Wednesday, August 15, 2012

25 Ramadhan 2012

semalam hubby balik untuk berbuka so i masakkan lauk asam pedas berempah ikan jenahak, goreng udang dan campak sekali bunga kobis, brokoli dan baby corn dengan udang tu;

hubby sampai dalam kul 6.15 ptg gitu..sebab masih awal dia pun bawak anak2 ke PARAM, bawak balik oblong sorang satu dan beli juga ayam percik dan roti boom

nasib baik habis makanan semua tu, kalau tak hanggin lah mama ni  sebab pembaziran.

dalam pukul 8.30 mlm kerah hubby bawak gi Keluargaku..mama ni kan tak cari baju raya lagi..punyer ramai orang..pilih punya pilih dapatlah sepasang aje..cukup lah tu..bawak sekali budak bertiga tu, biasalah setiap kali kita cari barang mereka pun ade sahaja yang nak ditumpang; kali ni sibuk nak beli kad raya, nak bagi cikgulah, kawanlah sebab last day sekolah sebelum bercuti raya

urusan selesai dalam pukul 10.15 mlm, tetiba on d way back to hubby melencong satu jalan yang boleh jadi jalan pintas dan jalan ke rumah my BIL jugak., sudahhh dia kata nak g rumah abang dia ; knowing tat kalau da ke situ mana ada sekejap so i warned him bole singgah tapi sekejap sebab anak2 nak sekolah and that time betul2 bole singgah sekejap (sekejap2 pun dalam 45 minit)

sampai rumah almost 11.15 mlm terus kerah anak2 solat Isyak dan tido; nasib baik sahur tak terbabas






No comments: