan...a lecturer at UNITEN

nikah on 31 st may..majlis persandingan on 1st june..reception ganu 7 june..


batal air sembahyang


serah mas kawin


majlis berinai


keluarga belah ganu


my mum, dad nenek and uncle dgn pengantin


hari langsung


reception di ganu


majlis agak meriah..alhamdulillah berjalan lancar

di melaka biasalah, petang lepas majlis sambil berkemas2 dan selalu bila da 90% kerja mengemas dan mencuci selesai..ada perang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.




mangsa yg ni takder orang lain yg berani nak kenakan mulanya kecuali i



yang paling kelakar sampai ari ni..my sis ni siap nyorok dalam tilam.tapi tewas juga..kami jadikan anak dia tebusan pon dia x kuar bilik..bila dia rasa kat luar da ok, dia pon kuar..kami attack dia sampai jadi camtu hah


hantu kak limah meka kata..saperler tu

pengantin pon kena deknon

sempat berlintas-langsung dgn my untie kat wellington



11 Ramadhan 2013

it was saturday again..the day to clean up the house, prepare the school items for the three too..finished most of the things dalam kul 1 ptg camtu..cuma kasut adik ayahnye lom basuh

semalam kami berbuka di Tangkak..saja nak spent time with kakak..kami ke sana lepas asar dan agak sukar nak cari tempat makan kat sana so by request,.buka posa kat pizza hut dan spent macam makan buka kat hotel ler pulak..xper..once in a while

reached home almost 9.30 pm..as kakak kena balik before 9 pm..
study hard n smart yer kakak..kami datang lagi next week

Photo: Baru balikk bazaar :) today makan nasi lemak jeee :-P w Siti Arisyah Nur Fatin Najihah


Friday, July 19, 2013

Tangis hati

Setelah apa yang berlaku
hidup akan menjadi seperti biasa
cuma timbangan hati dan perasaan
mungkin tidak sama beratnya lagi

bila kita meletakkan hanya apa yang kita rasa di tempat yang  tinggi
makanya
yang lain-lain sudah tidak ada nilai

ada hati yang akan terkorban
biarpun dalam diam
kerana itu mungkin lebih baik
daripada mengorbankan banyak hati yang lain
yang baru hendak meniti hidup
itu maha penting daripada segalanya

wahai hati dan perasaan
redakanlah apa aja
terimalah
meski pedih menghiris
tangis dalam senyum
biar sampai bilapun

sejak dulu
itulah takdirmu.


9 Ramadhan 2013

not much things to do at work, but still got things to settle..da namanye kerja kan

well, masa sahur masak ikan bawal sweet sour dan gorengkan hubby ikan selangat...sebab malam sebelum tido dia da makan nasi lemak yang dia beli kat Nilai tu maka katnya tak nak lah makan nasi..so cuma ratah ikan goreng n i made him a hot milo too

untuk buka puasa, memang da set nak makan nasi ajer..ada leftoever ikan bawal sweet n sour, sambal ikan bilis hari sebelumnya pun masih berbaki so i just tambahkan sup ayam dan kobis goreng

alhamdulillah si kecil bertahan lagi utk berpuasa walaupun dalam kul 6 lebih tu tetiba mintak makan..terkedu mak nak oi, anyway dapat memujuk dan melembutkan ketidaksabaran dia..






gambar2 i copy daripada yahoo imej..gambar yg terdekat menyerupai.. sebab ada prob dgn komputer kat rumah dan payah benau nak transfer/upload gambar kat hp.. 
 
 si kecil i yang banyak menduga di bulan puasa ni

Thursday, July 18, 2013

Nota rasa

bila kita sahaja yang berlebihan menjaga hati dan perasaan orang lain
makanya hati dan perasaan kita terabai daripada dijaga oleh mereka
seolahnya kita ni pula takde hati dan perasaan

pengalaman itu
ada dalam titipin  perjalanan hidup i
sebaik mana pun yang dibuat
akhirnya terjah kesalahan akan kembali kepada diri kita

terima ajerlah
cuma bimbangkan
hati tanpa rasa
mencacatkan jiwa


8 Ramadhan 2013

yesterday night i sleep a bit late around 12 camtu  sebab siapkan paper work..bila da siap pulak mata x bole nak tido so nengok baju yang diangkat masih belom lipat, i siapkan lipat dan kemas baju..

dalam kul 4 da jaga so x bole nak sambung tido takut terbabas nanti untuk bersahur...

otw balik rumah lepas amik bebudak tu i da sound anak2 tat we have to leave the house early pada pagi sok  as mama kena pergi JKM with bos.

dalam 6.40 pagi da gerak dari rumah dan selesai hantar anak2 i reached office dlm 7.15 pagi dan sempat lagi touched up and print the paper...kul

8.30 am pegi JKM untuk jumpa Datuk SS and briefed him about the paper, background etc. sebelum he approved it untuk dibawa ke dalam EXCO meeting...

approved..so pi UPEN dan Unit Dewan untuk submit paper...done every thing..lega

semalam hubby balik buka puasa and i cooked his favourite mee kuah



dan sempat jugak buatkan popia untuk berbuka tu



tapi ada orang tu makan kulit ajer, isi abis dikeluarkan..erm lain kali  mama goreng kulit popiah je untuk adik

and hubby bawak balik nasi lemak kesukaan dia dari Nilai sampai 3 bungkus....tak ada yang makan sebab da kenyang makan makanan yang ada

malam tadi dalam kul 8 lebih i da fengsannnnn sebab tak cukup tido sebelummya dan penat..sempat borak sikit2 jer dgn hubby.I memang x larat da nak buka mata pun, sori dear!

Wednesday, July 17, 2013

Intai rasa seorang ibu

mengintip dan mengutip perasaan seorang ibu...

i percaya seorang ibu mempunyai perasaan yang sama seperti i..tidak kira samada ibu itu ibu  kandung atau ibu angkat (bagi yang ditakdirkan tidak punya zuriat sendiri..waimah ibu tiri sekalipun (yang bernaluri sebenar sebagai ibu-maksud saya ikhlas sebagai ibu kepada anak2 tirinya)

seorang ibu akan sentiasa punya rasa untuk meletakkan kehendak dan keinginannya di bawah..keutamaan kepada anak2 dan suami adalah kemestian..tak kira dalam aspek apa sekalipun..sanggup beralah dan mengalah, berkorban rasa dan keinginan; i rujuk keadaan2 sebegini khusus kepada mereka yang hidup sederhana...yang mewah pun ada yang demikian tapi mereka beza sikit sebab apa yang diberi kepada anak2 masing sama apa yang boleh diberi kepada diri sendiri terutama aspek material

tapi sejauh mana apa yang ibu lakukan itu dihargai oleh anak2 atau pasangan?

kebanyakan ibu yang sedemikian tidak mengharapkan pulangan yang sama, cukup kekadang sekadar mengharap apa yang diberi itu diberi penghargaan, walaupun sikit..mungkin pula ada yang kata, bila mengharap balasan namanya tidak ikhlas.. tetapi yang menerima itu, kalau balasan "sebesar" itu pun hendak dipertikaikan apakah nilai seorang ibu/isteri kepada anda?

hakikatnya, tiada nilai yang boleh disamakan kepada ketenangan hati seorang ibu bilamana dia dapat menggembirakan anak2 dan suami melalui kasih sayang, sikap ambil berat,perihatin, keutamaan dsb..

kekadang apa yang dirasa sukar ditafsir dengan perkataan, tapi perlakuan memberi penjelasan sebenar..


6 & 7 Ramadhan 2013

isnin lepas kelam kabut; da lewat pegi keja penyudahnya punch card merah...erm..sabau ajerlah..life in office cam biasa sesibuknya..

i buat macaroni goreng sahaja  for buka puasa and panaskan leftover lauk yang bawa daripada rumah my mak..alhamdulillah tak de yang komplen

semalam pulak, da about 3 pm baru dapat arahan bos utk buat paper exco..kelam kabut..i told bos i buat kat rumah aje..i took all the notes and gathered the info. siap2...then ada masalah komputer? desk top rumah da breakdown, laptop hubby kat dia n mine pulak kat kakak..so gi pulak pinjam laptop drp Unit IT

balik rumah i cakap anak2 yg mama akan sibuk so prepare foods yg simple..i buatkan burger aje..si kecik yg masih bertahan puasa i buatkan macaroni sup ..(ada lebih macaroni semalamnya), buat sambal ikan bilis, masak nasi dan goreng ikan senangin..

after 8 pm i mintak anak2 jangan ganggu mama..kecuali si kecik dalam 9.15 pm camtu da merengek2 nak berkepit dan nak minum susu..so i break sekejap, layan dia dan bila dia tido sambung keja sampai almost 11 pm..my job done!!

5 Ramadan 2013 dan my Mak's besday

Ahad lepas iaitu 14 julai bersamaan 5 ramadan adalah harilahir my mak yg ke 67..
so kami adik beradik planning sambut di kampung sahaja..makanan disediakan secara potluck..
kebanyakan supportive..ada yang liat2 tu sendiri jawab..
yang penting komitmen majoriti amat baik

sambutan bulan puasa makanya sederhana sahaja..i balik kampung pun selepas menjenguk kakak di tangkak

Selamat Harilahir Mak..my mak is the best mum forever..mudah2an dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur..mak sanggup berkorban apa sahaja untuk 9 anak2nya..alhamdulilah semua anak2 mak belajar di menara gading... gambar2 hadiah x sempat amik..walaupun x meriah macam tahun lepas but there are always something for her..

we bought SR choclate indulgance for her..we had rice n among the other foods were satay, kuih seri muka, roti canai, kobis goreng, ayam goreng, asam pedas ikan serkut, sambal ikan bilis...kenyang betul...sempat tapau lauk untuk sahurnya sekali!

Monday, July 15, 2013

S3 dan iPad 4

Last Staurday i bought myself this.....................



http://www.origeek.com/samsung-galaxy-s3-red

walaupun da ada s4 in market, tapi pilih yang ni sebab the price different of almost rm600;banyak tu..outdated sikit xperlah kot...

and also got this for kakak

http://www.mobildonanim.com/apple-ipad-4e-ait-test-sonuclari-yayinlandi

sebagai hadiah dapat ke KMJ dan untuk kegunaan studies juga..

adik2..kalau nak iPad , belajar rajin2..

there is always something sebagai ganjaran and encouragement..(tapi ianya galakan  sampingan )

yang lebih penting belajar bukan untuk hadiah atau ganjaran, tapi belajar dengan rajin dan gigih sebagai tanggungjawab menuntut ilmu  demi kebaikan dan masa depan sendiri ..