Monday, August 6, 2012

17 Ramadhan 2012

walaupun memasing agak kenyang lepas iftar tetapi tetiba kelaparan datang balik; habis saki baki makanan dikejakan sekejap tadi...

sian pulak nengok memasing mengisai makanan sampai hampir hilang sotong dalam sambal (sempat diselamatkan kalau tak kenalah mama masak untuk sahur lagiiii; ampun da tak larat) so i pun gorengkan nugget dan french fries sebagai kudap2an..e'eh..abis jugak..

so lepas ni sila solat Isyak dan tido yer anak2...

anyway hari ni hari ke 17 kita berpuasa...sewaktu break hour tadi i gi Mydin..dengan shidah untuk misi mengumpul harta karun, survey2 dulu..dalam setengah jam gitu, turun ke wet market area..tambah2 stok makanan kat rumah

today i gorengkan roti canai segera Kawan; sungguh sedap dimakan dengan leftover gulai lemak cili padi rebung dengan tulang dan tetel; buatkan sambal sotong; lamb chop; then goreng nugget dan french fries; Alhamdulillah anak2 makan penuh selera

i masih tak berpeluang nak upload gambar foods sebab masalah tipon; ada kamera dslr dan digital yg biasa tapi internet connection yang slow menyebabkan i kurang mood nak post gambar berbagai..

takperlah yer, buat laporan tak bergambar..yang penting beritanya ada untuk kenangan


15&16 Ramadhan 2012

sabtu dan ahad yang lepas adalah hari bersopping baju anak2..pun gitu masih tak sudah..nafis masih belum dapat kemeja yang dia hendak and kakak cuma da beli baju kurung

the two already got almost everything except new shoes..agreed with them tat no new shoes except sandal..sebab tak pakai sangat pun

the first sopping place was  Mahkota Parade; tak kenan sangatlah baju kanak2 kat situ;

then pi Keluargaku cari baju kurung siap; dapat untuk kakak sahaja dan mama tak berkenan apa2;

on tat day mama decided to gantung piuk; buka puasa di Rashid Korner then ke JJ pulak sambung cari baju budak kecik dua orang tu; balik jj gi makan2 di MacDonald pulak sampai rumah almost 12 pm

whereas semalam, paginya gi pasar; spent about RM120;beli daging ikan ayam udang- a week stock; balik tu  siang2 dan cuci lauk; hubby ni tiap minggu nak makan tulang masak lemak cili api rebung; so gigih masak dulu sebelum balik kampung MIL

jugak plan nak masak mee kuah dan bergedil kat kampung; abih angkut segala barang

sampai kampung dalam kul 3; tinggalkan barang2 terus gi pekan bawak budak berdua bertindik

hubby pulak mengada2 dengan mak dia, nak makan serabai..sempat belajar cara2 buat serabai dengan MIL; wah senang ajer rupenya buat serabai ni; lepas ni bole buat sendirile yer

balik rumah almost 10.30pm; tunggu hubby tengok badminton dan singgah rumah Dr Ab hantar makanan untuk orang mengandung pulak..patutnya dia berbuka kat rumah MIL tapi sebab FIL dia accident di semasa dia balik Kluang semalam so dia tak dapat balik kampung

really exhausted dengan aktiviti masak2 semalam, sampai rumah, terus naik bilik zzzzzz...dengar hubby  kata nak kuar kejap beli makanan kucing, ye dan tidak aje sebab da tak boleh nak buka mata, soriii huhu




Friday, August 3, 2012

Rakaman tugasan

minta izin  utk copy gambar2 dari fb DSAR
sebelum JKPPHPK dan BM pada 31 Julai tempohari
-sebahagian tugasan harian-










14 Ramadhan 2012


 



iftar hari ke 14 Ramadhan semuanya hasil air tangan mama semula;
selepas sehari bercuti semalam sebab kemalasan
hari ni tak bule malas2 sebab hubby balik
so mama masakkan fav lauk hubby; masak lemak cili api udang laut letak daun kunyit yang dihiris halus, juga buat paprik sotong dan daging goreng kunyit
minuman ; milo ais
sebab mama masih takde camera yang boleh membantu
so pinjam gambar2 kat yahoo image (ampon tuanpunye)

malam ni kakak tuisyen sampai kul 10 mlm
kang ingatkan nak ajak hubby ronda2 tesco dan taman cempaka yang happening di bulan puasa
tengok dulu
kalu ada yg da tido maka rancangan akan terbatal
tap i feel tired mood nak kuar 60:40
will see how then



13 Ramadhan 2012

semalam adalah hari membeli; semua juadah diimpot darpada PARAM sebab mama lemau semalam, malas semalas malasnya; hanya masakkan nasi

anak2 agak gumbira bila diberi peluang orde apa yang nak makan

yang pergi ke PARAM adalah kakak

so semalam ada nasi ayam, ayam percik, roti boom murtabak dan nasi beriani daging merah

total spend cuma RM30... untuk lima beranak ..

Thursday, August 2, 2012

Kecil hati

Rasa hati ni macam kecil hati;

kekadang cara orang melayan kita bercakap secara life atau telefon, kita bole rasa samada orang tu moodnyer camne, ikhlas ke tak nak bercakap dengan kita, suka ke tak suka

tapi kalau kita bercakap dan bertanya 5 perkataan; jawapan cuma 1-2 perkataan; soalan seterusnya pun jawapan sekadar 1-2 perkataan, kita tahulah mood atau penerimaan orang tu pada kita camne

Siapa tu yang dimaksudkan???

Adalah seorang Hamba Allah tu....

takper, kalau camtu kita cool down ajer..tak payah nak bercakap2..apa2 simpan dalam hati, cakap dengan diri sendiri mungkin lebih baik





12 Ramadhan 2012

semalam hubby balik dan sampai almost magrib, just nice for berbuka

i cuma gorengkan mee, buat cekodok udang, goreng cempedak dan buat cendol

whereas for dinner i buat sambal ikan parang dan goreng daging dan hati lembu




nota: gambar2 adalah pinjaman..tapi hampir menyerupai