Sejak berkahwin me and my hubby mengamalkan sistem giliran bagi menentukan raya pertama di sebelah mana;
Alhamdulillah hubby seorang yg understanding so takder lah dia menggunakan kuasa veto sebagai suami untuk beraya kat rumah sebelah di ajer; i know, ada few hubbies out there yg gunakan kuasa veto, raya pertama wajib aje sebelah mereka..i know some wives out there too yang bersikap sama (walau bukan melalui veto power) yang hanya nak beraya pertama di sebelah mereka dulu sahaja; tak nak beralah sudahnya akan berselisih faham antara suami isteri just sebab nak tentukan raya pertama di rumah siapa
frankly speaking kekadang kita ni sebagai pompuan cecuba nak ngelat2lah kan; as for myself ni, dgn usia perkahwinan yg da 18 tahun ni, ianya lebih kepada gurauan; kekadang i ada usik nak raya rumah my mum untuk tahun ni (tahun ni is giliran sebelah hubby); dia kata "bole ape salahnya, bukan jauh sangat jarak serkam dan masjid tanah"..tapi tak pernah tergamak i nak ambik kesempatan sebab hubby seorang yang adil; lagipun dia ada perasaan yang kena i hormati; nak berkumpul dengan adik-beradik dia juga; apa yang ada dalam hatinya sama apa yang ada dalam hati i so bagi menjaga perasaan antara satu sama lain kenalah saling beralah dan memahami
kalau kita bersikap ego dan hanya pentingkan diri kita sendiri, secara langsung kita akan hanya menimbulkan kontroversi dalam diam dengan keluarga pasangan kita; yelah kalau da raya hanya nak di pihak kita dan keluarga kita,apakah pulak perasaan keluarga di pihak sebelah; mereka mungkin rasa kita ni tak suka bergaul dengan keluarga mereka..untuk jangkapanjang tak baik sebenarnya
perkahwinan dengan pasangan kita semestinya kita mengharapkan berpanjangan hingga akhir hayat..sedemikian itu, hubungan dengan keluarga pasangan kita juga akan berjalan sepanjang tempoh itu..maka kita perlulah bersikap positif; jangan pentingkan diri kita dan keseronokan kita; ada hati dan perasaan orang lain yg harus kita hormati juga; melainkan pasangan kita sudah tiada ibu bapa atau ada sebab2 lain yang mungkin tidak membolehkan kita nak beraya dengan keluarga mertua
hari raya adalah masa yang terbaik kita mengukuhkan hubungan kita suami isteri juga hubungan keluarga kedua2 pihak..gembira suami, gembira isteri; bahagia kita suami isteri harmonilah keluarga kedua-dua pihak
bertolak-ansur, faham-memahami, hormat-menghormati; jadikan amalan yer..
No comments:
Post a Comment