Thursday, September 5, 2013

Makan2 raya Tkt 7

tadi telah berlangsung majlis sambutan raya tkt 7..
kami dapat bajet rm1k untuk setiap tingkat menganjurkan makan2 raya
started with tkt 5 last friday and tkt 8 yesterday
kebanyakan menu pilihan big boss dan telah diolah sana sini oleh yang menulis ni sebagai bendahari

most of the floors pilih sediakan nasi..so tkt 5 dan kami more to raya foods

antara juadah utama;lemang rendang ketupat lodeh kuah kacang lempeng roti canai (lom sampai masa gambar diambil) sambal ikan bilis serunding

segmen kuih muih

biskut raya

istimewa ubi rebus dan mee basah

segmen minuman

antara tuan rumah..warna tema kami biru

persiapan akhir

bacaan doa

tetamu dan cabutan duit raya





Tuesday, August 13, 2013

A lucky wife

entry ni bukan membawa maksud si isteri tak buat keja yer..

its to share how the wife is so lucky having such a hubby yang multi-talented aka tasking
mengemop, mencuci, buat electrical works,kerja2 menyimen, tanam rumput, tanam pokok, mengecat..pendek kata kebanyakan kerja2 teknikal ni alhamdulillah semua beres






tapi kan

satu kejaan jer dia akan surrender...hah ape tu





masak-memasak (kecuali masak maggi)




Monday, August 12, 2013

Balik Rumah Mertua & raya rumah Mayor

normally when it came to my raya turn..i akan balik ke rumah PIL pada petang raya pertama or the latest would be on the second raya...after 19th years of our marriage this year i balik beraya rumah mertua on the third raya..tapi da minta izin suami disebabkan urusan adik i yang bertunang pada raya kedua tu..sibuk sikit bantu buat persediaan..tapi yg penting my hubby pada malam raya pertama da balik pun jumpa mak abah dia...

reached PIL's house dalam tengahari gitu..dan dalam kul 6 lebih da balik semula ke rumah disebabkan nak siap2 gi beraya rumah Datuk Bandar..kami dijemput untuk datang makan2 so kena pegilah..before balik rumah tu kami singgah di pekan MT beli barang keperluan kakak nak balik KMJ

makan2 di rumah Mayor pun sedap..my biras tu buat rendang ayam hutan..hubby kemain puji kesedapan rendang tu..ada juga makaroni carbonara dan kentang serta ayam mas...semua kekenyanganm alhamdulillah

most of my hubby siblings ada malam tu; kecuali abang ngah yg beraya di perak dan abang yusof yang da balik kota tinggi pada petangnya

mereka tu bila da berborak..erm dekat pukul 12 lebih baru bersurai..

Saturday, August 10, 2013

Pertunangan di hari raya

last night adalah majlis bertunang my youngest brother

it was unexpected so ala2 surprise..my parents memang da lama berniat nak langsungkan pertunangan itu tapi green light hanya diperolehi semalam oleh tuan badan so walau ala2 kadar tapi yang penting meriah dan direstui keluarga

pasangan pilihan mak ayah yang diterima sepenuh hati oleh empunya diri; kami define the pertunangan tu sebagai unik, selain kerana di atur keluarga dan dipersetujui kedua2 tuan badan..mereka tak pernah bertemu sebelum ini hanya melalui gambar..and "booking" my mum 4 tahun lalu masih dipegang sebelah sana

kami bawa lima dulang buah tangan..kek, buah, sepasang telekung dan sepasang baju..dan sebentuk cincin

majlis dihadiri oleh all my siblings, my nenek dan one of my uncle sahaja

"yang berkenaan" dengan my mum

kek pertunangan

yang tak berkenaan



mak, wan dan ibu kepada tunangan my brother



yang berbaju melayu oren adalah bapa kepada pasangan my brother



untuk caca my youngest brother ..tahniah dari along..muga Allah memanjangkan jodoh..
dan memberi rahmat  atas pertunangan itu
selamat menyemai cinta dan kasih sayang walau baru bertentang mata
ada sinar kasih yang kami dapat lihat sewaktu pandangan kali pertama itu


sebelum ke majlis tu hah sempat berposing lagi pompuan2 ni 

me n all my sisters n mum

Rutin raya pertama

tahun ni all my siblings beraya kat rumah my parents...rasa pelik sikit sebab ada yang patut gi balik raya rumah PIL masing2 tetapi tahu2 akan beraya di rumah my parents dulu..apa2 pun i happy sebab ramai dan tahniah lah sebab mereka yang berkenaan berjaya melobi dengan baik hahaha

warna tema keluarga kami adalah anak beranak pink tapi ada yang tersasar juga

rutin raya pertama bila di giliran raya di pihak i adalah aktiviti wajib kami adik beradik di mana kami berkonvoi ke rumah saudara-mara terdekat iaitu ke rumah pak2 dan mak sedara kedua belah my ayah dan mak..dimulakan ke rumah my uda, kakak ayah i yang satu2nya masih tinggal..then ke rumah busu, adik ayah i yang bongsu..sebelah rumah busu rumah my cousin so kami singgah jugalah..pakcik i tak balik beraya sebab anaknya bersalin sehari sebelum raya so kurang satu rumah...

antara gambar2 yang sempat di capture...

yang berkain pelikat tu adalah adik my ayah yang bongsu
yang tudung oren adalah kakak ipar my mum yang sulung
si kecil i yang sedang makan, tak berenggang dengan sepupu dia
yang berbaju melayu oren to my poklong, abang my mum yang sulung
my sis dengan puteri tunggal dia
pasangan yang beraya kali pertama sebagai suami isteri dan my sis yang berjaya melobi beraya di melaka dulu sebelum balik ganu
my younger sis dan kakak


rumah my parents telah didatangi oleh ramai sangat anak2 saudara masing2..alhamdulillah..lagipun my parents adalah di kalangan mak pak sedara yang masih ada..jadi masih menjadi ingatan kepada mereka

Friday, August 9, 2013

Selamat Hariraya Aidil Fitri

Selamat Hariraya Aidilfitri 
untuk yang sudi menjadi pembaca blog ini..
serta maaf zahir batin...
dari i dan keluarga

28 &29 Ramadhan 2013;masak2 untuk raya

hubby da start cuti since isnin..i pulak rabu baru start cuti..mintak izin malas masak selasa tu..semua rembat kat PARAM..beli nasi ayam utk mereka berempat, manakala i dan hubby beli nasi kerabu dan kuih muih..semua rasa tidak memenuhi piawaian,,rasa rugi membeli, kalau tahu masak sendiri lagi baik
malamnya gi JJ lama mencari barang yang masih ada tak cukup..

29 ramadhan tu kiranya hari mantai kate orang melaka..kebiasaannya kami suka cari tulang2 selangka dan gearbox untuk dibuat sup..kali ni x perlu mencari jauh sampai ke Duyong seperti selalu..di pekan durian tunggal pon ada..hari sebelumnya tengok ada orang da motong, sesaja le singgah..tengok2 daging lembu muda..ada banyak tulang selangka so kami pon beli jelah..bila tanya ada gear box, abang tu kata ada tapi besoknya baru dapat dan kena book...so orde terus dengan dia..harga bole tahan..kami dapat dekat 28 ketul dengan harga rm90..berbaloi juga

turn beraya di rumah my parents..yezzer...aktiviti masak-memasak adalah..................





banyak juadah yang kami buat;ketupat, lemang, sup tulang dan gearbox, kari daging, rendang ayam, daging masak kicap, ayam masak merah, lontong dan sambal ikan bilis..rezeki melimpah ruah, amin