erm..2nd day puasa semalam telah terganggu seketika kerana "kedatanganya" yang agak awal dari biasa...almost 12 tghari tapi redha ajelah
lepas sahur, tido balik; malas nak ikut hubby gi pasar so tunggu dia balik baru kemaskan lauk2 basah yang hubby beli kat pasar; ikan udang sotong daging
disebabkan pms, semalam emosi agak terganggu dan i bising2 pasal ada orang da lama tak mop rumah..so lepas zohor gitu ada orang pun baru nak mula vacum tetapi tetitba vacum lak rosak. Disebabkan vacum masih dalam warranty, dalam pukul 2.30 ptg me n hubby and two youngest pegi ke JJ lama untuk repair..tup tap sampai sana terus okay hahaha
then balik semula rumah..baru lepak setengah jam my Busu called kata dia accident dekat dengan rumah i, dalam kepanikan pegi sana rupanya insiden langgar keta yang kuar simpang; for me that car yang salah sebab peraturan jalanraya, kenderaan yang berada di simpang jalan kena beri laluaan kenderaan di jalan terus..ketanya depan yang teruk sampaik tak boleh jalan kena tow
mula siapkan makanan untuk yang berbuka dalam kul 5.30 petang, kakak da siapkan kentang goreng dan tumbuk sekali untuk buat bergedil; i buatkan mee kuah; wah bertambah2 mangkuk hubby makan..da tu yang feveret dia, kena pulak ada bergedil..i rasa i gentel dalam 40 keping gitu, erm masa mengemas meja, tengok da tinggal 5 keping ajer...tulah anak2 i ni memang "hantu bergeil"
nak amik gambar da 2 hari ni madang aje tak sempat
untuk sahur, ada lagi sambal tempoyak, hubby kata tak payah masak lauk; gorengkan ikan aje..heeee seronok
2 comments:
wah laris begedil bleh meniaga. hehe
klu bulan puasa kekadang selang sehari buat bergedil
Post a Comment