Friday, July 6, 2012

Sebab sibuk sikit, letih dan cuai

hubby again is away for oustation; to Pulau Bangi Sabah until sunday-ermmm..so mama will take over his duty during weekend

hari ni pulak nafis and nashwa tak pegi sekolah sebab semalam sekolah nafis ada hari ko-kurikulum dan nashwa pulak ada sukan so hari ni kedua2 sekolah amik cuti peristiwa

sori nashwa, mama this time cant attend it..first time in history; either me or hubby tak attend to hal sekolah anak..i am busy semalam, ada appointment dengan lawyer dan puasa pulak..dengan sakit kepala lagi..memang nak pergi jengah tapi betul2 tak larat..i felt guilty juga..and her team won the first place dalam 4x200 meter P tahun 5...juga dapat 3rd place dalam acara baling peluru P tahun 5...

malam tadi actually i letih teramat





lepas buka puasa, tengok2 homework dengan si kecil tahu2 i da tertido...

sempat juga buat mee goreng basah yang diidamkan..asam rebus ikan parang dan goreng telor mata kerbau
sudahnya, mama lupa basuh baju sekolah adik..baju sekolah ada 2 pasang tapi hari sebelumnya pun tak basuh baju sebab ampaian penuh, semalam pun tak basuh baju walaupun da rendam sebab da terlelap..bangun pagi baru teringat..penyudahnya adik pun tak sekolah hari ni sebab tak nak pakai baju biasa gi sekolah..mama sebab dah silap dan cuai kasi peluang adik cuti hari ni

camtulah.. as a mother..tak boleh cuai sebab tempias kena kat anak...tapi mother pun a normal human being, memang akan buat silap...cuma kena alert dan peka sikit..hope tak berulang lagi ye mama...

"Bincang2 & tak aktif"

a conversation between me n the little princess last night has took placed like this

"mama, hari ni adik kena pindah tempat'

"nape"

"sebab adik kuat bercakap, teacher kata bising, tak boleh duduk dengan kawan"

"ooo..nape adik suka bercakap dengan kawan"

"mama, dalam kelas memang kena bercakap...kita orang bincang2"

"bincang pasal apa"

"bincang pasal keja sekolah, anak patung, sepit rambut"

"ooo pasal tu yang sampai bising.."

"apalah ma teacher, bincang2 pun cakap buat bising.kalau diam pun teacher marah, kata kitaorang tak aktif"

 felt like terkedu..that was the opinion of a 6 years old girl..

i told her bincang2 is ok kalau tak ganggu kawan2 lain and she still not happy..

but i love the terms she used...

Thursday, July 5, 2012

Ngidam orang posa

hari ni i ganti puasa..

few days left..insya'Allah akan sempat disempurnakan walaupun da hujung2 ni

suddenly teringin nak makan



mee goreng basah?????boleh gitu

so gigihlah ke mydin waktu lunch time membeli bahan2nya

ermm tapi...tapi....kan ...rasa macam nak buat chicken chop pun ader...

hishh macam2 lah orang posa ni nak makan

tapi xper yang penting bahan2 memasak semua ada; kot2 bertukar angin pun no hal, kan...

Bilakah kesetiaan itu teruji?




Angan2- Ruang makan

ermmm..syoknyer berangan2 ni hah

nak set main dining area sebelah tangga

eh..ruang yang ada takle seluas camni


tapi takkan letak yang bulat sebab macam amik spacing
lagipun already have one set of round marble dining table


liked this design so much
harus dapatkan satu set
simple but nice for me lah yer





Wednesday, July 4, 2012

Hati wanita






Jadilah isteri yang berdikari

ramai isteri yang bergantung kepada suami untuk melakukan semua tugas2 dan urusan keluarga & anak2
misalnya untuk urusan bayaran bil, perbankan, persekolahan anak, pembelian barang rumah, memandu, waimah kerja2 rumah seperti mengelap aka mengemop rumah menjaga anak memasak semua "dibergantungkan" isteri untuk suami melakukannya;

for some reasons i bersetuju tapi ada juga yang i tak setuju

memang suami adalah ketua keluarga dan decision maker bagi sesebuah keluarga..tetapi kita sebagai isteri tidak patut bergantung sepenuhnya kepada semua untuk melakukan tugas2 yang melibatkan hal keluarga atau tugas kita sebagai isteri diserah pada suami untuk buat

agak manis kalau kita sebagai isteri mampu berdikari sedikit, maknanya jangan semua harapkan suami untuk buat

kalau terlalu bergantung kepada suami untuk selesaikan semua urusan2 keluarga, kita akan jadi terlalu manja tidak pandai berdikari sempit pemikiran ketinggalan dan sebagainya

ia berlaku, bilamana si isteri terlalu bergantung pada suami untuk uruskan urusan keluarga, si isteri tak tahu macamana nak kuarkan duit drp atm atau bank, tak tahu camne cara nak bayar bil, tak tahu proses daftar sekolah anak macamana; i tell you this kind of things berlaku pada isteri2 yang terlalu mengharapkan suami

ada kisah benar yang berlaku bila isteri terlalu bergantung pada suami yang melibatkan urusan bank, isteri tak tahu nombor  pin atm sebab semua urusan berkenaan suami yang uruskan, bila tiba2 si suami meninggal menjadi masalah pada isteri sebab nak kuarkan duit uruskan pengkembumian suami tetapi tak tahu nombor pin so kenalah ke bank untuk berurusan tetapi tambah pulak dengan masalah, sampai di bank tak tahu nak buat bagaimana;

walaupun si isteri itu bekerja, dia hanya tahu pergi bekerja tetapi urusan lain diserahkan pada suami untuk pikul dan galas dengan alasan..hah ada suami, biarlah suami uruskan

isteri yang berdikari adalah mereka yang bersikap positif; bersedia bekerjasama dengan suami menguruskan keluarga, lebih bersikap terbuka lebih luas pengetahuan dan tidak akan hanya pandai dalam sesuatu hal sahaja, lebih sihat dan ceria, lebih nampak yakin; for me "aura" isteri sebegini lebih terserlah

give and take itu perlu, jangan harapkan suami semata2 menjalankan tugas dalam rumahtangga; isteri pun perlu ambil sedikit peranan coz i tahu juga ada suami langsung tak benarkan isteri uruskan apa2..tapi kita sebagai isteri mintaklah sikit drp suami apa2 yang kita boleh uruskan; sebab kita pun nak jadi cerdik sikit juga- sekurang2nya bila bercerita dengan kengkawan pasal pegi bank ke misalnya kita tahulah prosesnya camne.. nak cucuk duit kat atm bagaimana;

banyak baiknya kalau isteri itu berdikari; tak dapat banyak, sikit pun cukup-untuk kebaikan diri sendiri..