hidup akan menjadi seperti biasa
cuma timbangan hati dan perasaan
mungkin tidak sama beratnya lagi
bila kita meletakkan hanya apa yang kita rasa di tempat yang tinggi
makanya
yang lain-lain sudah tidak ada nilai
ada hati yang akan terkorban
biarpun dalam diam
kerana itu mungkin lebih baik
daripada mengorbankan banyak hati yang lain
yang baru hendak meniti hidup
itu maha penting daripada segalanya
wahai hati dan perasaan
redakanlah apa aja
terimalah
meski pedih menghiris
tangis dalam senyum
biar sampai bilapun
sejak dulu
itulah takdirmu.
No comments:
Post a Comment